HARGA 1kg MASA
banyak perkara dalam kehidupan ini, kita akan sering melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali, baik atau buruk sesuatu perkara itu, terus kita lakukan.tanpa mengambil masa sejenak untuk berfikir. bila tiba masa nya untuk kita berfikir, sekali lagi kita akan konfius untuk melakukan perubahan ataupun tidak. atau mungkin juga bila tiba masa kita nekad untuk berubah, kita tak mampu mengubah minda kita untuk menerima perubahan itu, lantas kita sering kembali ke keadaan asal. Dari untuk B ke C, kita kembali pada A.
banyak kesilapan dalam kehidupan ini yang kekadang apabila kita buat, ia akan terus rosak dan tiada kaedah pembaikan lagi. Contohnya sebuah perhubungan. sebuah hubungan yang mesra, pada hakikatnya adalah merupakan akhiran kepada sebuah perpisahan yang teruk, samada kita suka ataupun tidak.Jika sebuah hubungan itu tercipta dari sebuah keikhlasan dan akhirnya ia dimusnahkan oleh sebuah keegoan, pasti ada yang terselit pada tujuan Ilahi. Tak semua yang terjadi itu akan mampu dibaca oleh pandangan manusia. Tak semua yang akan terjadi itu, adalah hasil dari tangan manusia. Keegoan itu, berlaku mungkin dari rasa kehendak kita yang tidak ditepati. Dan apabila tiba saatnya, kita melenturkan keegoan tersebut, masa sudah tidak mengendahkan kita. Dan kita akan terus berjalan mencari jalan yang lebih baik.
Antara dua jalan, cabang, mesti ada satu jalan yang mana terselit di sebalik semak. Kita tidak nampak jalan tersebut. Lantas kita memilih antara dua jalan yang berbeda. Dua jalan yang masing-masing membawa kepada penghujung yang berbeda, satu gelap dan satu cerah. mana satu pun pilihan jalan yang kita tempuh, pada akhirnya kita akan terlupa bahawa pada permulaan tadi, kita terlupa pada satu jalan yang ditutupi semak. kita tidak berfikir pun akan jalan itu, baik atau buruk.Yang kita nampak hanya dua jalan. Pada saat itu, ketika itu, kita akan terasa menyesal yang amat kerana tidak meneliti jalan permulaan. Samada cerah atau gelap kehidupan kita, itu sama.
aku memang selalu konfius tentang jalan yang aku pilih, satu dua tiga jalan terbentang didepan, bukan mudah untuk ditempuh, kekadang apa yang kita rasa kan betul, jalan tersebut, akhirnya kita akan terus berfikir dan berfikir. Kita membayar harga yang sangat tinggi untuk berfikir, iaitu sebuah masa. Masa, jika boleh ditukar dengan wang, mungkinkah sudah ramai yang miskin papa. masa jika ditukar dengan nyawa, mungkinkah sudah sekerat dari isi bumi akan tiada. jadi berapa harga sebenar 1kg masa?