Monday, September 26, 2011

desakan menjadi lebih baik.

hanya keajaiban yang boleh mengubah kehidupan seseorang. Dan keajaiban itu hanya boleh terjadi dengan usaha yang keras dan tanpa putus asa. Kebanyakan dari kita benar-benar mengharapkan sebuah keajaiban untuk berlaku sehingga kita lupa untuk berusaha secukupnya, dan kadang-kadang kita akan jatuh kecewa bila keajaiban yang kita harapkan disaat akhir tidak menjelma tiba. Kebenarannya, manusia memang akan begitu, selagi tiada apa yang mendesak, mereka tidak akan berusaha untuk berubah. Dan sehinggalah keadaan itu memaksa, mereka akan berfikir lagi untuk bertindak, kerana mereka tiada keyakinan dalam diri. Jika anda manusia, anda salah seorang dari mereka.

Setiap usaha itu memerlukan satu momentum yang sangat kuat untuk memastikan usaha itu senantiasa terkedepan dan mengarah ke peringkat lagi. Tiada apa yang dapat memastikan sebanyak usaha itu mampu membuahkan hasil. mungkin usaha yang seratus peratus itu menampakkan bahawa ia sebaik-baik usaha yang termampu dilakukan oleh kita, namun ia masih belum memberi jaminan bahawa ia menghasilkan emas. Memang, hidup yang aman tenteram tidak menjamin kita hidup secara aman selamanya. Kadang-kadang satu perkara kejahatan yang kita lakukan, akan terus mendapat balasan, biarpun segala kebaikan yang kita berikan, ia akan dilupakan. yang akan dicanang oleh manusia ialah kejahatan dan keburukan kita, jadinya, siapa yang mampu menutup mulut manusia, manusia akan terus bercakap dan bercakap sehinggalah kiamat. Sisi kesusahan dan kepahitan yang kita tempuh akan dilupakan dan ditinggalkan oleh sejarah, begitu jugalah kebaikan yang kita serlahkan. Menyerlah kebaikan dalam diri kepada umum bukanlah bermakna kita menunjuk bahawa diri kita itu baik, ia hanyalah sebuah interpretasi kita pada orang. menjadi baik bukan bermakna bahawa seseorang itu baik seratus peratus, dan menjadi jahat bukan bermakna sel negetif semua terkumpul dalam dirinya, banyak yang telah ku jumpa mereka yang kelihatan jahat (jahat dari mata aku ialah mereka yang muka bengis dan memakai ala-ala orang jahat dalm filem) dan ganas sebenarnya mempunyai rasa kasihan lagi pada manusia seangkatan.

Orang jahat itu bukanlah jahat keseluruhan dari segi rupa dan kelakuan, mereka jua baik dari segi rasa dan prihatin pada kesusahan. mengapa? kerana kesusahan itu yang telah mengajar mereka menjadi sebegitu. ramai orang yang sudah senang hidup didunia akan susah untuk bersama manusia biasa, miskin, lantas menjadikan mereka sombong dan memilih untuk berkawan. juga disebabkan kerana keadaan yang mengajar mereka menjadi sebegitu. setahun yeng lepas, aku banyak bercakap-cakap dengan kawan tentang susah dan senang. orang yang senang itu, jika dia lahir dari kehidupan yang susah dan keadaan kemiskinan dahulu membuatkan dia dikeji, apabila dia besar kelak,dia kaya, itu menjadikan dia sombong, jadi tidak hairanlah ramai yang menjadi sombong pabila kaya, kerana keadaan kemiskinan yang dikeji itu membuatkan dia begitu.

Menjadi yang lebih baik memrlukan kita terus berusaha biarpun perubahan itu dalm mata kasar kita sangat jauh dan tidak mampu direalisasikan oleh hati, kesusahan itu juga yang mempu memuaskan nafsu. Seketika kemudian kita akan sedar bahawa desakan untuk menjadi lebih baik itu adalah sebenarnya milik setiap manusia dunia, tiada siapa yang mahu hidupnya menjadi lebih teruk, si kaya tidak mahu hidupnya susah. dan para alim tidak mahu dia mati dalam kefasikan. jika ada yang mengata 'akau mahu menjadi jahat. itu impian aku', nescaya dia gila. Perubahan yang dirindukan oleh manusia itu kekadang akan membuatkan kita keliru tentang apa yang kita mahu dalam hidup, P Ramlee sebelum menjadi lagenda, dia adalah raja kesusahan. Kerana itu, jika kita memandang manusia yang hidupnya merempat, jangan kita keji mereka, kerana masa depan tidak menjanjikan kesenangan bagi kita.SEKIAN.

SPREAD THE SMILE, THEN THE SMILE WILL COME TO YOU   =D