Friday, December 16, 2011

Update

semakin hari aku rasakan bahawa matlamat hidup aku semakin jauh dan semakin bercampur. semakin lama, apa yang aku mahukan kian pudar dan kabur, biarpun sedikit sebanyak jalan itu telah aku tempuh, tapi matlamat nye masih jauh. atau aku cuma keliru samada apa yang aku kejar ini sangat berbaloi untuk hidup aku, dan tidak mengundang bahaya. Setiap detik yang aku tempuh, semakin banyak kesalahan yang aku cipta, semakin banyak kekecewaan bakal terserlah, dan aku masih tetap keliru untuk memilih. Antara dua jalan yang ditempuh, mana satu yang baik, mana satu yang jahat masih belum dapat kita pastikan, kekadang kita terlalu menyusun jalan yang terbaik sehingga kita tidak yakin untuk mencuba semua jalan, dek kealpaan. kecuaian yang mungkin setitik nila mungkin akan memberi kesan yang sangat besar dalam hidup. kesilapan yang kita buat dalam masa semalaman boleh meruntuhkan hidup kita selama lamanya.

aku cuba untuk kembali pada jalan yang benar, dan betul. namun ada hati yang masih tetap terluka dengan aku. mungkin kerana perubahan itu sukar untuk diterima manusia. kita memang selalu kisah sangat pada manusia lain sehingga kita lupa pada kepentingan diri kita sendiri, manusia yang telah rosak, akan merosakkan yang lain, itu yang sentiasa berlaku. Kehidupan yang harus dimulakan dengan kejujuran akan hancur jika terus diselubung penipuan.

Ada pengorbanan yang manusia tidak memandang ia walau sedikit pun, dan ada lagi yang menganggap ia sebagai kesilapan yang lain tanpa melihat kesilapan sendiri. harus sedikit sebanyak penyesalan akan tiba pada diri andai kesilapan itu pada diri kita. Kekadang sedikit kata maaf boleh menghapus segala dosa, dan meninggalkan kesan yang lebih teruk. manusia itu hakikatnya mengejar sesuatu dalam kehidupan, apa yang kita kejar, hanya kita tahu, kemaafan, cita-cita, semoga apa yang kita kejar itu menjadi milik kita.