Saya punyai sebuah cerita yang cukup menarik untuk dikongsikan, mengisahkan seorang pemuda yang mempunyai sebuah cita-cita yang cukup tinggi dan mempunyai sifat yang cukup komited untuk menghasilkan sebuah kejayaan dalam hidupnya, untuk merasa nikmatnya sebuah kejayaan, kerana dia memang tidak pernah merasa apa itu nikmatnya kejayaan.
Hidup sipemuda ini memang cukup susah, makan pagi kais pagi dan makan petang kais petang, namun kesusahan ini tidak pernah menghancurkan semangatnya untuk terus maju dan berjaya seiring dengan kawan-kawan nya yang lain. Di sekolah rendah, dia terkenal dengan sifatnya yang pemalu dan kurang berbicara, lemah segala perwatakannya. Dia adalah seorang yang pasif dan kurang sifat ingin bercakap. Ketika kecilnya, dia merupakan seorang anak mak yang cukup manja. Pemuda ini memang punyai sifat sebegitu, dan sifatnya yang pemalu itu telah membuatkan dirnya digelar anak perempuan, manakan tidak, semasa kecil pun apabila ibu-ibu sedara nya datang melawat ke rumah, dia akan menyorok didalam bilik, menyembunyikan muka.
Ketika kecilnya pemuda ini, dia amat gemar bermain dengan dua orang gadis kampung, si A dan si B, di setiap petang dan paginya, masa-masa yang terluang dihabiskan bersama dengan dua orang gadis ini, teman sekampung, ini menjadikan dirinya lebih rapat dengan perempuan berbanding dengan kawan-kawan lelaki yang lain. Namun begitu, dia bukanlah kaum dua jenis, dan dia bukanlah menghabiskan masanya bersama dengan mereka berdua ini sahaja, malahan dia juga amat gemar hidup dalam dunianya, menghabiskan sisa-sisa dirinya dengan merenung jauh dinding-dinding rumah, meneliti tentang aktiviti untuk hari esoknya. Dia pernah mempunyai sebuah taman di belakang rumahnya, membina sebuah taman tentang sebuah kehidupan yang lebih baik untuk patung-patung nya.
Di setiap paginya, dia akan menaiki basikal lamanya untuk ke sekolah, dia tidak pernah mempunyai basikal yang cukup baik keadaannya, basikalnya hanya lah pemberian daripada orang bandar yang kenal akan kesusahan keluarganya, kebanyakan mereka adalah orang-orang cina. Beg yang dipunyainya adalah pemberian orang-orang bandar juga, sehingglah satu hari yang damai, ibunya membelikan sebuah beg yang baharu, hanya tuhan yang tahu bertapa bersyukur nya hati si anak kecil ini. Hidupnya memang cukup susah, sehinggakan pabila dewasa, sifat syukurnya tidak pernah luntur dari jiwa pemuda ini, hidupnya yang ala kadar membuat ramai yang senang dengan dirinya, membongkak dengan pakaian yang lawa-lawa bukan sifatnya, biarpun dia memakai pakaian yang buruk, namun biarlah.
Ketika kecilnya, dia gemar sekali bermain di bendang, menangkap ikan, kalau tibanya masa mengetam, maka dialah orang pertama yang akan menggongdong plastik-plastik untuk menangkap ikan darat. Memang itulah hobinya setiap tahun, bermain bersama kawan-kawan sambil menangkap ikan darat adalah saat yang cukup bahagia baginya, biarpun panas terik mengelegakkan otak-otak kepala. Pernah sekali terjadi dimana dia berjaya menangkap seguni ikan darat, termasuklah ikan haruan dan ikan keli. hampir patah pinggangya membawa pulang ikan-ikan itu, bahagia nya tidak terkira, mungkin ikan-ikan ini boleh dijual, duit-duit itu boleh disimpan untuk membeli mainan yang lain pula. Dia memang gemar bermain dengan mainan-mainannya. Kerana itulah temannya yang paling setia padanya. bersambung...