adakah umno dan BN sudah hilang taringnya ataupun rakyat memang sudah tak percayakan lagi BN dan konco-konco nya yang lain?
Pemimpin malaysia sebenarnya mencari apa dalam politik, adakah mencari keadilan untuk rakyat ataupun sekadar mahu mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda dari kelemahan rakyat.
persoalan ini sering menjadi perdebatan minda kita, kerana ini soal hati dan tiada satu pun manusia didunia ini yang mampu membaca hati seseorang, baik ataupun buruk semuanya bergantung pada diri kita sendiri. dah banyak aku dengar, sokong parti pas masuk syurga, sokong parti BN masuk neraka. macammana nie, ada sesiapa yang mampu beri penjelasan yang lebih rapi?
mungkin pemahamannya begini, bila sokong pas bermaksud kita juga menyokong pembangunan islam dan pergerakan islam. maka sikit sebanyak kita akan mendapat pahala dan dimasukkan ke syurga. manakala bila kita sokong BN, kita menyokong perbendaharaan orang kafir kerana BN menggunakan sistem perundangan mat salih. Bila kita menyokong BN, secara automatiknya kita menyokong orang kafir dan ia membolehkan kita masuk neraka. macammana pula dengan pemimpin-pemimpin parti yang menggunakan nama baik parti untuk berlaku zalim pada rakyat. kalau masuk pas, boleh masuk syurga jugak ke orang begitu?
masalah nie sekali lagi berbalik pada soal hati, kesucian hati manusia tiada siapa yang mampu baca, kecuali hanya boleh dilihat melalui interpretasi perangainya , cara percakapannya dan tingkah laku nya. adakah kita nie manusia yang lemah tahu apakah sebenarnya bentuk dan ciri--ciri orang yang hati suci, salah satunya adalah sentiasa berfikiran baik tentang orang lain, tidak menhina atau mencaci oarang-orang yang lemah dan sentiasa membela mereka tidak kira apa pun yang melanda. nah itulah dia tanda-tanda dan sifat manusia berhati suci. Cuba tanya diri kita sendiri adakah kita termasuk dalam golongan ini?
sempena bulan ramadhan al mubarak ini marilah kita bersama-sama menyucikan hati kita dari segala noda dan kemungkaran. buangkan jauh-jauh sifat yang suka mengeji orang lain, insyallah kita akan mendapat kebahagiaan yang hakiki. SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK......