hey..aku kembali daaa, setelah lama x mengupdate blog nie, mklumlah bukan senang nk cri idea untuk menulis, aku xnak lah nnti bila aku nk melunis, aku menulis sesuatu yang tidak berfaedah dan menyakitkan hati sesiapa juga yang mungkin bisa akan terasa. oke by the way mari bercerita tentang diri aku sendiri ..
Masalah
merupakan sesuatu yang sangat sinonim dengan diri manusia, benda yang akan menghancurkan manusia dan juga boleh mematangkan manusia untuk cabaran yang lebih besar di masa hadapan, orang kata dengan masalah itulah manusia kan mampu mengelak dari melakukan perkara yang sama pada masa hadapan. masaalah memang banyak dalam diri aku sekarang, bermula dengan keputusan yang tidak memberangsangakn dalam peperiksaan habis pula muncul dengan masalah yuran dan tak dapat sambung pengajiana. ya tuan tuan dan puan puan, aku TIDAK dapat sambung master. kekecewaaan yang paling aku rasa, jalan yang aku susun nampak seakan tidak menjadi pulak. namun apa-apa pun yang terjadi fikiran harus sentiasa di seberang sana, harus berfikir secara positif supaya ia tidak mematahkan semangat kita. mungkin ada jalan yang lebih baik dan lebih bagus untuk aku atau aku mungkin sekadar menyedapkan hati sendiri T_T
Azam
sesiapa yang membaca blog aku sebelom nie aku terbiasa dengan azam sepuloh yang aku titipkan. ya azam itu masih aku pegang, tapi disebabkan kemalasan azam itu nampaknye semakin jauh dari aku, mungkin kerana itu;lah juga blog ini tidak tertaip selama 4 bulan. aiyoo..
aku masih belajar bermain seruling secara betul dan banyak juga lah lagu aku telah belajar, belajar sendiri tu xde guru pon, ntah hancur kelaut melodi..muahaha. then about the guitar, masih x bergerak kemana, banyak bende yang masih aku kene belajar, perancanagan yang sebelum ini indah bagai lukisan kejuruteraan terindah kini dah hancur. kemudian, lesen dan sebagainya masih lagi kabur..haish.
Peluang
mencecah 23 tahun ini, bukan senanag untuk mendapat pekerjaan, sekarang disaat aku menulis nie, aku sedang berada di rumah memeber dekat dengan wangsa maju, datang berkelana kesini mencari peluang pekerjaan, namun lain yang diharap lain pula yang aku dapat, biasalah tu kan, memang selalu berlaku pada diri aku.almaklumlah ini kan azman ismail.eluang sekrang nie semakin semput kerana aku tidak nampak peluang yang ada itu, aku telah melihat ramai mereka yang telah berjaya disini, berkereta besar, ada juga pihak yang yang mengatakan bahawa kejayaan yang sebenar bukan terletak pada besar kereta kita, tapi pada kebahagiaan. bagi aku, kebahagiaan yang sebenar adalah bila kita ada kepuasan dalam melakukan sesuatu, kita puas untuk membahagiakn seseorang, kita puas untuk pergi ke tempat kerja kita, kita puas untuk beramal kepada tuhan kerana kita tahu tuhan itu masih ada untuk kita. peluang itu datangnya tidak bergolek, kita lah yang harus mencarinya.
pesan aku buat mereka-mereka diluar sana, jangan sesekali korang hancurkan segala yang korang ada sekarang dengan sesuatu yang masih belom pasti. namun jika korg merasa kan bahawa sesuatu itu bisa menghancurkan, lepaskanlah ia secara perlahan, biarpun manusia tidak memahami apa yang korang lakukan, tuhan lebih mengerti. perbaikilah diri dari sehari kesehari dan teruskan berazam untuk sesuatu yang lebih indah.salam sayang :)