Banjir
selalunya pabila tiba musim banjir,orang yang paling risau adalah ibu dan ayah.mana tidak nya semua perkakas rumah akan hnayut dibawa air, semua rosak teruk. Rumah aku sudah lama tidakbanjir, banjir yang masih ku ingat adalah lebih kurang 15 tahun yang lepas, ketika itu aku mula mahu membesar dan masih kebudak-budakan. rumah dinaiki air sedalam 1 meter dan paras dada. kami sekeluarga sangat runsing jika-jika banjir ini kan memaksa kami untuk berpindah.aku sudah lupa apakah kami berpindah ataupun tidak.
Semasa banjir yang teruk tersebut, orang yang paling gembira adalah aku. mana tidaknya masa itulah segala bagai idea mengarut timbul bersama timbulnya sampah-sampah dilapisan air. masih aku ingt semasa banjir tersebut,aku dan abang-abang yang lain sibuk dengan rakit yang kami bina sendiri, dengan pintu peti sejuk. pada seingat aku, rakit tersebut bukan la yang kami reka sendiri tapi kepunyaan jiran sebelah. mungkin kerana dihanyutkan air sehingga sampai ke rumah kami. Dengan menggunakan rakit tersebut, pelbagai stunt kami dapat buat, landing bagai superman yang sedang terbang, aku kayuhkan rakit tersebut dengan tangan. terasa bagai gembira sangat-sangat. Rakit kami tersebut berwarna hijaudaun, so bila kami naik,emak akan marah pada kami semua. nakal kami waktu itu tidak lagi tertanggung oleh ibu.
selepas beberapa hari, banjir pun surut bersama-sama sampah sarap. namun idea dan keinginan kami tidak pernah surut, atas keinginan yang melambung, aku membawa rakit tersebut ke parit dibelakang rumah. aku menyelusuri parit tersebut dalam beberapa hari sehinggalah aku puas. setiap hari bila tiba waktu petang, aku akan menghabiskan masa dengan rakit tersebut. bermain-main sepuas hati. sehinggalah aku tinggalkan rakit tersebut. Kini aku tidak tahu lagi keadaan rakit tersebut, mungkin sudah hanyut ke hilir bersama-sama dengan air parit. Walaupun ia hanyalah sekeping pintu peti sejuk, dengan imaginasi yang ada, kami seronok. kerana imaginasi adalah akar kepada keseronokan. Aku yakin bahawa semua itu tidak akan kembali lagi kerana, zaman itu semuanya berkait dengan imaginasi. dan zaman seumpama itu tidak akan kembali lagi, dan zaman keseronokan di musim banjir tidak akan dialami lagi, yang ada cuma zaman kebimbangan seperti mana bimbangnya ibu dan ayah aku dahulu.