Sunday, December 18, 2011

kalau ada sayap

kalau aku ada sayap, benda pertama yang aku akan buat ialah terbang menjelajah ke bulan dan menyaksikan betapa indahnya bumi dari kaca mata angkasa. keindahan bukan diukur dari enaknya manusia mengejar kebendaan, tapi betapa lazatnya manusia menikmati kehidupan.aku tidak lagi mahu membayangkan bahawa bumi itu bulat dan membujur, dan membayangkan bahawa bumi itu mungkinya petak dan segi tiga.

Kalau aku ada bintang dilangit, akan aku seru bintang itu untuk muncul pada setiap malam malam yang sepi, saat aku merindui seseorang yang jauh. mungkin untuk sekadar memuaskan nafsu atau sekadar menarik nafas selesa. bintang bukan cahaya, ia satu anugerah yang tercipta untuk manusia hargai. kemudian di setiap inci bintang itu, akan ku hiaskan namamu, betapa agungnya cinta manusia pada pencinta, walau kekadang terus hanyut dalam laut deras.

kalau aku ada sedikit sahaja lagi semangat, akan aku hiaskan sebaik mungkin semangat itu agar menjadi sesuatu yang mungkin membisakan aku untuk membina diri dan menjagkau masa dan keazaman. kalau mungkin setiap masa dan semangat yang masih ada itu aku tibakan dengan gah dan berani, sudah pasti nescaya segala perancangan yang tersedia dihadapan mata akan membuahkan hasil. walaupun mungkin beberapa biji buah yang ku tilik memjadi makanan ulat, ia mungkin hanya sementara.

kalau lah aku bisa tuliskan lagi seribu ayat bahawa aku mahu kembali cintakan Nya.nescaya hati tidak akan keruan menanggung beban yang teramat besar....

Aku dan angan.

kehidupan itu pentingnya adalah dengan cara bagaimana beliau menikmati kehidupan itu.pepatah mengatakan bahawa, untuk menikmati sekeping aiskrim, saat yang paling seronok adalah semasa membuka nya, rasa yang paling enak adalah semasa ia masih beku. Begitu juga seumpama kehidupan ini, bagaimana kehidupan kita berlaku tidak penting, tapi yang lebih penting adalah bagaimana cara kita menikmati sesebuah kehidupan. ada mereka yang seronok untuk menghadapi kehidupan dengan sesuatu yang sia-sia sehinggakan masa yang ada dan tertinggal hanya sedikit. ada juga manusia yang kehidupan nya dipenuhi dengan angan-angan yang tinggi sehingga tidak tercapai dek tangan. Namun kerana angan-angan itulah dia masih hidup.

Manusia sentiasa berfikir untuk melakukan yang terbaik dalam kehidupan.mengharapkan sesuatu yang lebih bagus akan muncul dalam perjalanan. mengharapkan langit akan lebih cerah pada hari muka. Kekadang kita akan menjadi lupa bahawa, dunia itu akan selalunya ada naik dan turun. Sedang kita berada di atas, sekejap sahaja kita mungkin dibawah. Dan untuk naik semula adalah sesuatu yang sangt susah. Pengorbanan itu adalah balasan yang terbaik.Namun untuk melakukan pengorbanan itu, bukan sesuatu yang mudah.mengharapkan sedikit balasan yang masih belum tentu.

Aku selalu ditemani oleh mimpi-mimpi yang cukup indah dalam hidup. ditemani oleh suasana yang sedikit sebanyak mengajar aku tentang erti hidup. Aku telah menanam sedikit azam untuk terus bertemu dengan masa depan, agar aku dapat menjanjikan kehidupan aku dengan masa. Aku terfikir, mungkinkah angan-angan ini akan membunuh diri aku sendiri. menghabiskan sisa-sisa masa yang masih tertinggal.atau ia mungkin hanya bekas kosong yang tidak mungkin terisi.Yang pasti, aiskrim itu akan tetap mencair sehingga satu masa, ia habis.

Friday, December 16, 2011

Update

semakin hari aku rasakan bahawa matlamat hidup aku semakin jauh dan semakin bercampur. semakin lama, apa yang aku mahukan kian pudar dan kabur, biarpun sedikit sebanyak jalan itu telah aku tempuh, tapi matlamat nye masih jauh. atau aku cuma keliru samada apa yang aku kejar ini sangat berbaloi untuk hidup aku, dan tidak mengundang bahaya. Setiap detik yang aku tempuh, semakin banyak kesalahan yang aku cipta, semakin banyak kekecewaan bakal terserlah, dan aku masih tetap keliru untuk memilih. Antara dua jalan yang ditempuh, mana satu yang baik, mana satu yang jahat masih belum dapat kita pastikan, kekadang kita terlalu menyusun jalan yang terbaik sehingga kita tidak yakin untuk mencuba semua jalan, dek kealpaan. kecuaian yang mungkin setitik nila mungkin akan memberi kesan yang sangat besar dalam hidup. kesilapan yang kita buat dalam masa semalaman boleh meruntuhkan hidup kita selama lamanya.

aku cuba untuk kembali pada jalan yang benar, dan betul. namun ada hati yang masih tetap terluka dengan aku. mungkin kerana perubahan itu sukar untuk diterima manusia. kita memang selalu kisah sangat pada manusia lain sehingga kita lupa pada kepentingan diri kita sendiri, manusia yang telah rosak, akan merosakkan yang lain, itu yang sentiasa berlaku. Kehidupan yang harus dimulakan dengan kejujuran akan hancur jika terus diselubung penipuan.

Ada pengorbanan yang manusia tidak memandang ia walau sedikit pun, dan ada lagi yang menganggap ia sebagai kesilapan yang lain tanpa melihat kesilapan sendiri. harus sedikit sebanyak penyesalan akan tiba pada diri andai kesilapan itu pada diri kita. Kekadang sedikit kata maaf boleh menghapus segala dosa, dan meninggalkan kesan yang lebih teruk. manusia itu hakikatnya mengejar sesuatu dalam kehidupan, apa yang kita kejar, hanya kita tahu, kemaafan, cita-cita, semoga apa yang kita kejar itu menjadi milik kita.

Friday, December 9, 2011

xmo menaip.

satu kepuasan dalam dalam hidup adalah bila kita dapat memnuhkan apa yang dihajati oleh orang lain. tak semua yang kita lakukan akan membuahkan hasil yang setimpal dengan segala usaha yang telah kita buat, kekadang sedikit kesilapan yang kita lakukan akan terus memusnahkan harapan kita untuk terus berjaya.aku sekarang diambang itu, cuma aku tidak pasti bila kemusnahan aku akan tiba. selangkah demi selangkah yang masih aku susun tak tentu hala tujunya, masih bagai telur dihujung tanduk. mana keris dan mana sepanduk sebagai perlindungan.

Saturday, October 29, 2011

Tertinggal sesuatu

ada satu tempat didunia ini dimana kebanyakan manusia tidak akan pernah sampai, kecuali hanya manusia yang bebas dari noda dan debu dunia, dan manusia yang fikir bahawa dunia itu hanya sementara. tempat itu adalah hati. Kekadang kita hanya berfikir untuk memuaskan hati kita sendiri tanpa mendalami apa sebenarnya kehendak kita, dan keperluan kita, mana satu yang lebih penting. Dan sehingga saat kita memuaskan semua kehendak itu, kita akhirnya sedar bahawa kita telah tertinggal sesuatu yang cukup berharga. Sesuatu yang kita rasakan dahulu merupakan bende remeh temeh.

Dalam kehidupan ini, benda apakah yang paling kita sesali, yang pada mulanya hanyalah benda yang dianggap kecil, dan akhirnya apabila ia berlalu, ia menjadi semakin besar dan penyesalan itu mula timbul? ia adalah masa. Masa itu bagaikan sesuatu yang tidak mungkin mampu dibeli manusia, cukup hanya dengan mengira detik dan waktu kita hidup, bagaimana kita menghiasi hidup kita. Bagaimana separuh kehidupan itu diisi. Dan bagaimana pula kita semakin dekat akan tanah. Adakah kita pernah memandang pada bawah, adakah kita takut untuk memandang pada yang atas, atau keyakinan kita pada yang atas semakin hilang.Dengan izin.

Setiap kehidupan itu adalah sebuah permata yang jika digilap, akan memberikan harga yang lebih tinggi. Kehidupan yang dihiasi dengan pengorbanan adalah umpama permata yang digilap,semakin banyak pengorbanan kita lakukan, semakin jelas perjalanan kita. Kerana yang diatas tidak pernah lupa pada kita. Cuma kita kekadang melupakan Nya.

Saturday, October 22, 2011

Sifat Memerli yang membunuh bangsa (seni dan filem)

aku menulis ini atas dasar aku sedar akan baik buruknya apa yang aku luahkan.sekadar ingin berkongsi sesuatu yang aku ada. 

Banyak bangsa yang lahir didunia ini wujud dan masih kekal kerana keberanian mereka melakukan perubahan dan minda mereka yang sentiasa bebas untuk berfikir tanpa sebarang ancaman atau kongkongan sinis dari manusia. Kekadang kehidupan kita tidak akan pernah terlepas dari segala macam perli dan pandangan sinis manusia lain. Manusia yang mahu melakukan perubahan akan terus dianggap sesuatu yang mengancam bangsa, tanpa sedar perubahan itu perlu dalam hidup. Manusia yang meminati sesuatu dengan secara melebih akan diperli oleh bangsa kita, dan pelbagai tohmahan akan dilemparkan, kerana kita masih berada di pemikiran jumud kita. Bangsa kita kekadang tidak berlaku adil pada mereka yang ingin sebuah perubahan, lantas kita memencilkan pemikiran kita sehingga kita masih menjadi bangsa yang terkebelakang didunia.

Mereka yang ingin menjengah kedunia yang berbeda, seperti sesetengah orang, akan terus dianggap kurang ajar dan melawan budaya lama. Maka banyaklah pandangan sinis diberikan padanya, sehingga segala usahanya ke arah perubahan terpaksa menempuh cemuhan dari masyarakat. Kita ini, kita semua ini masih berada dalam posisi dimana kita menganggap bangsa kita masih lemah dan ditakdirkan untuk ditindas. Kerana itulah kita masih disini dan terus disini. Menjadi jujur, berapa kerat rakyat dunia yang tahu tentang Malaysia berbanding Singapura dan Indonesia. Kerana itu, kita masih ditindas. Kerana kita tidak dikenali.

