Monday, August 31, 2009

entri pendek sempena merdeka

tanggal 31 ogos merupakan tarikh yang amat penting bagi malaysia. tarikh keramat kemerdekaan negara, semalam aku melihat anak-anak muda keluar ke kota, katanya untuk menyambut merdeka dengan cara nya sendiri. ada yang merempit dijalanan, ada juga yang berpacaran dengan kekasih hati. kanak-kanak pun turut sama menyambut merdeka, semalam aku melihat mereka beramai-ramai konvoi berbasikal di atas jalanan, kemana hala tuju mereka aku tak tahu.

apakah yang sebenarnya kamu tahu tentang merdeka?
apakah kamu benar-benar tahu sejarah merdeka?
apakah perjuangan hidup kamu?

salam merdeka