bagaimana kalau manusia mencipta sebuah mesin yang mamapu mengambil alih tugas manusia dalam menyenanagkan proses penjagaan alam sekitar?
Projek ini aku baru dapatkan semalam apabila berbicara dengan supervisor FYP. Takkala sedang seronok berbual, supervisor ada mengutarakan beberapa tajuk yang amat menarik dan mengagumkan minda dan perasaan aku ini.
Pertama ialah untuk menjadikan tong sampah yang dapat menghasilkan satu sistem pengkomposan dimana sampah-sampah yang boleh dikompos akan dimasukkan didalam tong dan secara automatik sistem pengkomposan akan berlaku. Namun sistem ini bukanlah amat baik juga kerana, ia memakan masa dan waktu yang agak lama untuk sistem tersebut berjaya. so..kami reject tajuk ini.
Keduanya adalah projek untuk menghasilkan sebuah tong sampah kitar semula yang berfungsi dengan cara pengasingan oleh mesin. Dimana sistem didalam tong sampah ini akan membuat pengasingan dengan sendiri tanpa perlu diasingkan dahulu oelh tangan-tangan manusia. Sistem ini mungkin memakan masa yang lama untuk disiapkan dan juga telah diguna pakai oleh negara luar. kami juga menolak tajuk ini.
Ketika sedang-sedang berbicara tentang tajuk FYP, terpacul dari mula kami tentang penghasilan sebuah mesin kitar semula dimana mesin ini berfungsi lebih kurang sama dengan sistem yang digunakan oleh ATM BANK IN dkt dengan CIMB tu, terfikir juga kami bagaimana kiranya kami mampu menghasilkan sebuah alat yang mampu memudahkan sistem pengurusan dalam penjagaan alam seperti kitar semula. Mesin ini berfungsi sama juga seperti msein ATM dimana penggunaannya orang awam hanya perlu meletakkan tin ke dalam mesin dan mesin itu akan mengesan bahan tersebut. Kemudiannya tin2 tersebut kan dikutip oleh syarikat kitar semula. Untuk setiap tin yang diletakkan, upah 20 sen diberikan. Bukankah ini cukup berbaloi bagi kesejahteraan dunia.
Perancangan kami mudah sahaja, ideanya sudah ada. Teknologinya juga telah ada, cuma kami perlu implementasikan mesin tersebut kepada pihak awam. Sasaran kami adalah kawasan universiti malaysia terengganu, universiti sains malaysia dan juga di semua universiti di malaysia. Hasil dari idea kami ini, kami hendak mengolah nya menjadi suatu sumber pekerjaan tetap. Menghasilkan mesin-mesin ini bukanlah rumit namun mungkin sedikit sebanyak punyai halangan lainnya. Kami pelajar tahun 4 Sarjana Muda Teknologi Alam Sekitar akan cuba untuk menjayakan FYP ini.
Bagi sesiapa yang punyai idea ataupun sebarang cadangan untuk menmbah baik Projek Hijau kami ini, anda boleh terus email kepada scout_umt@yahoo.com. (sokongan kewangan amat diperlukan)