Thursday, August 13, 2009

pergi tak kembali

Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...
(Allahyarham ust asri rabbani 3 ogos 1969-13 ogos 2009)


pagi tadi menyaksikan suasana hening, pemergiaan seorang insan yang merupakan orang lama dalam bidang nasyid malaysia, allahyarham ust asri merupakan seorang yang sentiasa tersenyum pada setiap orang yang bertemu dengannya. allahyarham yang berkecimpung lebih 13 tahun dalam bidang nasyid merupakan guru dan semangat bagi setiap warga malaysia yang meminati irama nasyid. masih lagi nak0 teringat saat pertama bertemu dengannya, beliau asyik tersenyum saja, kita bagaikan riang bila melihat wajah beliau. walaupun hanya sekali sempat bertemu dan bertentang mata dengan beliau, semua kenangan itu akan dingati selamanya. dialah contoh 'abi' yang terbaik dimalaysia. semoga rohnya dirahmati Allah. ameen.