Menjadi sebaris dengan Khatulistiwa

Usaha jika tidak dicabar, tidak akan membuahkan hasil yang terbaik. Kerana cabaran itulah yang mengangkat sesebuah bangsa. Anak muda yang bebas adalah bukan anak muda yang mudah terikut dengan segala macam pemikiran sinis sesetengah bangsa kita, yang pada dasarnya membenci untuk melihat manusia sebangsa mereka berdiri utuh di persada antarabangsa. Perlian itu yang kekadang sangat tajam sehingga membunuh semangat untuk bergerak hanya akan meruntuhkan kemahuan bangsa kita untuk maju. Tidak perlu kita pergi jauh, sudah cukup kita lihat kedudukan kita di persada Asia, dimana kedudukan kita berbanding negara lain, dimana hala kita sedang negara lain telah tahu menyeimbang kan antara kemajuan seni dan ekonomi. 

Cabaran adalah perlu untuk kemajuan sesebuah bangsa. Rakyat kita, yang kebanyakannya hidup senang dengan segala macam bantuan dari pihak atas, membuat kan bangsa kita tidak mampu berdikari, dan lemah dari segi pemikiran. mungkin kerana itu pemikiran kita masih lagi ditampuk lama. Kerajaan sudah sedar akan perkara ini, lantas kerana itu segala macam bantuan dikemas kini semula, agar bangsa kita berdiri sendiri tanpa perlu tongkat dari kerajaan.

Seni yang disekat

Kesenian itu pemikiran rakyat, bukan pemikiran sesetengah pihak. Kerana itu kesenian itu perlu BEBAS dan tidak dicekup oleh pemikiran lama. Kita berada pada persada yang sudah menjangkau usia lama, tapi kita masih dimana. Dulu kitalah yang menjadi peneraju, hasil usaha yang dibuahkan oleh sesetengah pihak yang sedar akan perlunya seni dibebaskan. Namun sekali lagi sifat sinis dan perlian manusia akan membunuh seni itu sendiri. Dunia seni negara kita, masih terus  digelumbangkan dengan segala macam masalah dan pemikiran yang masih menganggap bahawa seni itu harus dijaga. Jika benar kita dijaga, maka dimana kita?

Menjadi yang terbaik dari yang terbaik memerlukan negara kita, bidang seni negara kita melakukan rombakan yang besar, atas dasar undang-undang yang menyekat kebebasan anak seni dan dari pemikiran bahawa seni itu hanya untuk berhibur.Kesenian memrlukan sebuah komitmen yang dirasakan perlu dinaik semula.

Tidak mahu berkorban untuk perubahan

Kesenangan kita sekarang membunuh imaginasi dan cita-cita, jika tidak di fokuskan pada satu point.Kerana kesenangan kita sekarang, kita sentiasa menganggap bahawa perubahan tidak perlu untuk kehidupan, cukup sekadar apa yang ada dan hidup hanya untuk mati. Itu tidak seharusnya berlaku jika hidup kita ini kita hiaskan dengan sejumlah imaginasi dan pada waktu yang sama kita mengejar ke arah imaginasi tersebut. Jika ada pihak yang mahu terus berimaginasi, sekali lagi bangsa kita akan mencemuh mereka dan memberikan tamparan yang cukup hebat buat semangat. Kerana itu aku rasa, apa yang ada pada bangsa kita sekarang ini sedang perlahan-lahan membunuh kemajuan kita.

Aku bukan pemikir tegar dan juga bukan penceramah. Aku hanya menulis melalui apa yang aku rasa.sekian.

Wednesday, October 19, 2011

Jalan :)

aku ini manusia yang masih menyusun jalan, masih mencari-cari bata yang terbaik dari yang terbaik supaya jalanku nanti tidak berduri. aku ini manusia yang masih terus membuat perhitungan dengan hidup, mana jalan yang harus ku pilih dan mana jalan yang harus ku singkir, kekadang jalan yang aku mahu pilih itu sukar untuk aku terima, kerana menampakkan kegelapan dihadapan. dan kekadang jalan yang aku tidak suka itu sentiasa menjanjikan keseronokan. aku pernah tertewas dahulu, dalam sebuah cerita epik.

Aku ini manusia yang masih penuh dengan teka teki akan kehidupan yang sebenar, akan sebuah pengertian akan gunanya aku untuk hidup. Kadang-kadang, kalau aku mahu berfikir, tidak akan cukup masa yang aku ada, tidak akan cukup segala batas fikiran yang diberi tuhan. Kekadang nafsu memainkan peranan yang cukup dasyat sehinggakan aku seringkali tertewas pada kehendak, dan melupakan sejenak tuhan. Perhitungan yang aku rasa rasa sangat tidak adil untuk tuhan. Melupakan pencipta yang telah menciptakan kamu.

Sebentar kemudian aku terjaga dari mimpi, apa yang aku lakukan itu hanyalah sia-sia dan mengundang padah keesokan hari. Lantas aku susun semula jalan-jalan yang kian retak itu dengan segala bagai simin yang dipilih dari tujuh gunung. Namun, penyesalan itu tiada henti.

Hari ini aku masih menyusun jalan aku sendiri, kanan kiri. Ganjakan aku tidak akan lagi ke belakang, hanya sekadar mengintai. Jalan yang telah siap aku susun itu mungkin tiada penghujung nya, atau mungkin tidak akan menemui sungai indah. Untuk aku meneguk kehausan. Walau tuhan tidak mahu berbicara dengan aku, sudah dia memahami bahwa jiwa anak muda ini masih mentah dan degil akan hebatnya kepasakan dunia.

Tuesday, October 18, 2011

Merasa down

merasa down dan merendah diri pada manusia.

kalu ingin aku susun kata-kata indah untuk menusia mengerti akan kesusahan mencapai sebuah kejayaan, mungkin ini yang terbaik. 

Eleanor Roosevelt
Masa depan adalah milik mereka yang percaya pada indahnya mimpi-mimpi mereka. 

Kebanyakan manusia hanya mampu bermimpi di sepanjang malam dan terus terlena sampai keesokan harinya, dan apabila fajar mentari sudah mula menampakkan muka, bermulalah kehidupan yang biasa bagi dirinya. kehidupan yang hampir seluruh manusia di bumi memiliki. Semangat yang terus berjalan dalam diri ini jika tidak diasah dan dituturkan pada manusia, ia akan lama kelamaan kian pudar dan menjadi lemah.begitulah umpamanya sehelaian kain, jika ia dibiarkan diterik mentari tanpa sesaat untuk bertuduh, lama-lama ia akan semakin pudar kerana dek panasnya sinar mentari. semangatmu bukan satu yang sia-sia, bahkan ia sesuatu yang diciptakan untuk memandu arah dan perjalanan manusia, samada ke jalan kiri atau kanan atau kedua-duanya. Masa depan itu adalah milikan pada manusia yang berani bermimpi di malam hari dan yakin bahawa mimpinya adalah kebenaran. Aku tidak pernah serik untuk bermimpi berada sebaris dengan mereka, kerana bagi aku setiap manusia adalah layak untk berada disana, cuma yang membedakan adalah sejauh mana usaha yang telah aku berikan, sebagus mana jalan yang telah aku susun. bagaimana kalau setiap harinya jalan-jalan yang aku lalui kian berliku dan berpatah aral. Kalu bukan kerana semangat pada mimpi, pasti jalan itu sudah hilang. Kerana semangat dan kepercayaan yang memandu arah manusia.

Andrew Carnegie
Biasakanlah untuk berpikir bahwa sukses hanya tinggal selangkah lagi dan pasti akan diraih, niscaya masa depan yang cerah akan ada di depan Anda.

Kita sering bertanya pada diri kita bahawa pada tahap ketinggian mana kita harus berdiri, serendah mana harus kita duduk. Tidak semua apa yang kita buat akan menemui hasil dalam masa yang singkat, ttidak semua yang kita bicarakan pada hari ini akan menjadi isu hangat pada keesokan harinya. Untuk menjadi manusia yang hebat seseorang itu harus mempunyai satu aura yang tidak mungkin bisa dicari pada manusia yang lain, kekuatan yang ada pada diri, kehebatan yang pada aku adalah sesuatu yang ganjil pada mata manusia adalah sesuatu yang penting. Apa itu kehebatan? kehebatan pada pandangan aku adalah sesuatu yang tidak ada pada mnusia yang lain, dan dia mencapai sesuatu itu pada tahap yang tertinggi. Maka, bagaimana kita hendak meletakkan diri kita jika kita tidak mengetahui setakat mana kebolehan kita, apa kepakaran kita. Jawapannya adalah dengan mencuba segala bentuk jalan, berliku senang bengkok ataupun lurus. tapi pastikan bahawa setiap jalan yang kita susun itu mempunyai matlamat biarpun matlamatnya jauh berbeda antara satu sama lain. Tuhan menberikan manusia jalan yang susah itu supaya mereka bersyukur pada keesokan harinya. kalau tuhan sudah menjadikan kita berjaya, bagaimana kita harus bersyukur bukan.

Petua terbaik untuk menghilangkan stress or 'down'.

Langkah yang terbaik untuk aku menghilangkan stress dan juga merasa down adalah dengan tidur. kerana bagi aku, tidur adalah sesuatu yang cukup indah, biarpun didunia ini semua manusia membenci kita, namun didunia mimpi, masih ada lagi yang suka akan kita. kerana dunia mimpi itu adalah dunia kita.

Keduanya aku selalu menyembunyikan perasaan down itu pada pandangan manusia, dengan menjadi seperti biasa sedia kala, kerana dengan cara itu, kita akan sedikit sebanyak mengubat rasa down dan merendah diri kita pada manusia. Mungkin ramai manusia yang lebih banyak bagus dari kita tapi tidak ada sesiapa yang sebagus kita. 

Ketiganya adalah dengan mempertingkatkan kebolehan diri dan personaliti. Mengapa manusia yang hebat-hebat mempunyai perwatakan yang menarik dan berkesan, kerana itu adalah salah satu cara mereka untuk mengelak dari merasa down dan merendah diri. Percaya atau tidak, kita merendah diri kerana 90 % perwatakan kita tidak menarik dan 10% kita tidak mempercayai diri sendiri. Bagi aku, kepercayaan pada diri adalah sangat penting, even bila semua jari jari telunjuk manusia menuding kita, at least kita masih ada diri kita. semangat kita. 

sekian.

syg semua :)



Wednesday, October 12, 2011

Lagu dan Cinta :)

Pada satu masa dahulu, aku tidak pernah terlintas untuk membuat sekeping lagu untuk diri aku sendiri. bahkan juga sebuah puisi. Tapi apabila aku berjinak-jinak dengan dunai yang penuh ilusi, aku mula mengambil masa untuk memehami akan kehendak sebenar diri, lantas mencari medium yang paling sesuai untk meluahkan rasa, iaitu hanya dengan sekeping lagu.


Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah dan hadapilah ia.


Sesungguhnya setiap lagu-lagu itu harus mempunyai makna yang sangat mendalam, dan selalu nya mengena pada jiwa seseorang. kadang-kadang lagu itu juga harus mempunyai ayat yang 'kecci' bemaksud, sesuatu yang bisa menarik sesiapa sahaja untuk mendengar, iaitu tujuan utama penciptaan lagu. Sesuatu lagu itu tidak semestinya sempurna, hanya cukup dengan bentuk dan ayat. apabila sekeping ayat, di ritmakan,maka akan terhasil lah lagu. Melodi pula adalah perasa dalam sesebuah lagu, apabila sedap perasa nya, maka lagu itu akan senang diterima. biasanya sesebuah lagu akan mempunyai pelbagai rasa. 


Sesetengah pencipta lagu, secara umumnya, akan mencipta melodi dahulu, baru mencipta lirik, kekadang ada juga yang mencipta lirik dahulu. kaedah kedua amat susah kerana harus mencari melodi yang sesuai supaya lirik mengena pada lagu tersebut. Seperti kebanyakan lirik lagu, jika diperhatikan, penulis akan mengelak dari menggunakan perkataan yang negetif dan mempunyai makna yang berbeda. Ia bertujuan mungkin supaya, pendengar tidak akan berasa sakit hati mendengar lagu tersebut, atau mungkin juga untuk mengekalkan mood pendengar.


Mencipta lagu adalah seumpama mendalami cinta. Perlukan masa dan pengertian yang mendalam, ada masa kita akan tersilap memilih lirik, dan kekadang melodi cinta yang kita tulis tidak sebagus yang kita harapkan. Namun, penciptaan nya harus diteruskan supaya ia tetap terhasil. 
Kita sentiasa mencari makna sebenar kita, hingga kekadang kita hanyut dalam hubungan. dan hubungan itu akhirnya selesai.Apabila kita ingin mengubah nya menjadi lebih baik, ia sebenarnya sudah rosak teruk. Dan pada masa itu, yang tinggal hanya sisa.


Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.


Tuesday, September 27, 2011

Harga 1Kg Masa.

HARGA 1kg MASA

banyak perkara dalam kehidupan ini, kita akan sering melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali, baik atau buruk sesuatu perkara itu, terus kita lakukan.tanpa mengambil masa sejenak untuk berfikir. bila tiba masa nya untuk kita berfikir, sekali lagi kita akan konfius untuk melakukan perubahan ataupun tidak. atau mungkin juga bila tiba masa kita nekad untuk berubah, kita tak mampu mengubah minda kita untuk menerima perubahan itu, lantas kita sering kembali ke keadaan asal. Dari untuk B ke C, kita kembali pada A.

banyak kesilapan dalam kehidupan ini yang kekadang apabila kita buat, ia akan terus rosak dan tiada kaedah pembaikan lagi. Contohnya sebuah perhubungan. sebuah hubungan yang mesra, pada hakikatnya adalah merupakan akhiran kepada sebuah perpisahan yang teruk, samada kita suka ataupun tidak.Jika sebuah hubungan itu tercipta dari sebuah keikhlasan dan akhirnya ia dimusnahkan oleh sebuah keegoan, pasti ada yang terselit pada tujuan Ilahi. Tak semua yang terjadi itu akan mampu dibaca oleh pandangan manusia. Tak semua yang akan terjadi itu, adalah hasil dari tangan manusia. Keegoan itu, berlaku mungkin dari rasa kehendak kita yang tidak ditepati. Dan apabila tiba saatnya, kita melenturkan keegoan tersebut, masa sudah tidak mengendahkan kita. Dan kita akan terus berjalan mencari jalan yang lebih baik.

Antara dua jalan, cabang, mesti ada satu jalan yang mana terselit di sebalik semak. Kita tidak nampak jalan tersebut. Lantas kita memilih antara dua jalan yang berbeda. Dua jalan yang masing-masing membawa kepada penghujung yang berbeda, satu gelap dan satu cerah. mana satu pun pilihan jalan yang kita tempuh, pada akhirnya kita akan terlupa bahawa pada permulaan tadi, kita terlupa pada satu jalan yang ditutupi semak. kita tidak berfikir pun akan jalan itu, baik atau buruk.Yang kita nampak hanya dua jalan. Pada saat itu, ketika itu, kita akan terasa menyesal yang amat kerana tidak meneliti jalan permulaan. Samada cerah atau gelap kehidupan kita, itu sama. 

aku memang selalu konfius tentang jalan yang aku pilih, satu dua tiga jalan terbentang didepan, bukan mudah untuk ditempuh, kekadang apa yang kita rasa kan betul, jalan tersebut, akhirnya kita akan terus berfikir dan berfikir. Kita membayar harga yang sangat tinggi untuk berfikir, iaitu sebuah masa. Masa, jika boleh ditukar dengan wang, mungkinkah sudah ramai yang miskin papa. masa jika ditukar dengan nyawa, mungkinkah sudah sekerat dari isi bumi akan tiada. jadi berapa harga sebenar 1kg masa?


Monday, September 26, 2011

desakan menjadi lebih baik.

hanya keajaiban yang boleh mengubah kehidupan seseorang. Dan keajaiban itu hanya boleh terjadi dengan usaha yang keras dan tanpa putus asa. Kebanyakan dari kita benar-benar mengharapkan sebuah keajaiban untuk berlaku sehingga kita lupa untuk berusaha secukupnya, dan kadang-kadang kita akan jatuh kecewa bila keajaiban yang kita harapkan disaat akhir tidak menjelma tiba. Kebenarannya, manusia memang akan begitu, selagi tiada apa yang mendesak, mereka tidak akan berusaha untuk berubah. Dan sehinggalah keadaan itu memaksa, mereka akan berfikir lagi untuk bertindak, kerana mereka tiada keyakinan dalam diri. Jika anda manusia, anda salah seorang dari mereka.

Setiap usaha itu memerlukan satu momentum yang sangat kuat untuk memastikan usaha itu senantiasa terkedepan dan mengarah ke peringkat lagi. Tiada apa yang dapat memastikan sebanyak usaha itu mampu membuahkan hasil. mungkin usaha yang seratus peratus itu menampakkan bahawa ia sebaik-baik usaha yang termampu dilakukan oleh kita, namun ia masih belum memberi jaminan bahawa ia menghasilkan emas. Memang, hidup yang aman tenteram tidak menjamin kita hidup secara aman selamanya. Kadang-kadang satu perkara kejahatan yang kita lakukan, akan terus mendapat balasan, biarpun segala kebaikan yang kita berikan, ia akan dilupakan. yang akan dicanang oleh manusia ialah kejahatan dan keburukan kita, jadinya, siapa yang mampu menutup mulut manusia, manusia akan terus bercakap dan bercakap sehinggalah kiamat. Sisi kesusahan dan kepahitan yang kita tempuh akan dilupakan dan ditinggalkan oleh sejarah, begitu jugalah kebaikan yang kita serlahkan. Menyerlah kebaikan dalam diri kepada umum bukanlah bermakna kita menunjuk bahawa diri kita itu baik, ia hanyalah sebuah interpretasi kita pada orang. menjadi baik bukan bermakna bahawa seseorang itu baik seratus peratus, dan menjadi jahat bukan bermakna sel negetif semua terkumpul dalam dirinya, banyak yang telah ku jumpa mereka yang kelihatan jahat (jahat dari mata aku ialah mereka yang muka bengis dan memakai ala-ala orang jahat dalm filem) dan ganas sebenarnya mempunyai rasa kasihan lagi pada manusia seangkatan.

Orang jahat itu bukanlah jahat keseluruhan dari segi rupa dan kelakuan, mereka jua baik dari segi rasa dan prihatin pada kesusahan. mengapa? kerana kesusahan itu yang telah mengajar mereka menjadi sebegitu. ramai orang yang sudah senang hidup didunia akan susah untuk bersama manusia biasa, miskin, lantas menjadikan mereka sombong dan memilih untuk berkawan. juga disebabkan kerana keadaan yang mengajar mereka menjadi sebegitu. setahun yeng lepas, aku banyak bercakap-cakap dengan kawan tentang susah dan senang. orang yang senang itu, jika dia lahir dari kehidupan yang susah dan keadaan kemiskinan dahulu membuatkan dia dikeji, apabila dia besar kelak,dia kaya, itu menjadikan dia sombong, jadi tidak hairanlah ramai yang menjadi sombong pabila kaya, kerana keadaan kemiskinan yang dikeji itu membuatkan dia begitu.

Menjadi yang lebih baik memrlukan kita terus berusaha biarpun perubahan itu dalm mata kasar kita sangat jauh dan tidak mampu direalisasikan oleh hati, kesusahan itu juga yang mempu memuaskan nafsu. Seketika kemudian kita akan sedar bahawa desakan untuk menjadi lebih baik itu adalah sebenarnya milik setiap manusia dunia, tiada siapa yang mahu hidupnya menjadi lebih teruk, si kaya tidak mahu hidupnya susah. dan para alim tidak mahu dia mati dalam kefasikan. jika ada yang mengata 'akau mahu menjadi jahat. itu impian aku', nescaya dia gila. Perubahan yang dirindukan oleh manusia itu kekadang akan membuatkan kita keliru tentang apa yang kita mahu dalam hidup, P Ramlee sebelum menjadi lagenda, dia adalah raja kesusahan. Kerana itu, jika kita memandang manusia yang hidupnya merempat, jangan kita keji mereka, kerana masa depan tidak menjanjikan kesenangan bagi kita.SEKIAN.

