Monday, August 31, 2009

entri pendek sempena merdeka

tanggal 31 ogos merupakan tarikh yang amat penting bagi malaysia. tarikh keramat kemerdekaan negara, semalam aku melihat anak-anak muda keluar ke kota, katanya untuk menyambut merdeka dengan cara nya sendiri. ada yang merempit dijalanan, ada juga yang berpacaran dengan kekasih hati. kanak-kanak pun turut sama menyambut merdeka, semalam aku melihat mereka beramai-ramai konvoi berbasikal di atas jalanan, kemana hala tuju mereka aku tak tahu.

apakah yang sebenarnya kamu tahu tentang merdeka?
apakah kamu benar-benar tahu sejarah merdeka?
apakah perjuangan hidup kamu?

salam merdeka


Thursday, August 27, 2009

secebis keinsafan

merdeka datang lagi, membawa kita pada satu tahap yang jauh dari masa lampau. masa lampau dahulu yang penuh dengan cabaran dan dugaan dalam mencapai sebutir perkataan merdeka bagi malaya. aku sedar masa tu aku belum lahir lagi, aku tak tahu apa itu makna merdeka lagi masa tu.
kini aku sedar erti sebuah kemerdekaan dan erti sebenar kemerdekaan.
Merdeka, satu perkataan yang senang diungkap namun penuh dengan erti dan penghayatan jiwa yang mendalam. Tak ramai yang tahu bagaimana jika sekarang ini kita masih belum merdeka. mungkin jiwa kita akan tetap dikongkong oleh para orietalis barat. segala harta dan kepunyaan kita yang tinggal saki baki ini akan terus diambil dan diceduk oleh mereka, sehinggalah kita tinggal kosong.

syukur kerana aku anak merdeka.....

Wednesday, August 26, 2009

SALAM RAMADHAN

pas menang lagi di permatang pasir...
adakah umno dan BN sudah hilang taringnya ataupun rakyat memang sudah tak percayakan lagi BN dan konco-konco nya yang lain?
Pemimpin malaysia sebenarnya mencari apa dalam politik, adakah mencari keadilan untuk rakyat ataupun sekadar mahu mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda dari kelemahan rakyat.
persoalan ini sering menjadi perdebatan minda kita, kerana ini soal hati dan tiada satu pun manusia didunia ini yang mampu membaca hati seseorang, baik ataupun buruk semuanya bergantung pada diri kita sendiri. dah banyak aku dengar, sokong parti pas masuk syurga, sokong parti BN masuk neraka. macammana nie, ada sesiapa yang mampu beri penjelasan yang lebih rapi?
mungkin pemahamannya begini, bila sokong pas bermaksud kita juga menyokong pembangunan islam dan pergerakan islam. maka sikit sebanyak kita akan mendapat pahala dan dimasukkan ke syurga. manakala bila kita sokong BN, kita menyokong perbendaharaan orang kafir kerana BN menggunakan sistem perundangan mat salih. Bila kita menyokong BN, secara automatiknya kita menyokong orang kafir dan ia membolehkan kita masuk neraka. macammana pula dengan pemimpin-pemimpin parti yang menggunakan nama baik parti untuk berlaku zalim pada rakyat. kalau masuk pas, boleh masuk syurga jugak ke orang begitu?
masalah nie sekali lagi berbalik pada soal hati, kesucian hati manusia tiada siapa yang mampu baca, kecuali hanya boleh dilihat melalui interpretasi perangainya , cara percakapannya dan tingkah laku nya. adakah kita nie manusia yang lemah tahu apakah sebenarnya bentuk dan ciri--ciri orang yang hati suci, salah satunya adalah sentiasa berfikiran baik tentang orang lain, tidak menhina atau mencaci oarang-orang yang lemah dan sentiasa membela mereka tidak kira apa pun yang melanda. nah itulah dia tanda-tanda dan sifat manusia berhati suci. Cuba tanya diri kita sendiri adakah kita termasuk dalam golongan ini?
sempena bulan ramadhan al mubarak ini marilah kita bersama-sama menyucikan hati kita dari segala noda dan kemungkaran. buangkan jauh-jauh sifat yang suka mengeji orang lain, insyallah kita akan mendapat kebahagiaan yang hakiki. SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK......



