Friday, August 13, 2010

Bulan Ramadhan : bulan tayang tubuh ?

Bulan ramadhan adalah bulan yang cukup mulia bagi orang islam, bulan dimana kita dituntut untuk berpuasa selama sebulan,tahun ini bulan ramadhan bermula pada 11 ogos 2010. Alhamdulillah aku masih sempat menjamah sedikit kelazatan bulan ramadhan tahun ini.Walaupun setiap hari hari yang mendatang cuma perlukan sedikit keazaman yang kuat, namun bukan senang menghadapi nafsu manusia.


Bulan Ramadhan bulan yang mulia


Bila bercakap tentang bulan ramadhan,pastinya kita akan teringat akan peristiwa dimana banyak amalan sunat yang kita lakukan yang akan mempertingkatkan gandaan pahala. Solat terawih, amalan bersedekah dan zakat adalah antaranya. Selain itu, terdapat banyak peristiwa yang telah berlaku pada bulan ramadhan iaitu antaranya :
1-bulan diturunkan kitab al quran
2-bulan peristiwa badar
3-islam membuka kota Mekah


Bulan Ramadhan: bulan tayang tubuh


Mungkin agak kurang ajar jika dikatakan bahawa bulan ramadhan adalah bulan tayang tubuh bagi perempuan, tapi itulah hakikatnya. Disetiap pasar-pasar ramadhan kita akan dapat melihat banyak anak gadis yang masih belum pasti akan gunanya kita berpuasa, mereka hanya sekadar menahan lapar dan dahaga tanpa mendalamai dengan lebih mendalam tuntutan yang patut dituruti sepanjang bulan ini.


Maka masalahnya timbul bila mana mereka-mereka ini akan terus berterusan menonjolkan bentuk tubuh badan dibulan ramadhan. Apakah gadis-gadis ini tidak sedar bahawa mereka sebenarnya berada pada bulan yang amat mulia bagi orang islam, orang yang seagama dengan mereka. Oleh itu, pesan ku kepada mereka ini, jaga lah cara berpakaian sedikit, tutup lah aurat mengikut piawaian yang ditetapkan oleh agama. Ini kan bulan ramadhan, tak pasal2 orang lain kurang pahala puasa kerana kamu.


Harapan aku untuk bulan puasa ini, agar aku  dapat tahan semua cubaan untuk menghancurkan aku, dan semoga tuhan akan terus menerima aku sebagai hamba nya, biarpun setiap perlakuan aku ini mengecewakannnya. Semoga tuhan akan tunjukkan aku kebenaran.