SPREAD THE SMILE, THEN THE SMILE WILL COME TO YOU   =D

Thursday, September 22, 2011

Kisah budak yg membuat baju untuk kucing :D

aku akan cuba menulis dengan sebaik mungkin...
semestinya ia dari hati...

banyak benda dalam kehidupan ini yang berlaku tanpa kita sedar, dan apabila kita telah sedar, ia telah pun berlaku dan tidak mungkin lagi mampu diputar balek. satu itu adalah permulaan bagi semua perkara, dua tidak mungkin akan wujud tanpa satu dan tiga tidak mungkin terhasil tanpa dua. itulah seterusnya. maka nya kehidupan yang berlandaskan satu kepercayaan akan menjurus ke aras jalan yang lebih fokus berbanding kepercayaan dua yang berbeda.

ada satu kisah tentang seorang budak lelaki yang sangat sayang kan kepada sahabat-sahabatnya, seringkali kehidupan seharian nya dipenuhi dengan kehidupan bersama sahabat yang mana baginya sahabatnya itu adalah sebahagian dari kehidupan. kepercayaan inilah yang mendorong ia untuk terus membahagiakan sekeliling dan lantas membahagiakan hidupnya seharian. Masa kecil, kehidupan anak itu tidaklah seindah yang dialami mereka diluar, ibu dan ayahnya sibuk mencari rezeki ke hulu hilir, sehingga kasih sayang baginye terasa terabai. terus dia menjadi pemalu dan pendiam. sahabatnya sahaja yang menjadi peneman.sahabatnya ialah 3 ekor kucing.

sewaktu kecil, dia selalu menghabiskan waktu-waktu yang tersisa dengan kucing kesayangan. belaian dan kasih sayang yang ada hanya untuk mereka. lebih penting hanya mereka yang tahu siapa untuk disayangi. apabila tibanya hari raya, dia tahu bahawa itulah masa nya untuk baju dan seluar raya yang baru. perasaan gembira didalam hatinya tiada siapa yang tahu, hanya dirinya. oleh kerana kesendirian itu, dia mula ingin berkongsi kegembiraan itu bersama sahabatnya yang lain, maka dia akan membuat baju raya untuk sahabatnya. Dia mahu bahwa sahabatnya juga akan turut merasa apa yang dirasai nya, iaitu kegembiraan yang tidak terucap. bagi budak yang sebesar itu, tiada penjelasan yang mampu diterima, kecuali sebuah imaginasi. Maka dia memulakan kerjanya itu bersungguh-sungguh hingga tersiaplah beberapa helain baju. satu untuk si ibu dan yang lain untuk si anak-anak. 

Tibanya 1 Syawal, dialah orang yang paling gembira, kerana inilah masanya dia mengenakan baju-baju hasil kerjanya untuk dipakaikan pada sahabat-sahabat. Pagi-pagi lagi dia akan mempersiapkan mereka dengan baju raya yang baru, baru seperti belum pernah mereka punya baju. dia memakaikan sahabatnya dengan baju tersebut sehinggalah pada satu ketika, dia sedar bahawa sahabatnya tidak menyukai baju tersebut. Mungkin baju itu tidak cantik, dia tidak tahu. Dia hairan kenapa kegembiraan yang dia rasai saat mempunyai baju raya yang baru, tidak mampu dirasai sama oleh sahabatnya. Dia membuang baju tersebut dan terus hampa. Tahun-tahun seterusnya, dia tidak lagi membuat baju untuk mereka sehinggalah kini.

Pengajaran

Kegembiraan adalah satu benda yang kompleks.tidak semua makhluk didunia ini diciptakan untuk mempunyai kegembiraan yang sama. Si kaya tidak akan menjadi segembira si daif yang kebulur di saat mendapat sebiji kurma. seringgit lebih bernilai untuk si miskin berbanding sikaya. Itu perbedaan kehidupan. Begitulah juga rasa gembira bagi seseorang, mungkin anda akan gembira untuk terus kekal sebagai seorang doktor seumur hidup, berkhidmat pada negara, namun bagi individu lain, ia hanya permulaan untuk merasa keperitan. mengapa ini terjadi,ia adalah kerana setiap dari kita mempunyai pemikiran yang berbeda. tidak semua mahukan sesuatu yang sama. itulah citarasa dalam kehidupan.walaubagaimana pun kita, kemahuan kita, kegembiraan yang kita alami sekarang, keperitan yang kita selami sekarang, ia bergantung pada tahap kemahuan yang kita letakkan. kita yang meletakkan diri kita dimana dan siapa.  

Wednesday, September 14, 2011

Good Luck :)

manusia yang gagal mengenalpasti kelebihan yang ada pada dirinya, akan terus gagal dan tertinggal di belakang. oleh itu, ramai antara kita yang mencari-cari apakah itu kelebihan yang terselit jauh dalam diri dan sukar untuk dicungkil. mungkin bakat dalam pengucapan, keberanian dalam membuat keputusan. atau sekadar kesihatan yang optimum. namun, dek kerana kealpaan sendiri, mungkin kita sebenarnya tidak sedar bahawa kelebihan yang kita cari selama ini, sebenarnya terpampang didepan mata. mungkin juga kita lupa bahawa, hidup ini telah dipermudahkan oleh tuhan. ramai yang masih mencari-cari kelebihan pada diri, sehinggakan kelebihan yang sebenar yang terselit di lubuk hati, kita abaikan. dulu, ramai pihak yang menganggap bahawa kedudukan pihak perempuan itu didapur, tidak layak untuk melanjutkan pelajaran. lantas, dunia dipegang oleh golongan lelaki. kini, disebalik peredaran zaman yang terlalu cepat(ya sangat cepat sampaikan fly over d kb dh nk siap), pemikiran kita juga turut berubah seiring dengan zaman. siapa yang memerlukan idea kolot terdahulu yang menganggap bahawa sesuatu itu hanya untuk sesuatu, dan tuhan ciptakan sesuatu hanya untuk sesuatu.

seringkali  kita terus mengejar masa dan pada masa yang sama, mencari identiti yang sebenar. mencari-cari sebuah jawapan sehingga mungkin kita sendiri tersesat dan tersepit di persoalan itu. oleh itu ramai yang mengambil jalan mudah dengan memendekkan masa dan mempercepatkan keputusan, akhirnya, keputusan yang diperoleh tidak memuaskan dan kekadang mengecewakan diri sendiri. lantas kita menyesal dengan keputusan awal kita yang mungkin satu tindakan kita 23 tahun lepas. jalan yang terbaik untuk mengenal diri kita sendiri itu, adalah dengan menempuh sahaja jalan yang terbentang dengan membuat keputusan yang terbaik. tabah pada hati, biar setiap jalan yang bakal ditempuh itu sentiasa kosong atau bakal terisi dengan segala duri dan paku. usah berfikir akan apakah yang ada di depan, biarkan tuhan yang menentukan jalan itu bagaimana, kita hanya pilih jalan nya. pilihan itu haruslah terbaik untuk kita.

kesempurnaan sebuah kehidupan memerlukan tahap mana kita berfikir akan kepentingan hidup, setiap manusia itu dilahirkan dengan satu nyawa dan satu jasad, tiada peluang kedua dalam kehidupan. tiada peluang untuk membalikkan masa. tiada kata 'aku tidak mampu.menyesal hidup'. sekali kamu hidup, jadikan kehidupan itu sesuatu yang berguna, mati dalam keharuman. setiap sesuatu memerlukan keazaman, biarpon setiap kali azamn itu dicabar oleh telahan manusia. kini kehidupan sudah menjangkau 23 tahun dan dunia seakan-akan membohongi aku setiap saat.terus memilih jalan.sendiri tanpa Dia.sekian.

Friday, August 12, 2011

persoalan tidak berjawapan...

kenapalah aku suka berangan yang sangat tinggi sehingga aku lupa diri aku sapa? mungkin kerana selama nie kehidupan tidak sebaik yang diharapakan, dan mungkin juga semangat untuk mengubah kehidupan itu sangat tinggi. tapi aku blurr dengan jalan aku pilih, semakin jauh aku berjalan, jalan semakin kabur, jambatan yang aku lalui seakan-akan bergoyang.

apa yang aku tahu, apa yang aku buat sekarang adalah apa yang akau rasakan aku boleh lakukan dan aku memang meminati sesuatu tyu, namun masa depan tidak menjanjikan kebahagiaan dengan apa yang aku ada sekarang, degree segulung tidak menjanjikan apa-apa.

kalaulah ada lagi masa yang tersisa, pasti akan aku susun jalan yang lebih baik, tidak akan ku pilih jalan ini.

masalah azam dan peluang

hey..aku kembali daaa, setelah lama x mengupdate blog nie, mklumlah bukan senang nk cri idea untuk menulis, aku xnak lah nnti bila aku nk melunis, aku menulis sesuatu yang tidak berfaedah dan menyakitkan hati sesiapa juga yang mungkin bisa akan terasa. oke by the way mari bercerita tentang diri aku sendiri ..

Masalah
merupakan sesuatu yang sangat sinonim dengan diri manusia, benda yang akan menghancurkan manusia dan juga boleh mematangkan manusia untuk cabaran yang lebih besar di masa hadapan, orang kata dengan masalah itulah manusia kan mampu mengelak dari melakukan perkara yang sama pada masa hadapan. masaalah memang banyak dalam diri aku sekarang, bermula dengan keputusan yang tidak memberangsangakn dalam peperiksaan habis pula muncul dengan masalah yuran dan tak dapat sambung pengajiana. ya tuan tuan dan puan puan, aku TIDAK dapat sambung master. kekecewaaan yang paling aku rasa, jalan yang aku susun nampak seakan tidak menjadi pulak. namun apa-apa pun yang terjadi fikiran harus sentiasa di seberang sana, harus berfikir secara positif supaya ia tidak mematahkan semangat kita. mungkin ada jalan yang lebih baik dan lebih bagus untuk aku atau aku mungkin sekadar menyedapkan hati sendiri T_T

Azam
sesiapa yang membaca blog aku sebelom nie aku terbiasa dengan azam sepuloh yang aku titipkan. ya  azam itu masih aku pegang, tapi disebabkan kemalasan azam itu nampaknye semakin jauh dari aku, mungkin kerana itu;lah juga blog ini tidak tertaip selama 4 bulan. aiyoo..
aku masih belajar bermain seruling secara betul dan banyak juga lah lagu aku telah belajar, belajar sendiri tu xde guru pon, ntah hancur kelaut melodi..muahaha. then about the guitar, masih x bergerak kemana, banyak bende yang masih aku kene belajar, perancanagan yang sebelum ini indah bagai lukisan kejuruteraan terindah kini dah hancur. kemudian, lesen dan sebagainya masih lagi kabur..haish.

