manusia yang gagal mengenalpasti kelebihan yang ada pada dirinya, akan terus gagal dan tertinggal di belakang. oleh itu, ramai antara kita yang mencari-cari apakah itu kelebihan yang terselit jauh dalam diri dan sukar untuk dicungkil. mungkin bakat dalam pengucapan, keberanian dalam membuat keputusan. atau sekadar kesihatan yang optimum. namun, dek kerana kealpaan sendiri, mungkin kita sebenarnya tidak sedar bahawa kelebihan yang kita cari selama ini, sebenarnya terpampang didepan mata. mungkin juga kita lupa bahawa, hidup ini telah dipermudahkan oleh tuhan. ramai yang masih mencari-cari kelebihan pada diri, sehinggakan kelebihan yang sebenar yang terselit di lubuk hati, kita abaikan. dulu, ramai pihak yang menganggap bahawa kedudukan pihak perempuan itu didapur, tidak layak untuk melanjutkan pelajaran. lantas, dunia dipegang oleh golongan lelaki. kini, disebalik peredaran zaman yang terlalu cepat(ya sangat cepat sampaikan fly over d kb dh nk siap), pemikiran kita juga turut berubah seiring dengan zaman. siapa yang memerlukan idea kolot terdahulu yang menganggap bahawa sesuatu itu hanya untuk sesuatu, dan tuhan ciptakan sesuatu hanya untuk sesuatu.
seringkali kita terus mengejar masa dan pada masa yang sama, mencari identiti yang sebenar. mencari-cari sebuah jawapan sehingga mungkin kita sendiri tersesat dan tersepit di persoalan itu. oleh itu ramai yang mengambil jalan mudah dengan memendekkan masa dan mempercepatkan keputusan, akhirnya, keputusan yang diperoleh tidak memuaskan dan kekadang mengecewakan diri sendiri. lantas kita menyesal dengan keputusan awal kita yang mungkin satu tindakan kita 23 tahun lepas. jalan yang terbaik untuk mengenal diri kita sendiri itu, adalah dengan menempuh sahaja jalan yang terbentang dengan membuat keputusan yang terbaik. tabah pada hati, biar setiap jalan yang bakal ditempuh itu sentiasa kosong atau bakal terisi dengan segala duri dan paku. usah berfikir akan apakah yang ada di depan, biarkan tuhan yang menentukan jalan itu bagaimana, kita hanya pilih jalan nya. pilihan itu haruslah terbaik untuk kita.
kesempurnaan sebuah kehidupan memerlukan tahap mana kita berfikir akan kepentingan hidup, setiap manusia itu dilahirkan dengan satu nyawa dan satu jasad, tiada peluang kedua dalam kehidupan. tiada peluang untuk membalikkan masa. tiada kata 'aku tidak mampu.menyesal hidup'. sekali kamu hidup, jadikan kehidupan itu sesuatu yang berguna, mati dalam keharuman. setiap sesuatu memerlukan keazaman, biarpon setiap kali azamn itu dicabar oleh telahan manusia. kini kehidupan sudah menjangkau 23 tahun dan dunia seakan-akan membohongi aku setiap saat.terus memilih jalan.sendiri tanpa Dia.sekian.