Thursday, September 22, 2011

Kisah budak yg membuat baju untuk kucing :D

aku akan cuba menulis dengan sebaik mungkin...
semestinya ia dari hati...

banyak benda dalam kehidupan ini yang berlaku tanpa kita sedar, dan apabila kita telah sedar, ia telah pun berlaku dan tidak mungkin lagi mampu diputar balek. satu itu adalah permulaan bagi semua perkara, dua tidak mungkin akan wujud tanpa satu dan tiga tidak mungkin terhasil tanpa dua. itulah seterusnya. maka nya kehidupan yang berlandaskan satu kepercayaan akan menjurus ke aras jalan yang lebih fokus berbanding kepercayaan dua yang berbeda.

ada satu kisah tentang seorang budak lelaki yang sangat sayang kan kepada sahabat-sahabatnya, seringkali kehidupan seharian nya dipenuhi dengan kehidupan bersama sahabat yang mana baginya sahabatnya itu adalah sebahagian dari kehidupan. kepercayaan inilah yang mendorong ia untuk terus membahagiakan sekeliling dan lantas membahagiakan hidupnya seharian. Masa kecil, kehidupan anak itu tidaklah seindah yang dialami mereka diluar, ibu dan ayahnya sibuk mencari rezeki ke hulu hilir, sehingga kasih sayang baginye terasa terabai. terus dia menjadi pemalu dan pendiam. sahabatnya sahaja yang menjadi peneman.sahabatnya ialah 3 ekor kucing.

sewaktu kecil, dia selalu menghabiskan waktu-waktu yang tersisa dengan kucing kesayangan. belaian dan kasih sayang yang ada hanya untuk mereka. lebih penting hanya mereka yang tahu siapa untuk disayangi. apabila tibanya hari raya, dia tahu bahawa itulah masa nya untuk baju dan seluar raya yang baru. perasaan gembira didalam hatinya tiada siapa yang tahu, hanya dirinya. oleh kerana kesendirian itu, dia mula ingin berkongsi kegembiraan itu bersama sahabatnya yang lain, maka dia akan membuat baju raya untuk sahabatnya. Dia mahu bahwa sahabatnya juga akan turut merasa apa yang dirasai nya, iaitu kegembiraan yang tidak terucap. bagi budak yang sebesar itu, tiada penjelasan yang mampu diterima, kecuali sebuah imaginasi. Maka dia memulakan kerjanya itu bersungguh-sungguh hingga tersiaplah beberapa helain baju. satu untuk si ibu dan yang lain untuk si anak-anak. 

Tibanya 1 Syawal, dialah orang yang paling gembira, kerana inilah masanya dia mengenakan baju-baju hasil kerjanya untuk dipakaikan pada sahabat-sahabat. Pagi-pagi lagi dia akan mempersiapkan mereka dengan baju raya yang baru, baru seperti belum pernah mereka punya baju. dia memakaikan sahabatnya dengan baju tersebut sehinggalah pada satu ketika, dia sedar bahawa sahabatnya tidak menyukai baju tersebut. Mungkin baju itu tidak cantik, dia tidak tahu. Dia hairan kenapa kegembiraan yang dia rasai saat mempunyai baju raya yang baru, tidak mampu dirasai sama oleh sahabatnya. Dia membuang baju tersebut dan terus hampa. Tahun-tahun seterusnya, dia tidak lagi membuat baju untuk mereka sehinggalah kini.

Pengajaran

Kegembiraan adalah satu benda yang kompleks.tidak semua makhluk didunia ini diciptakan untuk mempunyai kegembiraan yang sama. Si kaya tidak akan menjadi segembira si daif yang kebulur di saat mendapat sebiji kurma. seringgit lebih bernilai untuk si miskin berbanding sikaya. Itu perbedaan kehidupan. Begitulah juga rasa gembira bagi seseorang, mungkin anda akan gembira untuk terus kekal sebagai seorang doktor seumur hidup, berkhidmat pada negara, namun bagi individu lain, ia hanya permulaan untuk merasa keperitan. mengapa ini terjadi,ia adalah kerana setiap dari kita mempunyai pemikiran yang berbeda. tidak semua mahukan sesuatu yang sama. itulah citarasa dalam kehidupan.walaubagaimana pun kita, kemahuan kita, kegembiraan yang kita alami sekarang, keperitan yang kita selami sekarang, ia bergantung pada tahap kemahuan yang kita letakkan. kita yang meletakkan diri kita dimana dan siapa.