berinovasi adalah sesuatu yang amat penting, ia melambangkan setakat mana seorang pelajar itu mampu membawa ilmu yang diperolehi dari bilik darjah untuk diaplikasikan di dunia luar. Teknologi yang canggih itu datang nya dari usaha pelajar-pelajar yang menanam minat untuk berinovasi.
berinovasi bukanlah bermakna kita mengubah sesuatu sistem adat yang diaplikasikan selama ini, tapi ia sebenarnya satu cabaran minda bagi manusia untuk mencabar dan terus mencabar pemikiran terdahulu.
Keagungan dan ketahanan seluar LEVI's yang pada masa kini adalah sebenarnya merupakan pemikiran yang tercetus dari inovasi dan dijalankan oleh pelajar sekolah sahaja. Kemampuan kaum muda ini jika diperlekihkan akan membawa negara ke satu tahap yang lebih teruk.
Negara jepun misalnya amat menggalakkan kaum muda negara nya untuk terus mencipta sesuatu yang baharu dan mengubah sistem-sistem lama yang telah lapuk dan tidak sesuai dengan peredaran zaman. tapi kita disini masih terus dengan teknologi lama dan terus terusan membantutkan kemajuan. Lebih sedih lagi bila mana sifat peninovasian ini disekat oleh kerajaan.
Inovasi penting, jika perkara ini sering diperlekihkan negara kita tidak akan maju dan setanding dengan negara luar. Adakah kita akan teru mencedukteknologi yang ditemui oelh negara barat, menghasilkan sesuatu yang jauh lebih lemah dari teknologi asal. kerana itu timbullah idea mahu membelibarangan terpakai dari negara luar,dan jadikan ia produk kebanggaan kita, ya betu kita memang bangga, tapi tidak malukah kita bebangga akan sampah dari negara lain. Kereta negara lain lebih tinggi ketahanannya berbanding kereta negara kita. Tin biskut bertayar.
idea tentang peninovasian tidak boleh disekat lagi, sampai bila hendak skat. Negara kita sedang menuju satu tahap yang lebih jauh dari 10 tahun yang lalu, 10 tahun yang mendatang akan membawa malaysia lebih jauh,tapi jauh kita itu tidaklah setanding dengan negara lain, jadi ketinnggalan juga kita nampaknya. itulah, idea untuk inivasi tidak boleh kita halangkan, berikan hak pelajar untuk berinovasi, banyakkan sekolah-sekolah inovasi di malaysia,berikan galakann bagi kaum muda dinegara kita untuk mencipta sesuatu yang baharu. barulah negara kita setanding dengan negara lain, kalau tidak setanding pun biarlah kita lebih atas berbanding negara jiran.