Peluang
mencecah 23 tahun ini, bukan senanag untuk mendapat pekerjaan, sekarang disaat aku menulis nie, aku sedang berada di rumah memeber dekat dengan wangsa maju, datang berkelana kesini mencari peluang pekerjaan, namun lain yang diharap lain pula yang aku dapat, biasalah tu kan, memang selalu berlaku pada diri aku.almaklumlah ini kan azman ismail.eluang sekrang nie semakin semput kerana aku tidak nampak peluang yang ada itu, aku telah melihat ramai mereka yang telah berjaya disini, berkereta besar, ada juga pihak yang yang mengatakan bahawa kejayaan yang sebenar bukan terletak pada besar kereta kita, tapi pada kebahagiaan. bagi aku, kebahagiaan yang sebenar adalah bila kita ada kepuasan dalam melakukan sesuatu, kita puas untuk membahagiakn seseorang, kita puas untuk pergi ke tempat kerja kita, kita puas untuk beramal kepada tuhan kerana kita tahu tuhan itu masih ada untuk kita. peluang itu datangnya tidak bergolek, kita lah yang harus mencarinya.

pesan aku buat mereka-mereka diluar sana, jangan sesekali korang hancurkan segala yang korang ada sekarang dengan sesuatu yang masih belom pasti. namun jika korg merasa kan bahawa sesuatu itu bisa menghancurkan, lepaskanlah ia secara perlahan, biarpun manusia tidak memahami apa yang korang lakukan, tuhan lebih mengerti. perbaikilah diri dari sehari kesehari dan teruskan berazam untuk sesuatu yang lebih indah.salam sayang  :)


Saturday, May 14, 2011

saved

ia tentang sebuah cerita antara kebenaran dan kepalsuan dan aku makin tersepit antara nya. aku tidak faham tentang apa hati yang aku mahu,bolehkah aku membawa keduanya bersama dan terus hidup dengan cara aku dan abaikan mereka-mereka yang terus membantah tiap jalan yang aku pilih. semua itu aku keliru. ada manusia yang tidak suka dengan cara yang aku pilih, dengan setiap gerak yang aku langsungkan.semua ini terus membuat aku keliru.mungkn kah aku kan terus kuat dan bebas dengan cara yang aku pilih.

Friday, May 6, 2011

jangan sombong kerana kita juga tanah

untuk memahami manusia,kita perlu kembali kepada asas. iaitu manusia itu berasal daripada tanah.manakala tanah itu banyakjenisnya, ada tanah gambut, tanah liat, tanah pasir dan tanah kotor. segala itu asalnya memang tanah. adapun tanah liat itu sangat degil sifatnya, mengalahkan tanah-tanah yang lain. oleh kerana itu untuk melembutkan tanah ini, air yang secukupnya perlu dibekalkan. walhalnya, jika tanah liat itu di bakar, akan menjadi sekeras keras bata dan akhirnya akn hancur dalam masa yang panjang. keduanya dikategorikan pula tanah jenis gambut, tanah jenis ini memang akan mudah digenggam oleh tangan-tangan manusia, adapun tanah jenis ini memang sangat senang digenggam, ia bergantung kepada tuan pengenggam tangan itu,jika baik niatnya maka baiklah jadinya,namun jika jahat niatnya, jahatlah jadinya. beza tanah liat dan tanah gambut ini adalah beza tahap untuk mengubah tanah itu, tanah gambut itu lebih mudah dibentuk berbanding tanah liat, sifat tanah liat yang tidak mudah hancur menjadikan ia kekal dengan bentuknya berbanding dengan dengan tanah gambut. jadi jenis tanah yang mana satu kita?

bercerita mengenai tanah liat, semasa kecil dahulu aku selalu mengikut ayah aku ke paya dan ke parit, selepas siap membajak sawah dan menanam padi bersama keluarga memang menjadi tabiat kami sekeluarga terutama nya abang-abang aku untuk mandi manda diparit belakang rumah, parit itu sangat luas, selebar padang bola dan sepanjang terusan suez(sebanrnya aku xtahu pun, xpernah ukur).aku ada cerita lain tentang parit tu,nanti aku cerita lain masa. alkisahnya semasa mandi manda tu,ayahku pernah sekali membuat burung daripada tanah liat, burung itu boleh ditup dan mengeluarkan bunyi seakan burung yang betul. memang agak menarik bagi budak sekecil aku ketika itu, saban hari aku bermain dengan burung itu. tanah liat itu akan dibentuk menyerupai burung dan dibakar supaya tanah itu menjadi keras dan tahan lama, saat membakar api tidak boleh terlalu marak dan terlalu perlahan. supaya mendapat kualiti yang terbaik. ia mengenai kepuasan.kini tidak ramai yang masih mahir untuk membuat burung tanah liat.

Dunia semasa kecil penuh dengan imaginasi. kerana ketika kecil, itu dunia aku.sebelum ini aku pernah bercerita mengenai kisah kami yang amat gemar bermain tanah liat di bawah rumah. ya cerita itu akan aku ulang lagi. semasa kecil dahulu apa yang aku ada hanyalah dunia sendiri, dunia kami. kami bukanlah manusia yang suka bergaul dengan orang kampung kerana, ibu terlalu menjaga kami takut-takut kami tidak menjadi manusia, alhamdulillah kami masih menjadi manusia sehingga kini. oleh itu, kami akan selalu hidup dengan dunia kami, terutama nya adalah aku. semasa kecil aku suka hidup dengan dunia aku, oleh itu aku ciptakan satu lagi dunia. iaitu dunia aku sendiri. sebuah dunia memerlukan sebuah taman jadi aku siapkan satu taman untuk dunia aku. ditaman itu, aku siapkan satu air pancutan,sebuah rumah kecil untuk orang-orang aku, sebuah sungai, patung-patung dan juga kereta. dunia aku itu cukup indah, dipenuhi dengan warna-warna yang sangat cantik dan gemilang. disetiap petang masa yang aku ada hanya bermain dengan taman-taman dan berseronok dengan IMAGINASI. budak-budak sekecil aku semasa itu hanya tahu membeli di kedai-kedai dan makan dengan kawan-kawan. tapi aku, yang serba hidup dalam kedaifan, akan terus bermain dengan imaginasi, mungkin kerana itu, aku masih hidup dalam mimpi dan impian.

berseronok di semasa kecil itu bukan soal kemewahan, tapi ia lebih kepada kepuasan dan kesetiaan.pabila aku meningkat dewasa apa yang aku paling risaukan adalah untuk aku mencabar kesetiaan aku itu. bukan mudah untuk meningkat dewasa dan menjalani hidup tanpa kawan-kawan semasa kecil. dunia ini yang penuh dengan hati-hati manusia, tidak seperti patung dan kesetiaan kekal,ia satu yang susah difahami.apa yang aku cuba kekalkan sehingga kini adalah imaginasi yang harus diwariskan kepada seluruh manusia, tentang kepentingan mencoret impian zaman kecil menjadi dunia yang lebih aman dan terbaik.

Thursday, May 5, 2011

sepak-sepak kaki

oke aku baru sahaja selesai membeli nom pin bsn. yeaayyyy !! tapi itu belom habis ag, aku perlu mengisi permohonan ke uitm plak. bukan senang nk apply sesuatu, mana tidaknya sekarang nasib tidak menyebelahi. rasa sangat takut disitu. apa yang aku harapkan hanya lah aku boleh grad tahun nie tanpa sebarang masalah. then aku kene persiapkan diri aku untuk menghadapi dunia yang lebih besar disana. aku perlu mengotakan segala janji yang telah aku taburkan sebelum ini. empat bulan yang ada ini aku harus mencari sumber pendapatan, kerja sementara, belajar fluting ngn lebih bagus dan belajar lagi. pasal azam aku untuk tahun ini,aku akan cuba selesaikan sebaik yang mungkin, aku kena usahakan untuk mendapatkan lesen memandu time cuti nanti.banyak gile.adoi....

dunia kian berubah, aku selalu menyatakan dalam diri aku bahawa aku perlu berubah untuk berjaya dan terus mengejar segala yang telah aku impikan sebaik yang boleh, aku perlu terus berusaha dan bergerak ke arah itu biarpon halangan datang, aku harus bergerak dan terus bergerak. sememangnya, dunia dan masa memang tidak akan pernah menunggu manusia, kerana masa itu sangat penting. setelah empat tahun aku berhempas pulas dengan dunia di sini, yang pada aku masih terlalu baik untuk aku, aku merasa takut untuk meneruskan hidup disana,didunia yang jauh lebih kejam dan mendesak. aku ada satu impian, iaitu untuk mengubah kehidupan menjadi lebih baik, menjadi kan dunia ini bebas peperangan dan penghayatan kasih sayang yang tinggi. empat tahun yang lepas aku serba salah untuk meneruskan kos ini.aku tidak tahu apa-apa tentang kos ini dan kos ini memang aku tidak minat dari dlu lagi. apa yang aku tahu, aku suka kimia, pengajian tentang struktur atom dan fizik. tapi setelah empat tahun aku didedahkan dengan alam sekitar, tentang pencemaran alam, aku kini makin sedar akan banyaknya penyelewangan yang berlaku dibumi ini hanya untuk sebuah penghormatan. betapa maruah bumi itu diratah sedikit demi sedikit demi masa depan. nak atau tidak, bumi akan terus digadai demi masa depan yang lebih baik.

ok la sekian sahaja aku mengarut, nak pulang dan menikmati tidur n then lepas tu kene g jumpe encik fisal kt fasm untuk menolong dia mengurus sukanun.
terasa nak lepak lagi ngn awak sambil petik-petik gitar 'kau ilhamku'.lepas tu maen sepak-sepak kaki~~



(*_*)

Wednesday, May 4, 2011

my first love

jika hidup itu singkat, mengapa manusia itu selalu kebingungan untuk membuat pilihan sedangkan proses membuat pilihan itu mengambil masa. Jika hidup itu hanya sementara mengapa manusia hiasi hidup itu dengan segala bagai impian hingga tidak tercapai oleh minda. Mnusia itu pada hakikatnya suatu kejadian yang terhebat, dan sangat menarik.kerana tuhan itu juga HEBAT. tapi manusia itu masih kekal dengan kelemahan, kerana manusia tidak akan mempu menjadi sehebat tuhan. kerana manusia bukan untuk tuhan, tapi tuhan itu untuk manusia. Hakikatnya bukan manusia itu bukan sengaja menjadi bingung untuk membuat keputusan tapi kerana rasa takut itu yang sangt menebal dalam diri, manusia takut untuk membuat keputusan melebihi segalanya. takut masa yang ada itu dibazirkan dengan sebegitu sahaja sedang masa yang masih tinggal secubit pasir lagi. dan sebenarnya Manusia itu adalah aku.