Saturday, August 15, 2009

SELAMAT BERCUTI KAWAN2

alhamdulillah, syukur sangat2 ke hadrat ilahi kerana aku berjaya untuk menghadirkan diri ke bengkel komunikasi, walaupun pada mula nya berasa berat sangat nak bangun. banyak perkara baru yang aku perolehi pagi nie, ada yang baik dan ada jugak yang tak baiknya. mungkin disini aku boleh perkatakan sedikit kot. penceramah pada kali ini adalah seorang cikgu sekolah kompleks seberang takir dekat kuala terengganu, dekat dengan area umt je. nama penceramah itu ialah cg harun bin omar, munsyi dewan bahasa dan pustaka negeri terengganu. antara perkara yang di ceramahnya tadi adalah tentang kesantunan dalam berbahasa, teknik-teknik untuk berkomunikasi dengan orang lain, teknik-teknik untuk membuat ucapan dihadapan orang-orang kenamaan. peserta yang hadir pada ceramah kali ini tak lah ramai sangat, dalam 200 lebih jer, auditorium tadi pon tak penuh. kalau nak kata kurang sambutan tu tak la, tp overall ok la.
aku sempat juga santap2 nasik ayam bersama dengan kawan baik, black yang senantiasa bersama aweknya. bengkel tadi banyak mengajar aku bagaimana untuk membina ayat yang bagus untuk sesuatu ucapan di dalam majlis rasmi. penceramah pun kira ok la jugak sebab banyak cerita ( benda yang paling digemari oleh penonton ), kira dia mampu untuk menarik perhatian orang yang mendengar, nama pun munsyi dewan bahasa kan, mesti ah banyak pengalamannya.
ketika ini sebenarnya sedang berlansung nya satu program lain dekat umt, iaitu dipanggil sebagai program cakna cemerlang peperiksaan awan 2009, aku saja jer pergi tengok-tengok kat dalam dewan sultan mizan sebab dalam kepala aku berkata 'nak balik umah pun still awl lagi, lebih baik aku lepak2 kat cini dlu mana tau boleh dapat somting yang berguna ke', aku pon masuk lah kedalam dsm, masa first2 tu rasa cuak lah jugak sebab dari luar tengok pintu utama dsm macam tutup kemas jer, takot gak kan kena halau...huhu~~~
namun aku memberanikan diri jugak nak masuk, demi sekeping ilmu, hehe. xdapat lalu kut depan aku pon naik ikut tangga atas. tengok2 orang xde n line pon clear, aku teruskan perjalanan ku memutar waktu. last2 aku berjaya gak masuk ke dewan utama DSM, masa aku nak masuk aku dengar ada orang tengak berucap, tp yang peliknya suara penceramah tu macam aku penah dengar, bile aku tengok betul2, larrrrr....pensyarah aku rupenya, dr ahmad...ish2 aku tertanya2 dalam diri, majlis apa nie?? asal pensyarah aku lop bagi ucapan, aku mengambil peluang ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut, aku melepaskan punggung aku di kerusi DSM yang empuk tu. rupaku penat disambar cahaya mentari tadi. aku pn duduk disitu selama lebih kurang 30 minit melepaskan penat tubuh, selepas beberapa ucapan sekarang tibalah masa yang aku ternanti2 ucapan dari MB ganu, ahmad said....nie kali pertama aku dengar live suara die, before this dlm tv jer kan.
aku xnak la komen teruk2 tapi bagi aku, munsyi dewan bahasa tadi lebih bak dari die. selepas 5 minit dye berucap aku pon keluar, bosan dh dengar MB cakap baik aku balik umah dan bersiap2 balik kampung.

hari ini aku akan balik ke rumah, untuk jmpe dgn orang yang aku sayang, family aku sendiri. mungkin aku akan berasa bosan duduk kat umah lama2 tapi aku harap perkara 2 tak berlaku
( aku dh pnjm buku pengembaraan ibnu batutah, harap aku leh habiskan masa cty, tebal 900 muka surat ). ok...thats owl for now, skunk aku nak bersiap2 untuk balik kg, yeehaaaaaaa.....
anyway selamat bercuty kepada semua student umt, jaga diri baik2 n yang penting jangan bawak balik H1N1 ke umah...salam




Friday, August 14, 2009

jom pakat g ramai2....

cuti sudah bermula semalam, tetapi aku masih ada disini lagi kerana aku akan menghadiri ceramah tentang KOMUNIKASI INTERPERSONEL di auditorium mahyudin fpe pada hari sabtu nie pukul 9 pg hingga 12 tgh hari.
kepada sesape yang berminat bolehlah pakat g ramai2
program under kelolaan jabatan bahasa fpe,
universiti malaysia terengganu.

