apakah yang menentukan nilainya sebuah harga diri bagi seorang manusia?
sedang terduduk dikerusi plastik putih didalam bilik, ditemani kipas pusing, mata aku terpina-pina melihat skrin laptop model HP mini. melayari fb adalah rutin harian aku,melihat kawan2 dan teman2 baru yang mungkin juga mampu merapatkan lagi ukhuwahh.sudah banyak yang berubah.hitam pun telah menjadi putih, kwan2 aku yang dahulunya seorang yang lemah, kini telah pun menjadi kuat. Mereka yang dahulunya kurang dalam serba serbi kini mampu berdiri setanding dengan mereka yang lain. Namun begitu tak kurang juga yang dahulunya bertudung, kini hanya sekadar free hair sahaja,membogelkan kepala tanpa seurat benang mungkin satu kebanggaan bagi mereka. entahlah,mungkin budaya kuning kian segar di bumi timur.
telinga berdesing,otak ku mula pun bercelaru. memerhatikan kawan seangkatan yang dahulunya warak kini menjadi modal nafsu manusia. ahh mungkin itu jalan hidup dia,mungkin juga hati dia lebih suci dari kita, siapa yang tahu,aku mula meletakkan batu asas pada pemikiran. dahulu mungkin zaman yang lama dan mustahillah manusia biasa seperti kita hendak mengikut hala tuju yang sama seperti nenek2 kita dahulu, dimana kemajuaannya, kan malaysia nak maju pada 2020,kene la ikut cara negara2 maju yang lain kan. aku cuba berfikir dengan positif.
harga diri, apakah sebenarnya yang ada pada harga diri seorang manusia,apakah yang merendahkan harga seorang manusia,apakah pula yang mampu meninggikan harga mereka. berputar-putar juga otak aku berfikir, kalaulah aku ini diletakkan harga seperti barang-barang yang lain, berapakah harga aku?? bolehkah dengan apa yang ada pada aku ini, aku letakkan dengan harga yang cukup tinggi??
harga diri adalah sesuatu rasa kesedaran dalam diri kita dimana segala kelemahan dan kekurangan diri diteliti dan diamati, seperti mana kita meneliti sebiji buah dikedai,begitulah kita meneliti diri kita.mana buruknya kita,baiknya kita, hasad dengki kita pada manusia dan rasa sayang kita pada manusia, yang mana satu kelebihan kita. Sedang kita meniti kehidupan ini,kita akan sering dan terus dihinggap dengan debu-debu dunia, najis-najis nafsu yang bisa menghancurkan diri kita sendiri. Ketahanan diri kita untuk menahan dari terlibat dengan debu2 itu adalah penentuan kepada tahap harga diri sebenar kita.
harga diri kita juga boleh diukur dengan melihat berapa banyak kelebihan yang ada pada diri kita, kelebihan itu biasanya merangkumi anugerah yang dikurniakan,kemahiran yang kita cari dan banyak lagi.semua ini lah yang juga akan menyumbang kepada tahap kedudukan harga diri kita. Biasanya harga diri tidak ditentukan oleh kelemahan yang kita perolehi,malahan kelemahan itulah yang merendahkan harga diri dan akan terus menjatuhkannya. Rasa cemburu pada kawan,benci pada manusia yang lain, sombong bongkak dan meninggi diri adalah semuanya sifat mazmumah yang seharusnya kita elakkan.manakala kemahiran yang diperolehi seperti pandai bermain gitar,mampu berbicara dengan petah, berani, menghormati orang tua dan menyayangi orang yang lebih muda adalah satu sifat yang mampu meninggikan harga diri seseorang manusia.
Apakah kekayaan boleh meninggikan harga diri??
jawapannya ya, semetinya namun kekayaan itu hendaklah digunakan secara sebaik yang mungkin. Kekayaan jika diurus dengan cara yang baik dan jujur akan membina keyakinan diri dalam hidup kita dan membawa kita ke satu tahap yang lebih membanggakan. kekayaan yang dibanggakan,bongkak dengan kekayaan adalah sesutu sifat yang boleh menghancurkan.
untuk meletakkan harga diri pada diri kita bukanlah sesuatu yang mudah,penelitian yang cukup seni haruslah diberikan keutamaan berbanding perkara lain.Harga diri sesuatu yang amat penting dan bernilai, jangan hanya kerana setitik nila pada susu,habis rosak susu sebelanga.
kembali mata aku terus ke skrin laptop, melihat gambar-gambar kawan di ruang fb. Masa'allah, seksi cukup kawan aku seorang ini, berpakaian menjolok mata, satu dunia melihat lurah nya. habis segala macam saham yang dahulunya tinggi, kini jatuh menjunam. Apakah kesedaran tentang harga diri bagi seorang wanita kurang dihati dia,tidak malukah dia pabila manusia lain melihat aurat mereka. peha yang mulus itu patut dihidang pada suami, bukan pada pandangan mata manusia lain. inilah buktinya melayu memang cukup lemah dengan budaya, harga diri memang cukup rendah pada diri mereka. kepentinganya memang suka kamu remehkan.
membeli buah segar tidaklah sesukar mencari manusia yang tinggi harga dirinya. buah yang segar dibeli dari luarannya, namun dalamannya sering juga kita abaikan. mungkin kah dengan pengabaian ini,manusia hanya akan melihat kecantikan luaran berbanding dalaman. apakah sebenarnya yang kita kejarkan dari kecantikan??
terus mata aku meneliti ruangan FB, dan mencari harga sebenar bagi sebuah AKU...