kejujuran merupakan asas dalam kehidupan manusa, jika tiada kejujuran maka hidupnya akan dibenci oleh masyarakat dan dipandang hina. orang yang paling baik dikalangan manusia adalah mereka yang sentiasa jujur dalam setiap perbuatanya. sekiranya nilai kejujuran itu boleh diukur dengan wang dan emas, pasti ramai yang berlumba-lumba mendapatkanya. Ini kerana kuasa wang dapat menandingi segalanya, dulu pernah seorang sahabat aku berkata, wang tidak boleh menjamin kebahgiaan, cinta tidak boleh dibeli dengan wang. buat ape nak cari wang banyak2, bukan boleh bawak kubur pon. kini aku ingin menyangkal pendapat mereka, kerana bagi aku wang itu cukup berharga.
kebahagiaan merupakan permata yang dicari oleh setiap insan yang hidup, tidak kira orang itu besar atau kecik, tua atau muda semua mahukan kebahagiaan. namun dapatkah kita mencapai kebahagiaan tanpa menggunakan sedikit pun wang. bagi aku mustahil kerana, ramai sudah yang aku tengok orang-orang yang miskin ini tidak bahagia dalam kehidupan mereka, kehidupan mereka tunggang langgang. jadi dalam persoalan ini, siapa yang kita harus salahkan kalau bukan mereka sendiri yang dimana masa muda2 dulu mereka melihat bahawa wang tidak menjamin kebahagiaan, maka mereka pun mula mencari jodoh dan berkahwin tanpa memikirkan cara untuk mendapatkan wang secukupnya. seperti kata pepatah, sesal dahulu pendapatan sesal kemudiaan tiada gunanya. nasik sudah menjadi bubur, bubur pun dah jadi basi.
jika kebahagiaan merupakan permata maka cintalah kilauan nya. cinta adalah sebuah interpretasi jiwa yang sukar diungkapkan dengan hanya satu patah perkataan. tiada kata yang mampu mengungkap indahnya kata cinta oleh manusia. ramai yang sering mencari-cari cinta, namun dapatkah cinta itu dibeli dengan wang? jawapan aku YES. semestinya cinta dapat dibeli dengan wang. kenapa tidak, sedangkan jika kita lihat sekarang ramai datuk-datuk yang kawin muda, isteri lama entah dibuang kemana, cinta baru mula berputik, cinta lama ditinggal jua, sayang anak tangan2 kan, sayang bini tinggal2 kan, nah itu dia kata2 bukti. jika dulu boleh lah kita kata yang cinta tidak boleh dibeli dengan wang, cinta itu suatu perkara yang tulus dari jiwa. namun sekarang, dunia telah bertukar, hidup yang dulunya hitam dan putih kini menjadi warna pelangi. riang ria seolah-olah dunia manusia yang empunya.
dari pemerhatian aku wanita sekarang hanya mahukan wang ( sesetengah je ), bukan nya cinta. cinta tak mampu menjamin kebahagiaan hanya wang je yang boleh beli itu semua. betapa besarnya nilai wang dimata manusia. kepada kaum hawa yang membaca diluar sana, jangan lah nak melenting atau marah dengan pendapat ini, kerana ia adalah pendapat aku sendiri, tanpa melibatkan sebarang kajian terperinci. tidak semua wanita begitu, ada yang jujur tentang cinta dan mengharapkan kebahagiaan akan datang pada mereka. aku tahu ada yang jujur diluar sana, kalau bukan ramai mungkin seseorang, yang benar-benar mengharap cinta suci.
setakat itu sahaja, so sekali lagi aku nk ingatkan bahawa cinta tidak boleh menjamin kebahagiaan, hanya wang yang boleh buat semua tu, kepada sesape yang tidak bersetuju sila komen, aku sedia menerima sebarang krtikan dari korang semua.