'kalau kita tidak boleh manjadi bintang, jadilah angkasawan'
aku sebenar masih berfikiran yang tertutup dan sempit. seringkali aku terfikir yang keadaan masyarakat yang miskin itu tidak akan membawa kita kemana. sehinggakan mula masyarakat luar bandar berduyun-duyun ke dunia baru. ia benar. sememangnya kehidupan itu sangat perit, bukan kerana keadaannya tapi kerana pemikiran kita, pabila pemikiran kita mengarah ke satu pemikiran negatif disitu akan bermula penentangan dalam diri terhadap segala keputusan yang diambil, penyesalan demi penyesalan akan berlaku dan membawa kita ke satu peringkat yang lebih teruk iaitu, TIDAK MAHU MENCUBA LAGI. sebenarnya pemikiran kita yang akan menentukan kehidupan manusia itu, samaada penuh dengan tekanan atau meneruskan hidup dalam keadaan tenang. Tuhan tidak menciptakan duri pada bunga itu sebagai pelindung, tapi sebagai kelebihan dan kecantikan pada sesuatu makhluk. Tuhan tidak menciptakan masalah kepada manusia kecuali hanya untuk memberi kelebihan pada seseorang. itu tujuaanya.
sifat seseorang itu punya ciri-ciri yang luas,kebaikan dan keburukan itu akan dijaja sehari-hari oleh manusia lain, bedanya antara mereka yang berjaya dengan gagaladalah timbang dacing antara kebaikan dan keburukan. keluasan akal manusia itu tiada batas, sepatah yang manusia ucapkan akan diolah oleh otak dangkal manusia menjadi seratus pemikiran. tiada satu pun akan mencapai maksud sebenar. keunikan manusia itu kekadang akan menjadi musuh kepada manusia itu sendiri, seindah-indah mentari dipandangan manusia kan panas jua jika disinar terlalu lama. sifat tolehan pada diri sendiri itu yang menjadi asa kepada penuturan hari-hari, itu yang menjadi kan manusia itu benteng dalam percakapan. pemikiran yang luas itu tidak semetinya berguna, guni yang besar itu tidak semestinya berguna mengisi segelas gula-gula. malah menyusahkan.
aku sering bercakap pada penonton akan pentingnya motivasi diri dan menjadikan diri lebih baik. malah aku sudah terbiasa pada itu maka tidak hairanlah jika ramai yang melihat aku selamba bercakap di hadapan audience. itu memang sifat aku. itu bicara dua tahun yang bilamana kita/aku masih dikepompong sekolah menengah dan masayarakat sekeliling aku itu LEMAH. namun sekarang dunia cukup berbeda, yang ada semuanya kuat-kuat dan sukar terkalahkan. itu hakikat manusia semakin menjadi lebih bagus dari lama. dan yang tertinggal akan terus tertinggal lewat kebelakang. sama seperti aku, merasakan diri tertinggal jauh kebelakang itu rasa biasa yang aku rasa disetiap hari. malah keinginan untuk mengejar kembali terlalu jauh, dan tidak mampu lagi. kelemahan manusia itu kekadang akan menjadikan diri mereka kuat. kependekan itu bukan kelemahan lagi jika pemikiran manusia diubah. semuanya terletak pada pemikiran.
dua tahun yang lepas manusia tenang disamping keluarga, dua tahun akan datang tidak menjanjikan apa-apa kerana masa depan itu hanya satu janji yang belum pasti. bersyukurlah anda masih tersenyum hari ini kerana hari ini cukup indah bagi, dan anda masih mampu bersama teman-teman dan masih mampu mencapai langit.