kalau aku ada sayap, benda pertama yang aku akan buat ialah terbang menjelajah ke bulan dan menyaksikan betapa indahnya bumi dari kaca mata angkasa. keindahan bukan diukur dari enaknya manusia mengejar kebendaan, tapi betapa lazatnya manusia menikmati kehidupan.aku tidak lagi mahu membayangkan bahawa bumi itu bulat dan membujur, dan membayangkan bahawa bumi itu mungkinya petak dan segi tiga.
Kalau aku ada bintang dilangit, akan aku seru bintang itu untuk muncul pada setiap malam malam yang sepi, saat aku merindui seseorang yang jauh. mungkin untuk sekadar memuaskan nafsu atau sekadar menarik nafas selesa. bintang bukan cahaya, ia satu anugerah yang tercipta untuk manusia hargai. kemudian di setiap inci bintang itu, akan ku hiaskan namamu, betapa agungnya cinta manusia pada pencinta, walau kekadang terus hanyut dalam laut deras.
kalau aku ada sedikit sahaja lagi semangat, akan aku hiaskan sebaik mungkin semangat itu agar menjadi sesuatu yang mungkin membisakan aku untuk membina diri dan menjagkau masa dan keazaman. kalau mungkin setiap masa dan semangat yang masih ada itu aku tibakan dengan gah dan berani, sudah pasti nescaya segala perancangan yang tersedia dihadapan mata akan membuahkan hasil. walaupun mungkin beberapa biji buah yang ku tilik memjadi makanan ulat, ia mungkin hanya sementara.
kalau lah aku bisa tuliskan lagi seribu ayat bahawa aku mahu kembali cintakan Nya.nescaya hati tidak akan keruan menanggung beban yang teramat besar....