ya aku sangat takut untuk meneruskan segala yang aku rancangkan, aku takut untuk melepaskan segala macam yang aku ada sekarang demi sebuah kehidupan yang lebih baik. aku mungkin takut jika apa yang aku buat akan membawa aku ke tempat yang jauh lebih asing dari sebelum ini walaupun sememangnya ia akan jadi tempat asing bagi aku. seorang wanita lalu didepan aku saat aku mengupdate blog ini sekarang, muka nya sangat asing bagi aku, cantik. baju biru yang dipakainya seakan sesuai dengan lenggok badan. mungkin dia perasan aku memujinya. secantik itu mungkin tiada lelaki yang menolak dia, tapi wajah yang seasing itu tidak akan sesekali menegur aku, kerana aku ini aneh dan sukar didekati.(kecuali yg dh lama kenal aku)

Dunia yang asing ini akan membawa aku lebih jauh kedalam lembah, yang jauh lebih ramai manusia asing yang aku yakin sama takut dengan aku untuk menghadapi hidup. aku selalu bertanya pada diri,layakkah aku berdiri setanding dengan mereka, ada'kah apa yang aku ada sekarang(mungkin agak konpius dengan ayat aku itu).secara alamiahnya segala yang dibuat sekarang ini tidak akan aku capai jika aku tidakberani 4 tahun yang lepas. tapi rasa berani itu sudah pudar dan semakin hilang.adoi..ya aku terus dihimpit rasa takut dan akan terus membawa aku kebelakang.aku sedar dan aku fahami biarpun tiada siapa yang beritahu aku.dan rasa takut ini telah sekian lama terbuku dan menjadi segumpal darah..oke la bagi aku masa untuk berpikir.bye



sorry la tajuk takde kaitan ngn post kali nie,saje nk menaip..hahaha

Sunday, May 1, 2011

stay positive

dengar ini cerita~~

ya aku seorang yang cukup positive, kalau tidak masakan aku boleh berada di sini. dua tiga hari yang lepas aku merasa cukup down, dengan segala harapan aku yang kini kabur, ditambah dengan masalah kewangan masalah dengan kawan-kawan, masalah dengan identiti sendiri, membuat aku down.but hey, buat apa aku down if hanya untuk benda-benda kecik dunia nie. kekadang tuhan itu bertindak tanpa kita sedari, hinggakan setiap langkah yang Dia atur membuat kita keliru dan merasa ingin mengalah. ingin mengalah bukan bermaksud ingin berhenti dari melakukan itu, tapi ingin mati. itulah akibatnya bila perasaan untuk menjadi sesuatu itu menebal sangat dalam diri hinggakan setiap apa yang kita buat akan dibayangi benda tu sehinggakan kita tak mampu lagi meneruskan hidup ini. tapi bila aku fikir kan balik, untuk apa aku mati, kalau aku mahu mati aku sudah mati 4 tahun yang lalu, saat aku first time excident dekat KT. kalau aku mahu mati, aku boleh mati di Pulau Redang hari tu, tapi aku tidak mati. kerana hidup ini bukan untuk mati, tapi untuk terus hidup dan hidup. kehidupan itu menjanji sejuta keseronokan jika hidup dalam dunia sendiri tanpa gangguan anasir luar terutamanya bila seseorang yang sengaja mengacau hidup kita, ataupun lebih dikenali sebagai kekasih, atas nama cinta. Perlahan-lahan mereka ini akan menggangu dan mengubah cara pemikiran kita hingga kita menjadi seperti manusia yang lain dan kita tidak akan lagi menjadi berbeza dari manusia lain. alhamdulilah aku masih berbeza.

aku percaya bahawa perbezaan adalah satu kelainan.Setiap manusia itu berbeza, memang cukup berbeza, dari cara pemikiran cara tindak tanduk dan segalanya. yang menjadikan kita sama adalah bila kita terlibat dengan perlumbaan, untuk memenangi sebuah perlumbaan, kita harus menjadi pantas, semua harus menjadi pantas, jika kamu terlewat dibelakang,kamu akan kalah. yang kalah itu adalah yang berbeza dari yang lain, itu dipanggil KELAINAN. Tidak ramai didunia ini yang mahu menjadi berbeza dari manusia lain, semua nya mahu menjadi sama dan setaraf dan semua mengejar dunia yang sama hinggakan seluruh manusia itu menjadi sama. but hey, untuk menang perlumbaan, kita tidak boleh menjadi sama laju, sama hebat dengan yang lain, kita harus menjadi LEBIH laju dari mereka. ini dipanggil juga sebagai KELAINAN. kelainan itu yang akan membuat kita lebih istimewa dari manusia lain, lebih aneh seseorang maka lebih istimewa beliau.Manusia yang lain ataupun aneh itu memang susah dikesan, tidak ramai yang mampu menangis dikalayak ramai saat semua gembira, tidak ramai yang mampu mendendangkan lagu saat semua bersedih, tidak ramai juga yang sanggup meredah kesejukan malam hanya demi sebuah ilusi, itu kerana keanehan itu bukan sesuatu yang mudah dicari kecuali bagi mereka yang kental dan tabah.Menjadi aneh bukan sesuatu yang mudah dan senang.

Sejak kecil, orang kampung menganggap aku aneh. manakan tidak budak seusia aku sudah mampu mencantumkan tayar-tayar basikal dan membina Kereta. budak seusia aku sudah membina roket air pertama di kampung aku, pada usia aku baru 13 tahun. ramai yang pelik dengan aku, budak yang seusia ini mempunyai hobi yang sangat pelik, iaitu membina rumah di atas pokok, hampir seluruh pokok dirumah aku jelajah. poko yang paling terkhir aku bina adalah Pokok sena, keanehan pokok sena ini adalh terletak pada bunganya. pabila musim bunga tiba, pokok sena akan berbunga lebat kekuningan. sangat cantik. malah lebih dari itu, pokok sena juga merupakan salah satu pokok yang bergetah merah seperti darah, bila diptong ia akan mengeluarkan darah seperti manusia, aku menganggap pokok sena itu ajaib, setiap hari aku bermain disitu, kini ia sudah mati. ditumbang angin dek sudah tua dan sudah lama berkhidmat untuk aku.
(belakang aku tu pokok sena yang dimaksudkan)


bercakap soal positive thinking, no one knows what the future are waiting for us, whats more important is we have to face all the curcumstance and be as same as before. never never never change yourself just because the world want you to be like that. it was some sort of thing that we have to manage in life, but hey this is life dude, face it and be part of it. sometimes DIFFERENT will take you higher but you should always remember, DIFFERENT will also make you down. so just remember that 'be what you want to be is the biggest challenge you have to face, be what someone want you to be is the biggest shame you have'.be proud of what you are, even you are not as weird as me :)


(cikgu BI, sila betulkan grammar sy,sekian)

Saturday, April 30, 2011

kalau mimpi itu indah, lukiskan nya.biar dunia tahu :)

HAHA...OKE OKE DENGAR CERITA SAYA....AKAN TIBA SATU MASA BILA MANA SELURUH UMAT MANUSIA AKAN MEMBENCI DAN MENGHALANGMU DARI MEMBUAT SESUATU YANG KAU MINATI, DAN AKAN DATANG SESEORANG YANG AKAN SELALU MEMBIMBINGMU. DIMASA SEMUA KATA-KATA DILUAR MENCACI DAN MEMAKI SETIAP LAKUMU DAN SETIAP TINDAKMU, AKAN ADA SESEORANG YANG AKAN SENTIASA MEMBERI KAU SEMANGAT UNTUK TERUS BERADA DI ATAS. ITU YANG TELAH BERLAKU PADA SETAIP MEREKA-MEREKA YANG TELAH BERJAYA. SELAMA INI AKU HIDUP DENGAN CARA AKU, SETIAP TINDAKAN AKU HANYA MENGIKUT SEGALA ISI HATI AKU TANPA MENDAPAT BIMBINGAN DARI SESIAPA KECUALI, DARI IBU AYAH AKU SENDIRI. 5 TAHUN YANG LEPAS, DISAAT AKU KEBINGUNGAN UNTUK MENERUSKAN LANGKAH KE MATRIK, IBU AKU BERPESAN, PERGI JE LA MATRIK TU, MANA TAHU SITU LEBIH BAIK ( DENGAN TERSENYUM) HARI INI AKU MAMPU BERPIJAK DI SINI.

hey, saat kau jatuh siapa yang akan membantu mu, jika bukan ibu dan ayah dan keluarga. bukan kawan-kawan kerana kawan-kawan itu hanya manis saat senang namun bila susah, hanya ibu dan ayah yang menjadi peneman setia. saat kau bersedih dan dunia menentang akan setiap lakumu, hanya ibu dan ayah yang menjadi peneman. 3 hari yang lepas aku bersusah payah untuk kembali ke kampung semata-mata hanya untuk mendapat kn restu ibu untuk sambung master dalam bidang yang aku minat. agak susah untuk meyakinkn ibu kerana bagi ibu kerja lebih baik dari sambung belajar. mungkin juga benar, tapi bagi aku, selagi masih muda, aku akan terus belajar ilmu dunia. agak lama perbincangan berlangsung, dari magrib sampai ke isyak. akhirnya ibu bersetuju. syukur~~

sekarang semua nya terletak ditangan aku dan diketentuan ilahi,kalau aku dapat, itu peluang, jika aku tidak dapat, jalan aku akan menjadi lebih sukar...

