bercerita mengenai tanah liat, semasa kecil dahulu aku selalu mengikut ayah aku ke paya dan ke parit, selepas siap membajak sawah dan menanam padi bersama keluarga memang menjadi tabiat kami sekeluarga terutama nya abang-abang aku untuk mandi manda diparit belakang rumah, parit itu sangat luas, selebar padang bola dan sepanjang terusan suez(sebanrnya aku xtahu pun, xpernah ukur).aku ada cerita lain tentang parit tu,nanti aku cerita lain masa. alkisahnya semasa mandi manda tu,ayahku pernah sekali membuat burung daripada tanah liat, burung itu boleh ditup dan mengeluarkan bunyi seakan burung yang betul. memang agak menarik bagi budak sekecil aku ketika itu, saban hari aku bermain dengan burung itu. tanah liat itu akan dibentuk menyerupai burung dan dibakar supaya tanah itu menjadi keras dan tahan lama, saat membakar api tidak boleh terlalu marak dan terlalu perlahan. supaya mendapat kualiti yang terbaik. ia mengenai kepuasan.kini tidak ramai yang masih mahir untuk membuat burung tanah liat.Dunia semasa kecil penuh dengan imaginasi. kerana ketika kecil, itu dunia aku.sebelum ini aku pernah bercerita mengenai kisah kami yang amat gemar bermain tanah liat di bawah rumah. ya cerita itu akan aku ulang lagi. semasa kecil dahulu apa yang aku ada hanyalah dunia sendiri, dunia kami. kami bukanlah manusia yang suka bergaul dengan orang kampung kerana, ibu terlalu menjaga kami takut-takut kami tidak menjadi manusia, alhamdulillah kami masih menjadi manusia sehingga kini. oleh itu, kami akan selalu hidup dengan dunia kami, terutama nya adalah aku. semasa kecil aku suka hidup dengan dunia aku, oleh itu aku ciptakan satu lagi dunia. iaitu dunia aku sendiri. sebuah dunia memerlukan sebuah taman jadi aku siapkan satu taman untuk dunia aku. ditaman itu, aku siapkan satu air pancutan,sebuah rumah kecil untuk orang-orang aku, sebuah sungai, patung-patung dan juga kereta. dunia aku itu cukup indah, dipenuhi dengan warna-warna yang sangat cantik dan gemilang. disetiap petang masa yang aku ada hanya bermain dengan taman-taman dan berseronok dengan IMAGINASI. budak-budak sekecil aku semasa itu hanya tahu membeli di kedai-kedai dan makan dengan kawan-kawan. tapi aku, yang serba hidup dalam kedaifan, akan terus bermain dengan imaginasi, mungkin kerana itu, aku masih hidup dalam mimpi dan impian.
berseronok di semasa kecil itu bukan soal kemewahan, tapi ia lebih kepada kepuasan dan kesetiaan.pabila aku meningkat dewasa apa yang aku paling risaukan adalah untuk aku mencabar kesetiaan aku itu. bukan mudah untuk meningkat dewasa dan menjalani hidup tanpa kawan-kawan semasa kecil. dunia ini yang penuh dengan hati-hati manusia, tidak seperti patung dan kesetiaan kekal,ia satu yang susah difahami.apa yang aku cuba kekalkan sehingga kini adalah imaginasi yang harus diwariskan kepada seluruh manusia, tentang kepentingan mencoret impian zaman kecil menjadi dunia yang lebih aman dan terbaik.