Sunday, November 1, 2026

penghujung yang panjang

penghujung yang panjang.

antara penghujung penghujung yang terlalu panjang, adalah saat nya menanti sebuah jawapan kepada doa. apakah doa itu dimengertikan atau sebaliknya. kata kata yang datangnya sedikit sedikit ini, sukar untuk disusun menjadi perenggan. dan bukan juga segala ilham yang datang itu, akan sempurna sejak azali. ilham yang datang itu, sukar diterjemah dengan pemahaman manusiawi. sukar dimengertikan dengan pandangan kusam dan kabur. manakan dapat menjadi awan jika langit mendung kelabu. dan adakah kerana setiap kebencian itu memusnahkan rasa.




Sunday, October 4, 2026

Ribut dan cahaya

Seharusnya kita tahu, ada antara ribut ribut yang hadir itu untuk menguatkan dan bukan memusnah. Dan kita tahu antara kesemuanya yang bercahaya di langit itu ada satu bintang kecil yang terang benderang, menjadi sinar satu satunya cahaya yang ada. Dan diantara tiap tiap cahaya, yang satu akan menerangkan pasti akan ada pemulanya.


Disegenap jalan jalan yang kosong ini, menyuluh hati hati yang kelam mengenal wujud dan qiam. Bawa aku pulang, siapkan dulu segala tugasan. Kerana dalam ribut ribut yang ada ini, pastinya kau melihat dari cahaya yang berderang. Dan aku hamba yang melihat dari hati yang kelam dan wahan. 


Tuesday, May 5, 2026

Mengisi Jiwa

Aku cuba mengisi jiwa yang kosong. Setelah segala rasa telah aku luah di tubuh ini. Setelah segala rasa sayang itu cuma menjadi sia sia di keliling rasa durjana. Dikeliling segala rasa itu, yang kau simpan, yang kau juang, yang kau kata perlu, kau buat perhitungan jiwa dan demi Tuhan aku ambil semula, segala rasa itu. 

Dan tubuh ini, yang dulu padang bahagia, telah kau biarkan terluka dengan segala derita yang pekat melarat untuk aku simpan. Iya. 

Senang kasih mu kata senang. Simpan kasih mu kata simpan. Setelah dengan segala rasa yang aku beri kau henyak hingga terperosok di penjuru cemburu. 

Untuk aku yang merasa segala kekecewaan ini, terima kasih atas ajarmu. Kecewa aku kecewa.


Memahami Bahasa Langit 2

hujan yang menderu turun di sebalik langit, memberi gambaran jelas betapa Tuhan itu maha adil dan sempurna. Setiap titisan yang turun ke bumi itu telah secantiknya disusun jatuh ke ke titik itu dan di masa itu. Dan segala ujian yang datang itu, juga, disampaikan dengan tepat dengan lokasi, masa dan rasa itu. Seperti indahnya cinta Tuhan itu kepada manusia, dan ikhlasnya segala rasa kasih yang diberi, aku ini berani berdiri menentang dunia. Bukan siapa siapa.

Bahasa Langit yang sempurna itu, kadang kadang sukar untuk dimengertikan dan senang disalah tafsir. Seperti mana langit itu tadi, yang mencurahkan hujan hujan di setiap negeri jiwa yang kosong, lalu di isi dan di salah erti. Siapa kita untuk menilai segala, jika kita bukan siapa siapa. 

Belum puas lagi hujan hujan ini turun. Mungkin takdirnya bukan sedikit malah lebih besar dari kehendak. 

Jangan mengotori tangan semata mata hendak merasa indahnya hujan.
Jangan mengotori jiwa jika hanya berkehendak merasa kasih nya Tuhan.