Thursday, August 13, 2009

pergi tak kembali

Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...
(Allahyarham ust asri rabbani 3 ogos 1969-13 ogos 2009)


pagi tadi menyaksikan suasana hening, pemergiaan seorang insan yang merupakan orang lama dalam bidang nasyid malaysia, allahyarham ust asri merupakan seorang yang sentiasa tersenyum pada setiap orang yang bertemu dengannya. allahyarham yang berkecimpung lebih 13 tahun dalam bidang nasyid merupakan guru dan semangat bagi setiap warga malaysia yang meminati irama nasyid. masih lagi nak0 teringat saat pertama bertemu dengannya, beliau asyik tersenyum saja, kita bagaikan riang bila melihat wajah beliau. walaupun hanya sekali sempat bertemu dan bertentang mata dengan beliau, semua kenangan itu akan dingati selamanya. dialah contoh 'abi' yang terbaik dimalaysia. semoga rohnya dirahmati Allah. ameen.


Wednesday, August 12, 2009

love or maybe...

kejujuran merupakan asas dalam kehidupan manusa, jika tiada kejujuran maka hidupnya akan dibenci oleh masyarakat dan dipandang hina. orang yang paling baik dikalangan manusia adalah mereka yang sentiasa jujur dalam setiap perbuatanya. sekiranya nilai kejujuran itu boleh diukur dengan wang dan emas, pasti ramai yang berlumba-lumba mendapatkanya. Ini kerana kuasa wang dapat menandingi segalanya, dulu pernah seorang sahabat aku berkata, wang tidak boleh menjamin kebahgiaan, cinta tidak boleh dibeli dengan wang. buat ape nak cari wang banyak2, bukan boleh bawak kubur pon. kini aku ingin menyangkal pendapat mereka, kerana bagi aku wang itu cukup berharga.

kebahagiaan merupakan permata yang dicari oleh setiap insan yang hidup, tidak kira orang itu besar atau kecik, tua atau muda semua mahukan kebahagiaan. namun dapatkah kita mencapai kebahagiaan tanpa menggunakan sedikit pun wang. bagi aku mustahil kerana, ramai sudah yang aku tengok orang-orang yang miskin ini tidak bahagia dalam kehidupan mereka, kehidupan mereka tunggang langgang. jadi dalam persoalan ini, siapa yang kita harus salahkan kalau bukan mereka sendiri yang dimana masa muda2 dulu mereka melihat bahawa wang tidak menjamin kebahagiaan, maka mereka pun mula mencari jodoh dan berkahwin tanpa memikirkan cara untuk mendapatkan wang secukupnya. seperti kata pepatah, sesal dahulu pendapatan sesal kemudiaan tiada gunanya. nasik sudah menjadi bubur, bubur pun dah jadi basi.

jika kebahagiaan merupakan permata maka cintalah kilauan nya. cinta adalah sebuah interpretasi jiwa yang sukar diungkapkan dengan hanya satu patah perkataan. tiada kata yang mampu mengungkap indahnya kata cinta oleh manusia. ramai yang sering mencari-cari cinta, namun dapatkah cinta itu dibeli dengan wang? jawapan aku YES. semestinya cinta dapat dibeli dengan wang. kenapa tidak, sedangkan jika kita lihat sekarang ramai datuk-datuk yang kawin muda, isteri lama entah dibuang kemana, cinta baru mula berputik, cinta lama ditinggal jua, sayang anak tangan2 kan, sayang bini tinggal2 kan, nah itu dia kata2 bukti. jika dulu boleh lah kita kata yang cinta tidak boleh dibeli dengan wang, cinta itu suatu perkara yang tulus dari jiwa. namun sekarang, dunia telah bertukar, hidup yang dulunya hitam dan putih kini menjadi warna pelangi. riang ria seolah-olah dunia manusia yang empunya.

dari pemerhatian aku wanita sekarang hanya mahukan wang ( sesetengah je ), bukan nya cinta. cinta tak mampu menjamin kebahagiaan hanya wang je yang boleh beli itu semua. betapa besarnya nilai wang dimata manusia. kepada kaum hawa yang membaca diluar sana, jangan lah nak melenting atau marah dengan pendapat ini, kerana ia adalah pendapat aku sendiri, tanpa melibatkan sebarang kajian terperinci. tidak semua wanita begitu, ada yang jujur tentang cinta dan mengharapkan kebahagiaan akan datang pada mereka. aku tahu ada yang jujur diluar sana, kalau bukan ramai mungkin seseorang, yang benar-benar mengharap cinta suci.

setakat itu sahaja, so sekali lagi aku nk ingatkan bahawa cinta tidak boleh menjamin kebahagiaan, hanya wang yang boleh buat semua tu, kepada sesape yang tidak bersetuju sila komen, aku sedia menerima sebarang krtikan dari korang semua.

