Tuesday, August 11, 2009

first from me

assalamualaikum, apa kabar. saje nak tanye pada yang baru masuk kat sini. azman minds ( atau mybe tikar nama lain nanti ) adalah merupakan blog ketiga dari aku, yang pertama adalah odysseyrovers, iluvemy n yang terbaru yang nia ah, so blog ini adalah lebih private tentang diri aku, pendapat aku tentang kehidupan sekarang dan orang disekelinling aku.

sejak berjinak2 dgn blog nie, aku merasa semakin berminat tentang blog dan rasa macam xboleh hidup tanpa blog ( x lah sangat). Blog merupakan sebahagian dari kehidupan aku sebagai student kerana bagi aku, hidup manusia adalah singkat sangat, so apa salahnya kalu kita sumbangkan sesuatu dalam alam maya. sekurang2 nya satu blog tentang diri kita, nanti kalu kita dah xde, boleh la anak2 kita tengok apa yang kita buat sepanjang kita hidup kat dunia yg sementara ni.

blog juga merupa satu medium yang bagi aku ckup bagus untuk menyuara kan sebarang pendapat, selagi mana pendapat itu tidak bercanggah dengan hukum syarak. ramai orang yang buat blog tengtang masakan, ada juga yang menghasilkan blog tentang politik dan bisnes. namun bagi aku, blgo merupakan satu cabang yang penting untuk mengasah cara penulisan dan susunan ayat kita, ini supaya ayat kita tidak tunggang langgang bila bercakap dengan orang lain, macam seorang pensyarah aku tu kata ' susun ayat kamu sebelum cakap" hehehe.

selain itu, blog juga boleh merapatkan kita dengan dunia luar. ramai yang menyangka bahawa pelajra universiti ni pemikiranya terbuka, dapat pikir lebih jauh dari pelajar-pelajar biasa. bagi aku, pelajar universiti ni sama je dengan orang lain, ada nafsu, sifat tamak, dan macam2 lagi.
yang membezakan pelajar universiti dgn pelajar biasa adalah tahap pembelajarannya, bukan kematangan nya. sebab itulah jika kita tengok, banyak pengaruh2 sosial yang masuk kedalam universiti, seperti yang baru2 nie berlaku di kawasan uuniversiti, ada pelajar yang jumpa j*&%#.
masyaallah, aku tak sangka yang pelajar universiti pon sanggup buat tu semua. kalu betul la dh terdesak sangat, pegi la kawin jgn buat diam2.

anyway, nie post pertama aku. and i hope sape2 yang datang sini dengan tak sengaje suka akan blog ini. semoga kita akan terus bersama lagi.

assalamualaikum.