Friday, April 29, 2011

kenali saya

aku punyai satu kelemahan, bila berjumpa dengan orang yang aku jarang jumpa aku akan gugup, biarpun kawan itu sahabat lama yang mungkin 5 tahun tidak jumpa. aku gugup dan langsung tiada kata-kata dari bibir. aku tidak tahu apa yang mahu bualkan bilamana bersama dengan mereka, aku ini bukanlah seorang yang suka mengampu dan bercakap lebih senduk dari kuah, kerana kebanyakan perkara aku lebih suka simpan dan pendam, itu sifat aku. aku bukanlah tidak mahu bersifat jujur, tapi kekadang cara pembawaan aku itu tidak tepat dan berkesan sehinggakan ramai yang terluka kerana aku. jadi lebih baik aku berdiam dan hidup dalam dunia aku.

aku tidak suka bergayut lama-lama di telefon, siapa-siapa yang kenal aku mereka akan tahu bahwa aku memang cepat bosan jika bergayut lama-lama di telefon. kerana bagi aku, tiada apa yang boelh dibualkan jika hanya dari mulut ke telinga, perbualan yang sebenar hendaklah dari mata ke hati. ramai yang blur dengan sifat aku dan ramai juga yang sedar bahawa aku cepat bosan bila bercakap di telefon, oleh itu aku lebih suka message simple sahaja dari bergayut di telefon selama masa. lebih dari itu, pengkaji mengatakan bahawa jika bercakap terlalu lama di fon, akan membuatkan otak kita rosak, ini kerana gelombang elektromagnet yang dibawa oleh telefon tersebut boleh membuat otak kita cramp dan berkemungkinan besar akan menyebabkan kita mengalami kanser otak. itu pengakaji yang memberi fakta, bukan senang-senang aku je.

aku memang tidak suka berjalan di shopping compleks dan membeli belah terlalu lama. sebab bagi aku, membeli belah ini satu sifat yang tidak elok dan membuang masa. aku bingung bilamana ade sesetengah orang yang seharian berada di shopping compleks hanya untuk membeli belah. biarlah dia, mungkin setiap orang ada cara nya tersendiri. aku sejak dari dulu lagi, semasa aku kecil, aku hidup dalam dunia aku, oleh itu tidak ramai yang mampu masuk ke dalam hidup aku. ramai juga yang mengatakan aku manusia pelik, manusia aneh dengan sifat yang aneh dan ganjil, jadi apa masalahnya, setiap orang adalah ganjil di setiap mata manusia. perlukah kita menjadi satu kelompok manusia yang punya sifat yang sama, mendaki gunung yang sama, dan jatuh bersama. perlukah kita hidup merasuah masa hanya demi menjadi seperti yang lain??

masa : dua suku kata yang besar nilainya. kerana masa manusia itu akan selalu dalm kerugian.memang manusia itu selalu dalam kerugian, kerana manusia itu hidup didunia yang penuh dengan cabaran, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. sungguhpun setiap detik dan saat bergelimpangan di medan tempur, masa yang bernilai tidak akan mempu dibayar oleh nyawa. seorang askar akan menyesal seumur hidupnya disaat dia mengabaikan anak dan isteri demi sebuah negara, seorang anak akan menyesal dirinya disaat beliau hanyut mengejar dunia dan mengabaikan ibu bapanya.

sebuah lagi coretan kosong ptg ini.slamat bercuti :)

dewa mimpi

hey knowing i'm wrong is the biggest challenge i hv to face

wondering what gonna be next is the toughest road i'v taken

but hey..please be there for me, when i on the path of sorrow

mengetahui bahwa kita sudah membuat perhitungan yang silap, adalah cabaran yang terbesar yang harus ditempuh sepanjang jalanan hidup. apabila setiap suara-suara yang ada diudara seolah-olah membenci setiap gerak yang kita hayun dan setiap nafas yang kita hela. Mengkhayalkan apa yang akan terjadi selepas ini adalah menjadi jalan yang paling sukar yang pernah aku ambil. bilamana setiap detik yang telah berlalu mengajar kita tentang ilmu kehidupan, namun apakah ilmu yang sekelumit itu akan mampu mengajar kita akan seluruh kehidupan, mampukah ia membawa kita meyuluh ke setiap jalanan. ya aku memang sangat kuat bermimpi, mahu menjadi itu dan ini, menjadi sang dewa contoh bagi seluruh manusia alam maya, sedang aku tidak punyai apa-apa, yang ada cuma batang tubuh dan tulang 4 kerat yang entah bila akan ke tanah.(menjadi dewa) langit yang bermendung sejak dari semalam seumpama menyinsing pagi supaya terus berlaku sombong pada hati ini, sejagat dunia bakal menyaksikan beberapa debuan kaca yang elok di baris-baris keramah si pendita antasuka.golok tidak menyaksikan lagi akan merahnya darah anak watan takkala senja menyinsing labuh lengan berparut di betis.seindah atma kirana ahlul irama tantawi ketawa anjur dek seloka pak kadok. walhal seinang putri alis yang tumpahnya wajah seiras mahsuri maka bertepiaranlah segala mahsul menidakkan pari-pari ketujuh.( mula tidur).

setiap apa yang diusahakan itu hasil jawabnya, setiap apa yang dikejarkan itu penat jawapannya. setiap apa yang diluahkan itu lega rasanhnya, setiap apa yang dilaung kan bising itu jawabnya. setiap apa yang dijuangkan mati itu jawabnya.

Mencipta identiti

Setiap manusia di dunia mahukan ideniti mereka sendiri. tidak kira lah seorang peniaga hinggalah kepada pengemis sekalipun. setiap orang memang sudah punyai ideniti masing-masing. Kekuatan ideniti seseorang sangat penting, kerana hanya dengan ideniti seseorang itu akan di nailai samada layak untuk dihormati ataupun dicaci, semestinya peniaga akan lebih dihormati berbanding dengan di pengemis kerana sipeniaga jarang menyusahkan orang berbanding dengan pengemis jalanan. kehidupan : diberikan oleh tuhan hanya sekali kepada manusia, kepada setiap manusia. ini bermakna hanya sekali kamu akan diberikan peluang untuk hidup didunia yang penuh dengan cabaran dan kenikmatan ini. walaupun sementara namun alam dunia adalah alam yang paling dikejari manusia. berbalik kepada solaideniti, seseorang yang berjaya dalam hidup mahukan ideniti nya selalu terjaga dan terjamin. seorang pensyarah semestinya tidak mahu segala perlakuan buruknya diketahui oleh pelajar-pelajar. ini akan merosakkan statusnya sebagai seorang pensyarah. secara dasarnya, identiti seorang perdana menteri lebih besar berbanding dengan seorang pensyarah. ini menguatkan fakta bahawa semakin tinggi kedudukan seseorang semakin takut beliau untuk menghadapi kehidupan. mana tidaknya semakin hari semestinya semakin banyak perlakuan buruknya diketahui orang. itu manusia. Mencari identiti sendiri adalah sesuatu yang sangat penting dan berbaloi, sesiapa pun boleh menjadi kuat hanya dengan mempunyai ideniti yang teguh dan seimbang. indentiti yang baik akan dipandang mulia oleh masyarakat luar manakala identiti yang buruk akan dipandang hina oleh mereka. setiap manusia mahukan ideniti mereka dicari oleh orang ramai, diolah menjadi lebih baik dan bermakna. ini bermaksud bahawa segala kemahuannnya untuk menunjukkan kemahiran akan diuja oleh kekuatan identiti.

aku juga mahukan identiti aku sendiri. bagaimana olahan manusia dengan setiap gerak geri yang aku hayunkan dan setiap perlakuan yang aku helakan. iarpun kekedang terasa hanyut dalm arus dunia yang penuh dengan segala macam pancaroba dan masalah.apakah segala gerak geri aku ini adalah disenangi oleh masyarakat disekeliling aku. itu aku tidak tahu, aku sudah cuba untuk menjadi selemah yang boleh seupaya manusia boleh memijak aku, supaya manusia boleh mengajar aku tentang kehidupan : yang diatas akan memijak yang dibawah. 

Thursday, April 28, 2011

The next journey : heading towards goal

kalau aku diberikan pilihan antara bekerja dan belajar, aku lebih menyukai belajar. suasana belajar yang aku alami sekarang tidak mungkin akan dapat dikecapi lagi biarpun aku menangis darah. kerana itu aku masih suka dan enjoy untuk belajar. Semasa belajar, aku masih mampu menjadi malas dan susah untuk membuka buku, biarpon assignment kene hantar next week, namun masih tersenyum kerana suasana belajar itu. Ia sangat penting, pabila kita menjengah ke alam pekerjaan, nescaya rasa malas itu kita harus hapuskan satu demi satu kerna tiada majikan yang mahukan pekerjanya pemalas seperti aku. kecuali jika kita bekerja sendiri, periuk nasik dalam tangan sendiri. 

Kalau aku diberikan pilihan antara nama dan cinta, aku lebih memilih nama. kerana cinta tidak menjanjikan apa-apa kecuali dua iaitu kebahagiaan atau kekecewaan. yang membedakan dapatan kita hanya lah bagaimana cara kita mengawal cinta itu, seseorang pernah mengata kan pada aku, cinta itu adalah umpama ombak dan kita pula umpama kelapa di tengah laut, setiap saat kelapa itu akan terus hanyut dek arus laut, diterkam dan dijemput oleh ombak, bila tiba satu masa kelapa itu akan kepantai ataupun terus tergelam ke laut. Untung disambut pantai akan menjadi pokok, jika gagal tergelam akan terus menjadi sisa. Itulah cinta, dan setelah sekian lama terhanyut dalam noda cinta, aku lebih suka menjauh dari cinta, kerana aku masih risau peribadi aku ini dirosak oleh cinta. Perempuan itu hanyalah tugas nya dua, membahagia atau pun menyiksa, niat untuk membahgia diri tidak akan dapat membahgia kan si lelaki sekiranya cara dan tingkah laku menyiksakan. Biarlah kasih sayang aku ini untuk keluarga, rakan-rakan dan juga adik-adik. jadi buat masa ini aku masih single.

Jika diberikan pilihan antara kesenangan dan kesusahan, aku akan memilih kesenangan. kerana sudah hampir 23 aku hidup dalam kesusahan. makan entah dimana dan hidup di perantauan cukup mengajar aku tentang erti sebuah kesusahan yang aku alami dahulu, kini kesusahan itu masih terus membelenggu aku kerna sifat malas aku, sifat keegoaan aku untuk meminta belas manusia. Aku lebih rela hidup merempat dari meminta-minta hati dari manusia yang sangat busuk. Kawan itu berbagai-bagai umpama banyak nya haiwan dalam kehidupan. Minggu ini aku menyaksikan bahawa kawan itu bukan semuanya bernilai, ramai yang tidak boleh diminta pertolongan dimasa susah.  kawan hilai dan tawa memang ramai,namun kawan yang sanggup menemani kita dimasa sedih sukar dicari. 

Minggu ini aku menyaksikan peluang terbuka luas didepan mata, cuma ia antara kembali pada cita-cita asal ataupun meneruskan usaha yang sia-sia ataupun mungkin ia hanya sesuatu yang sama cuma berbeda nama. Insyaallah by next week aku akan cuba untuk mencoba nasib di Uitm sebagai student Master di sana pengkhususan dalam Mass Communication. Aku tidak tahu apa itu MC, apa yang aku tahu aku mahu mencoba bidang ini dan meneruskan apa yang aku minat, mengarang lagu berlakon dan bermain alat musik. Dengan result sekelumit ini, apa yang aku harapkan adalah peluang. Doakan apa yang aku kejarin. ameeen..

