Wednesday, October 19, 2011

Jalan :)

aku ini manusia yang masih menyusun jalan, masih mencari-cari bata yang terbaik dari yang terbaik supaya jalanku nanti tidak berduri. aku ini manusia yang masih terus membuat perhitungan dengan hidup, mana jalan yang harus ku pilih dan mana jalan yang harus ku singkir, kekadang jalan yang aku mahu pilih itu sukar untuk aku terima, kerana menampakkan kegelapan dihadapan. dan kekadang jalan yang aku tidak suka itu sentiasa menjanjikan keseronokan. aku pernah tertewas dahulu, dalam sebuah cerita epik.

Aku ini manusia yang masih penuh dengan teka teki akan kehidupan yang sebenar, akan sebuah pengertian akan gunanya aku untuk hidup. Kadang-kadang, kalau aku mahu berfikir, tidak akan cukup masa yang aku ada, tidak akan cukup segala batas fikiran yang diberi tuhan. Kekadang nafsu memainkan peranan yang cukup dasyat sehinggakan aku seringkali tertewas pada kehendak, dan melupakan sejenak tuhan. Perhitungan yang aku rasa rasa sangat tidak adil untuk tuhan. Melupakan pencipta yang telah menciptakan kamu.

Sebentar kemudian aku terjaga dari mimpi, apa yang aku lakukan itu hanyalah sia-sia dan mengundang padah keesokan hari. Lantas aku susun semula jalan-jalan yang kian retak itu dengan segala bagai simin yang dipilih dari tujuh gunung. Namun, penyesalan itu tiada henti.

Hari ini aku masih menyusun jalan aku sendiri, kanan kiri. Ganjakan aku tidak akan lagi ke belakang, hanya sekadar mengintai. Jalan yang telah siap aku susun itu mungkin tiada penghujung nya, atau mungkin tidak akan menemui sungai indah. Untuk aku meneguk kehausan. Walau tuhan tidak mahu berbicara dengan aku, sudah dia memahami bahwa jiwa anak muda ini masih mentah dan degil akan hebatnya kepasakan dunia.