alhamdulillah, syukur sangat2 ke hadrat ilahi kerana aku berjaya untuk menghadirkan diri ke bengkel komunikasi, walaupun pada mula nya berasa berat sangat nak bangun. banyak perkara baru yang aku perolehi pagi nie, ada yang baik dan ada jugak yang tak baiknya. mungkin disini aku boleh perkatakan sedikit kot. penceramah pada kali ini adalah seorang cikgu sekolah kompleks seberang takir dekat kuala terengganu, dekat dengan area umt je. nama penceramah itu ialah cg harun bin omar, munsyi dewan bahasa dan pustaka negeri terengganu. antara perkara yang di ceramahnya tadi adalah tentang kesantunan dalam berbahasa, teknik-teknik untuk berkomunikasi dengan orang lain, teknik-teknik untuk membuat ucapan dihadapan orang-orang kenamaan. peserta yang hadir pada ceramah kali ini tak lah ramai sangat, dalam 200 lebih jer, auditorium tadi pon tak penuh. kalau nak kata kurang sambutan tu tak la, tp overall ok la.
aku sempat juga santap2 nasik ayam bersama dengan kawan baik, black yang senantiasa bersama aweknya. bengkel tadi banyak mengajar aku bagaimana untuk membina ayat yang bagus untuk sesuatu ucapan di dalam majlis rasmi. penceramah pun kira ok la jugak sebab banyak cerita ( benda yang paling digemari oleh penonton ), kira dia mampu untuk menarik perhatian orang yang mendengar, nama pun munsyi dewan bahasa kan, mesti ah banyak pengalamannya.
ketika ini sebenarnya sedang berlansung nya satu program lain dekat umt, iaitu dipanggil sebagai program cakna cemerlang peperiksaan awan 2009, aku saja jer pergi tengok-tengok kat dalam dewan sultan mizan sebab dalam kepala aku berkata 'nak balik umah pun still awl lagi, lebih baik aku lepak2 kat cini dlu mana tau boleh dapat somting yang berguna ke', aku pon masuk lah kedalam dsm, masa first2 tu rasa cuak lah jugak sebab dari luar tengok pintu utama dsm macam tutup kemas jer, takot gak kan kena halau...huhu~~~
namun aku memberanikan diri jugak nak masuk, demi sekeping ilmu, hehe. xdapat lalu kut depan aku pon naik ikut tangga atas. tengok2 orang xde n line pon clear, aku teruskan perjalanan ku memutar waktu. last2 aku berjaya gak masuk ke dewan utama DSM, masa aku nak masuk aku dengar ada orang tengak berucap, tp yang peliknya suara penceramah tu macam aku penah dengar, bile aku tengok betul2, larrrrr....pensyarah aku rupenya, dr ahmad...ish2 aku tertanya2 dalam diri, majlis apa nie?? asal pensyarah aku lop bagi ucapan, aku mengambil peluang ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut, aku melepaskan punggung aku di kerusi DSM yang empuk tu. rupaku penat disambar cahaya mentari tadi. aku pn duduk disitu selama lebih kurang 30 minit melepaskan penat tubuh, selepas beberapa ucapan sekarang tibalah masa yang aku ternanti2 ucapan dari MB ganu, ahmad said....nie kali pertama aku dengar live suara die, before this dlm tv jer kan.
aku xnak la komen teruk2 tapi bagi aku, munsyi dewan bahasa tadi lebih bak dari die. selepas 5 minit dye berucap aku pon keluar, bosan dh dengar MB cakap baik aku balik umah dan bersiap2 balik kampung.
hari ini aku akan balik ke rumah, untuk jmpe dgn orang yang aku sayang, family aku sendiri. mungkin aku akan berasa bosan duduk kat umah lama2 tapi aku harap perkara 2 tak berlaku
( aku dh pnjm buku pengembaraan ibnu batutah, harap aku leh habiskan masa cty, tebal 900 muka surat ). ok...thats owl for now, skunk aku nak bersiap2 untuk balik kg, yeehaaaaaaa.....
anyway selamat bercuty kepada semua student umt, jaga diri baik2 n yang penting jangan bawak balik H1N1 ke umah...salam