setiap yang bermula, pasti akan berakhir. begitu juga aku. mungkin disini akhirnya hikayat seorang penglipur lara (cehhhhh). namun berakhirnya sesuatu itu tidak bermakna ia akan berakhir selamanya, mungkin angin perubahan akan kembali jua nanti.
apa yang aku maksudkan disini adalah tentang hikayat blog odysseyrovers. memang benar, aku akan tamatkan riwayatnya dalam dua atau tiga hari lagi, bukan kerana aku tak nak jadi blogger untuk oR lagi, tp aku rasa mungkin sudah sampai masanya untuk aku bersara dari oR dan mencari dunia yang lebih cerah bagi aku, untuk masa depan aku. mungkin nak088 ini lebih tepat mengambarkan diri aku, interpretasi yang jelas bagi aku.