Wednesday, April 27, 2011

malas nak update dh...

semua yang aku buat terasa tidak kena dengan apa yang aku mahukan. berjaya dalam hidup sebagai diri sendiri, aku gagal dalam soal itu. mereka berkata'wahh hebat la ko dh degree sekarang'.but in my heart there was nothing with my degree or soon will be a degree holder. ia tidak ada apa-apa makna dalam sebuah degree sekiranya hidup kita masih gagal dan tertinggal, bukan degree yang aku mahukan tapi lebih dari itu, keinginan untuk mengubah kehidupan yang sukar menjadi lebih baik. keupayaan untuk makan dan hidup dengan berpandukan kelebihan diri sendiri dan keupayaan diri sendiri. Aku hidup banyak bergantung kepada tali-tali manusia lain, aku naik bukan dengan keupayaan aku sendiri. itu kelemahan aku. Ya hidup itu bukan sangat mudah malahan sangat sukar,al maklum lagi aku ini bukan seorang yang rajin untuk membuka buku dan mentelaah pelajaran yang sememangnya aku tidak minat. Seni salah satu cabang aku, sejak dari sekolah menengah lagi aku didedahkan dengan dunia drama,dalam kelab dahulu aku sering melibatkan diri dalam dunia drama. sehinggakan aku pernah menjadi wakil negeri bagi pertandingan drama bahasa inggeris. tapi itu cerita dlu, kini setelah hampir 4 tahun aku sia-sia kan hidupaku dengan pelajaran alam, yang aku rasakan ntah apa-apa, aku pula berusaha menjejak kembali langkah yang sudah lama berbekas. sedang mereka-mereka yang lain sudah berada di tampuk yang lebih tinggi dari aku,mana kala aku baru memulakan langkah kembali. Tidak semua yang kita ingin kan kita akan dapat dalamhidup ini,itu hakikat.walhal dunia ini dicipta supaya manusia itu terus mengejar dalam kesaksamaan bahawa akhirat tidak dilupa.aku telah meninggalkan segalanya yang akan merosakkan aku, cinta aku,aku rela korbankan demi masa depan aku. aku biarkan mereka merampas rasa itu hinggalah satu saat nnati aku tebus kembali. itu bukan cerita dongeng. juga bukan cerita khayalan aku, malahan aku bukan juga siapa-siapa, bukan saudara kalian dan juga bukan orang ternama yang bisa kalian sanjung. aku manusia biasa yang begerak keseorang dalam dunia yang penuh dengan sejuta andaian dan kebarangkalian. kalian pembaca setia sebuah blog yang pada dasarnya hanyalah sebuah ilusi dalam alam maya.kesetiaan kalian bukan aku mampu bayar dengan wang ringgit atau kuasa. Setiap saat aku alami kegagalan, semalam gagal lagi dan hari ini aku masih gagal. Aku tiada aset apa-apa. yang ada cumalah sebuah laptop dan juga sebijik otak yang tidak sangat geliga. idea yang datang mencurah-curah ini hanya bohongan semata-mata. ia hanya mainan minda yang hari ini hanya mampu diluah dalam sebuah laman maya yang ntah apa-apa.Oleh itu untuk apa kalian masih setia dengan blog ini...

Thursday, April 21, 2011

malang bumiku

g c d em am d g
walau dihangat panas mentari
kau masih teguh berdiri
walau di.............
kau masih bebas disitu

laut biru yg luas terbentang
warisan si anak silam
haruskan kita kan tersedar
dunia yang kian pudar

c d em g
bumiku yg tiada masa
hancur angkara manusia
haruskan mereka terlupa
pada masa yg terleka

Friday, April 15, 2011

if

bukan sepatotnya sang pungguk lepaskan bulan sia-sia,tp ade sebabnya...
semangat aku telah padam,sejak dari semalam hingga la hari ini. tiada sebab?? yang ada hanya sebuah puisi buat seseorang

if

c     g
if i die tomorrow
f g
shall you keep our promise
dm am
be happy in the land of sorrow
c g
cure your strongest enemies


if i were not there
can you be happy as always
never reach for no where
until you find your place


if theres no sunshine
and the rain keep on falling
can you hold your mind
keep life of great meaning


if people are hating
their head blaming on you
leave the world of missing
feel my spirit on you

Friday, April 1, 2011

Masa Kecil 3

Banjir

selalunya pabila tiba musim banjir,orang yang paling risau adalah ibu dan ayah.mana tidak nya semua perkakas rumah akan hnayut dibawa air, semua rosak teruk. Rumah aku sudah lama tidakbanjir, banjir yang masih ku ingat adalah lebih kurang 15 tahun yang lepas, ketika itu aku mula mahu membesar dan masih kebudak-budakan. rumah dinaiki air sedalam 1 meter dan paras dada. kami sekeluarga sangat runsing jika-jika banjir ini kan memaksa kami untuk berpindah.aku sudah lupa apakah kami berpindah ataupun tidak.

Semasa banjir yang teruk tersebut, orang yang paling gembira adalah aku. mana tidaknya masa itulah segala bagai idea mengarut timbul bersama timbulnya sampah-sampah dilapisan air. masih aku ingt semasa banjir tersebut,aku dan abang-abang yang lain sibuk dengan rakit yang kami bina sendiri, dengan pintu peti sejuk. pada seingat aku, rakit tersebut bukan la yang kami reka sendiri tapi kepunyaan jiran sebelah. mungkin kerana dihanyutkan air sehingga sampai ke rumah kami. Dengan menggunakan rakit tersebut, pelbagai stunt kami dapat buat, landing bagai superman yang sedang terbang, aku kayuhkan rakit tersebut dengan tangan. terasa bagai gembira sangat-sangat. Rakit kami tersebut berwarna hijaudaun, so bila kami naik,emak akan marah pada kami semua. nakal kami waktu itu tidak lagi tertanggung oleh ibu.

selepas beberapa hari, banjir pun surut bersama-sama sampah sarap. namun idea dan keinginan kami tidak pernah surut, atas keinginan yang melambung, aku membawa rakit tersebut ke parit dibelakang rumah. aku menyelusuri parit tersebut dalam beberapa hari sehinggalah aku puas. setiap hari bila tiba waktu petang, aku akan menghabiskan masa dengan rakit tersebut. bermain-main sepuas hati. sehinggalah aku tinggalkan rakit tersebut. Kini aku tidak tahu lagi keadaan rakit tersebut, mungkin sudah hanyut ke hilir bersama-sama dengan air parit. Walaupun ia hanyalah sekeping pintu peti sejuk, dengan imaginasi yang ada, kami seronok. kerana imaginasi adalah akar kepada keseronokan. Aku yakin bahawa semua itu tidak akan kembali lagi kerana, zaman itu semuanya berkait dengan imaginasi. dan zaman seumpama itu tidak akan kembali lagi, dan zaman keseronokan di musim banjir tidak akan dialami lagi, yang ada cuma zaman kebimbangan seperti mana bimbangnya ibu dan ayah aku dahulu.

Wednesday, March 30, 2011

'kalau kita tidak boleh manjadi bintang, jadilah angkasawan'

'kalau kita tidak boleh manjadi bintang, jadilah angkasawan'

aku sebenar masih berfikiran yang tertutup dan sempit. seringkali aku terfikir yang keadaan masyarakat yang miskin itu tidak akan membawa kita kemana. sehinggakan mula masyarakat luar bandar berduyun-duyun ke dunia baru. ia benar. sememangnya kehidupan itu sangat perit, bukan kerana keadaannya tapi kerana pemikiran kita, pabila pemikiran kita mengarah ke satu pemikiran negatif disitu akan bermula penentangan dalam diri terhadap segala keputusan yang diambil, penyesalan demi penyesalan akan berlaku dan membawa kita ke satu peringkat yang lebih teruk iaitu, TIDAK MAHU MENCUBA LAGI. sebenarnya pemikiran kita yang akan menentukan kehidupan manusia itu, samaada penuh dengan tekanan atau meneruskan hidup dalam keadaan tenang. Tuhan tidak menciptakan duri pada bunga itu sebagai pelindung, tapi sebagai kelebihan dan kecantikan pada sesuatu makhluk. Tuhan tidak menciptakan masalah kepada manusia kecuali hanya untuk memberi kelebihan pada seseorang. itu tujuaanya.

sifat seseorang itu punya ciri-ciri yang luas,kebaikan dan keburukan itu akan dijaja sehari-hari oleh manusia lain, bedanya antara mereka yang berjaya dengan gagaladalah timbang dacing antara kebaikan dan keburukan. keluasan akal manusia itu tiada batas, sepatah yang manusia ucapkan akan diolah oleh otak dangkal manusia menjadi seratus pemikiran. tiada satu pun akan mencapai maksud sebenar. keunikan manusia itu kekadang akan menjadi musuh kepada manusia itu sendiri, seindah-indah mentari dipandangan manusia kan panas jua jika disinar terlalu lama. sifat tolehan pada diri sendiri itu yang menjadi asa kepada penuturan hari-hari, itu yang menjadi kan manusia itu benteng dalam percakapan. pemikiran yang luas itu tidak semetinya berguna, guni yang besar itu tidak semestinya berguna mengisi segelas gula-gula. malah menyusahkan. 

aku sering bercakap pada penonton akan pentingnya motivasi diri dan menjadikan diri lebih baik. malah aku sudah terbiasa pada itu maka tidak hairanlah jika ramai yang melihat aku selamba bercakap di hadapan audience. itu memang sifat aku. itu bicara dua tahun yang bilamana kita/aku masih dikepompong sekolah menengah dan masayarakat sekeliling aku itu LEMAH. namun sekarang dunia cukup berbeda, yang ada semuanya kuat-kuat dan sukar terkalahkan. itu hakikat manusia semakin menjadi lebih bagus dari lama. dan yang tertinggal akan terus tertinggal lewat kebelakang. sama seperti aku, merasakan diri tertinggal jauh kebelakang itu rasa biasa yang aku rasa disetiap hari. malah keinginan untuk mengejar kembali terlalu jauh, dan tidak mampu lagi. kelemahan manusia itu kekadang akan menjadikan diri mereka kuat. kependekan itu bukan kelemahan lagi jika pemikiran manusia diubah. semuanya terletak pada pemikiran.

dua tahun yang lepas manusia tenang disamping keluarga, dua tahun akan datang tidak menjanjikan apa-apa kerana masa depan itu hanya satu janji yang belum pasti. bersyukurlah anda masih tersenyum hari ini kerana hari ini cukup indah bagi, dan anda masih mampu bersama teman-teman dan masih mampu mencapai langit.