Saturday, October 22, 2011

Sifat Memerli yang membunuh bangsa (seni dan filem)

aku menulis ini atas dasar aku sedar akan baik buruknya apa yang aku luahkan.sekadar ingin berkongsi sesuatu yang aku ada. 

Banyak bangsa yang lahir didunia ini wujud dan masih kekal kerana keberanian mereka melakukan perubahan dan minda mereka yang sentiasa bebas untuk berfikir tanpa sebarang ancaman atau kongkongan sinis dari manusia. Kekadang kehidupan kita tidak akan pernah terlepas dari segala macam perli dan pandangan sinis manusia lain. Manusia yang mahu melakukan perubahan akan terus dianggap sesuatu yang mengancam bangsa, tanpa sedar perubahan itu perlu dalam hidup. Manusia yang meminati sesuatu dengan secara melebih akan diperli oleh bangsa kita, dan pelbagai tohmahan akan dilemparkan, kerana kita masih berada di pemikiran jumud kita. Bangsa kita kekadang tidak berlaku adil pada mereka yang ingin sebuah perubahan, lantas kita memencilkan pemikiran kita sehingga kita masih menjadi bangsa yang terkebelakang didunia.

Mereka yang ingin menjengah kedunia yang berbeda, seperti sesetengah orang, akan terus dianggap kurang ajar dan melawan budaya lama. Maka banyaklah pandangan sinis diberikan padanya, sehingga segala usahanya ke arah perubahan terpaksa menempuh cemuhan dari masyarakat. Kita ini, kita semua ini masih berada dalam posisi dimana kita menganggap bangsa kita masih lemah dan ditakdirkan untuk ditindas. Kerana itulah kita masih disini dan terus disini. Menjadi jujur, berapa kerat rakyat dunia yang tahu tentang Malaysia berbanding Singapura dan Indonesia. Kerana itu, kita masih ditindas. Kerana kita tidak dikenali.

Menjadi sebaris dengan Khatulistiwa

Usaha jika tidak dicabar, tidak akan membuahkan hasil yang terbaik. Kerana cabaran itulah yang mengangkat sesebuah bangsa. Anak muda yang bebas adalah bukan anak muda yang mudah terikut dengan segala macam pemikiran sinis sesetengah bangsa kita, yang pada dasarnya membenci untuk melihat manusia sebangsa mereka berdiri utuh di persada antarabangsa. Perlian itu yang kekadang sangat tajam sehingga membunuh semangat untuk bergerak hanya akan meruntuhkan kemahuan bangsa kita untuk maju. Tidak perlu kita pergi jauh, sudah cukup kita lihat kedudukan kita di persada Asia, dimana kedudukan kita berbanding negara lain, dimana hala kita sedang negara lain telah tahu menyeimbang kan antara kemajuan seni dan ekonomi. 

Cabaran adalah perlu untuk kemajuan sesebuah bangsa. Rakyat kita, yang kebanyakannya hidup senang dengan segala macam bantuan dari pihak atas, membuat kan bangsa kita tidak mampu berdikari, dan lemah dari segi pemikiran. mungkin kerana itu pemikiran kita masih lagi ditampuk lama. Kerajaan sudah sedar akan perkara ini, lantas kerana itu segala macam bantuan dikemas kini semula, agar bangsa kita berdiri sendiri tanpa perlu tongkat dari kerajaan.

Seni yang disekat

Kesenian itu pemikiran rakyat, bukan pemikiran sesetengah pihak. Kerana itu kesenian itu perlu BEBAS dan tidak dicekup oleh pemikiran lama. Kita berada pada persada yang sudah menjangkau usia lama, tapi kita masih dimana. Dulu kitalah yang menjadi peneraju, hasil usaha yang dibuahkan oleh sesetengah pihak yang sedar akan perlunya seni dibebaskan. Namun sekali lagi sifat sinis dan perlian manusia akan membunuh seni itu sendiri. Dunia seni negara kita, masih terus  digelumbangkan dengan segala macam masalah dan pemikiran yang masih menganggap bahawa seni itu harus dijaga. Jika benar kita dijaga, maka dimana kita?

Menjadi yang terbaik dari yang terbaik memerlukan negara kita, bidang seni negara kita melakukan rombakan yang besar, atas dasar undang-undang yang menyekat kebebasan anak seni dan dari pemikiran bahawa seni itu hanya untuk berhibur.Kesenian memrlukan sebuah komitmen yang dirasakan perlu dinaik semula.

Tidak mahu berkorban untuk perubahan

Kesenangan kita sekarang membunuh imaginasi dan cita-cita, jika tidak di fokuskan pada satu point.Kerana kesenangan kita sekarang, kita sentiasa menganggap bahawa perubahan tidak perlu untuk kehidupan, cukup sekadar apa yang ada dan hidup hanya untuk mati. Itu tidak seharusnya berlaku jika hidup kita ini kita hiaskan dengan sejumlah imaginasi dan pada waktu yang sama kita mengejar ke arah imaginasi tersebut. Jika ada pihak yang mahu terus berimaginasi, sekali lagi bangsa kita akan mencemuh mereka dan memberikan tamparan yang cukup hebat buat semangat. Kerana itu aku rasa, apa yang ada pada bangsa kita sekarang ini sedang perlahan-lahan membunuh kemajuan kita.

Aku bukan pemikir tegar dan juga bukan penceramah. Aku hanya menulis melalui apa yang aku rasa.sekian.