Wednesday, August 4, 2010

keluar dgn bangga atau keluar dgn kosong

keluar dengan bangga atau keluar dengan kosong??


seperti penulisan aku sebelum ini,aku sering mengaitkan hidup manusia dengan peluang dan pilihan yang diberikan oleh tuhan. Setiap yang kita lalui dalam hidup ini diatur oleh tuhan dan kita sedang mempelajari tentang hidup dengan lebih mendalam. Pilihan ini kita aturkan dari satu tahap ke satu tahap, setiap pilihan yang kita pilih akan membawa kita samada ke keadaan yang lebih teruk ataupun yang lebih baik.dengan pilihan inilah manusia akan terus mengorak langkah hadapan dan belakangnya. 


manusia juga diberikan nafsu, nafsu yang juga pemusnah manusia adalah sifat semula jadi asalan manusia. setiap manusia mempunyai nafsu yang berlainan. ada yang mahukan isteri yang lawa-lawa, suami yang hensem-hensem, kereta yang besar dan rumah yang besar. nafsulah yang akan menghancurkan manusia bilaman keadaan nafsu itu tidak mampu lagi dikawal oleh hati dan akal, jika nafsu melebihi akal dan fikiran maka hancurlah jiwa dan tubuh manusia. betapa kuatnya kuasa nafsu.


manusia juga dikurniakan akal fikiran, membandingkan antara perkara baik dan buruk adalah kewajipan bagi manusia, namun dalam perbandingan itu manusia sering akn tertewas dengan pandangan luaran berbanding dalaman, kerana itu ramai manusia yang telah telah tertewas di dua persimpangan pilihan, baik dan buruk sesebuah jalan itu. Peranan nafsu itulah yang telah melemahkan akal dan mematikan hati.


pembelajaran di universiti banyak mengajar aku tentang peluang dan harapan, banyak peluang yang mendatang dan pergi begitu sahaja, bilamana aku diberikan peluang untuk memilih jalan hidup, bilamana mereka-mereka yang lain sedang merebut peluang tersebut,aku pula senang lenang hidup dalam zon selesa tanpa cuba mengubah cara hidup yang lama. Aku telah banyak melepaskan peluang-peluang dihadapan mata. setiap peluang itu telah pun direntap oleh mereka yang lain.maka terlepas lah aku sekali lagi.


Aku masih terus diberikan peluang, setiap peluang yang diberikan mesti akan membuat aku merasa gerun untuk hadapi semua ini, adakah setiap rasa yang ada dalam jiwa ini memang hanya kepunyaan aku, adakah orang yang lain tidak merasa kegerungan ini takkala mereka mendapat peluang yang sama. atau mungkinkah juga peluang yang aku dapat ini tidak untuk aku sebenarnya. adakah kelayakan aku ini tidak setanding dengan mereka, kecubaan aku untuk merebutnya hanya akan membawa aku ke lembah penyesalan yang tidak berpenghujung.


 kali ini aku sekali lagi diberikan peluang berharga, mungkin peluang ini sukar diberikan kepada orang lain dan ianya hanyalah disediakan untuk aku. memang rasa gerun itu sekali lagi datang, membuat rasa keyakinan dalam diri menjadi jatuh kebumi. aku iberikan tempoh untuk berjaya, sama seperti mereka yang lain, bezanya mereka itu semua mampu mengisi tempoh itu dengan keyakinan dan aku pula mengisinya dengan kegerunan. 


sedetik masa kian berlalu,kini hanya tinggal beberapa langkah sahaja untuk berjaya di sini, hanya tinggal beberapa langkah sahaja lagi untuk membuktikan bahawa orang kampung seperti aku mampu berjaya biarpun dipandang hina oleh mereka-mereka. hanya tinggal beberapa langkah sahaja lagi untuk aku menerima pilihan samada aku akan keluar dari tempat ini dengan bangga atau keluar dengan tangan kosong.