merasa down dan merendah diri pada manusia.
kalu ingin aku susun kata-kata indah untuk menusia mengerti akan kesusahan mencapai sebuah kejayaan, mungkin ini yang terbaik.
Eleanor Roosevelt
Masa depan adalah milik mereka yang percaya pada indahnya mimpi-mimpi mereka. Kebanyakan manusia hanya mampu bermimpi di sepanjang malam dan terus terlena sampai keesokan harinya, dan apabila fajar mentari sudah mula menampakkan muka, bermulalah kehidupan yang biasa bagi dirinya. kehidupan yang hampir seluruh manusia di bumi memiliki. Semangat yang terus berjalan dalam diri ini jika tidak diasah dan dituturkan pada manusia, ia akan lama kelamaan kian pudar dan menjadi lemah.begitulah umpamanya sehelaian kain, jika ia dibiarkan diterik mentari tanpa sesaat untuk bertuduh, lama-lama ia akan semakin pudar kerana dek panasnya sinar mentari. semangatmu bukan satu yang sia-sia, bahkan ia sesuatu yang diciptakan untuk memandu arah dan perjalanan manusia, samada ke jalan kiri atau kanan atau kedua-duanya. Masa depan itu adalah milikan pada manusia yang berani bermimpi di malam hari dan yakin bahawa mimpinya adalah kebenaran. Aku tidak pernah serik untuk bermimpi berada sebaris dengan mereka, kerana bagi aku setiap manusia adalah layak untk berada disana, cuma yang membedakan adalah sejauh mana usaha yang telah aku berikan, sebagus mana jalan yang telah aku susun. bagaimana kalau setiap harinya jalan-jalan yang aku lalui kian berliku dan berpatah aral. Kalu bukan kerana semangat pada mimpi, pasti jalan itu sudah hilang. Kerana semangat dan kepercayaan yang memandu arah manusia.
Andrew Carnegie
Biasakanlah untuk berpikir bahwa sukses hanya tinggal selangkah lagi dan pasti akan diraih, niscaya masa depan yang cerah akan ada di depan Anda.Kita sering bertanya pada diri kita bahawa pada tahap ketinggian mana kita harus berdiri, serendah mana harus kita duduk. Tidak semua apa yang kita buat akan menemui hasil dalam masa yang singkat, ttidak semua yang kita bicarakan pada hari ini akan menjadi isu hangat pada keesokan harinya. Untuk menjadi manusia yang hebat seseorang itu harus mempunyai satu aura yang tidak mungkin bisa dicari pada manusia yang lain, kekuatan yang ada pada diri, kehebatan yang pada aku adalah sesuatu yang ganjil pada mata manusia adalah sesuatu yang penting. Apa itu kehebatan? kehebatan pada pandangan aku adalah sesuatu yang tidak ada pada mnusia yang lain, dan dia mencapai sesuatu itu pada tahap yang tertinggi. Maka, bagaimana kita hendak meletakkan diri kita jika kita tidak mengetahui setakat mana kebolehan kita, apa kepakaran kita. Jawapannya adalah dengan mencuba segala bentuk jalan, berliku senang bengkok ataupun lurus. tapi pastikan bahawa setiap jalan yang kita susun itu mempunyai matlamat biarpun matlamatnya jauh berbeda antara satu sama lain. Tuhan menberikan manusia jalan yang susah itu supaya mereka bersyukur pada keesokan harinya. kalau tuhan sudah menjadikan kita berjaya, bagaimana kita harus bersyukur bukan.
Petua terbaik untuk menghilangkan stress or 'down'.
Langkah yang terbaik untuk aku menghilangkan stress dan juga merasa down adalah dengan tidur. kerana bagi aku, tidur adalah sesuatu yang cukup indah, biarpun didunia ini semua manusia membenci kita, namun didunia mimpi, masih ada lagi yang suka akan kita. kerana dunia mimpi itu adalah dunia kita.
Keduanya aku selalu menyembunyikan perasaan down itu pada pandangan manusia, dengan menjadi seperti biasa sedia kala, kerana dengan cara itu, kita akan sedikit sebanyak mengubat rasa down dan merendah diri kita pada manusia. Mungkin ramai manusia yang lebih banyak bagus dari kita tapi tidak ada sesiapa yang sebagus kita.
Ketiganya adalah dengan mempertingkatkan kebolehan diri dan personaliti. Mengapa manusia yang hebat-hebat mempunyai perwatakan yang menarik dan berkesan, kerana itu adalah salah satu cara mereka untuk mengelak dari merasa down dan merendah diri. Percaya atau tidak, kita merendah diri kerana 90 % perwatakan kita tidak menarik dan 10% kita tidak mempercayai diri sendiri. Bagi aku, kepercayaan pada diri adalah sangat penting, even bila semua jari jari telunjuk manusia menuding kita, at least kita masih ada diri kita. semangat kita.
sekian.
syg semua :)