Tuesday, August 11, 2009

just a cup of tea

2 3 ari aku buzy sangat2 kerana seorang lecre telah menarahkan aku supaya membuat satu kajian ala2 jurnal gtu. bunyi nye seperti agak mengarut tapi tulah dye, aku pon sebenarnya x fhm sangat tentang idea tersebut, just follow wat he said. selepas dua proposal yang aku buat telah direjected oleh sombody yang 'ntah' (no komen), aku dh wase mls nk terlibat dengan scout lagi, mungkin disini jer kot aku boleh bertahan dkt scout umt, but i'm still a scout......somewhere out there hehe
( gelak jahat).

kepada adik2 scout yang tersayang semua,aku nak nasihatkan kepada adik2, kalu nk buat program scout buat lah perancangan awal elakkan sikap last minit anda, ia boleh mngundang padah pada pergerakan kelab scout. banyakkan program yang simple2 jangan terus kejar yang grand2, anda masih lagi belajar, jangan perasan nak ikut apa je orang kata, nnti anda semua juga yang akan pening kepala. belajar dari bawah, slow2 naik ke atas, barulah anda akan belajar. seperti pepatah ada mengatakan, manusia belajar dari kesilapan. macam tu la jugak kita semua.

so, lastly, sebab banyak sangat keje tak siap, ak doakan bahawa anda semua terus sukses didalam kelab, jangan lupa gosok gigi sebelum tidur...wakaka.

bila geduk berbunyi

setiap yang bermula, pasti akan berakhir. begitu juga aku. mungkin disini akhirnya hikayat seorang penglipur lara (cehhhhh). namun berakhirnya sesuatu itu tidak bermakna ia akan berakhir selamanya, mungkin angin perubahan akan kembali jua nanti.
apa yang aku maksudkan disini adalah tentang hikayat blog odysseyrovers. memang benar, aku akan tamatkan riwayatnya dalam dua atau tiga hari lagi, bukan kerana aku tak nak jadi blogger untuk oR lagi, tp aku rasa mungkin sudah sampai masanya untuk aku bersara dari oR dan mencari dunia yang lebih cerah bagi aku, untuk masa depan aku. mungkin nak088 ini lebih tepat mengambarkan diri aku, interpretasi yang jelas bagi aku.




first from me

assalamualaikum, apa kabar. saje nak tanye pada yang baru masuk kat sini. azman minds ( atau mybe tikar nama lain nanti ) adalah merupakan blog ketiga dari aku, yang pertama adalah odysseyrovers, iluvemy n yang terbaru yang nia ah, so blog ini adalah lebih private tentang diri aku, pendapat aku tentang kehidupan sekarang dan orang disekelinling aku.

sejak berjinak2 dgn blog nie, aku merasa semakin berminat tentang blog dan rasa macam xboleh hidup tanpa blog ( x lah sangat). Blog merupakan sebahagian dari kehidupan aku sebagai student kerana bagi aku, hidup manusia adalah singkat sangat, so apa salahnya kalu kita sumbangkan sesuatu dalam alam maya. sekurang2 nya satu blog tentang diri kita, nanti kalu kita dah xde, boleh la anak2 kita tengok apa yang kita buat sepanjang kita hidup kat dunia yg sementara ni.

blog juga merupa satu medium yang bagi aku ckup bagus untuk menyuara kan sebarang pendapat, selagi mana pendapat itu tidak bercanggah dengan hukum syarak. ramai orang yang buat blog tengtang masakan, ada juga yang menghasilkan blog tentang politik dan bisnes. namun bagi aku, blgo merupakan satu cabang yang penting untuk mengasah cara penulisan dan susunan ayat kita, ini supaya ayat kita tidak tunggang langgang bila bercakap dengan orang lain, macam seorang pensyarah aku tu kata ' susun ayat kamu sebelum cakap" hehehe.

selain itu, blog juga boleh merapatkan kita dengan dunia luar. ramai yang menyangka bahawa pelajra universiti ni pemikiranya terbuka, dapat pikir lebih jauh dari pelajar-pelajar biasa. bagi aku, pelajar universiti ni sama je dengan orang lain, ada nafsu, sifat tamak, dan macam2 lagi.
yang membezakan pelajar universiti dgn pelajar biasa adalah tahap pembelajarannya, bukan kematangan nya. sebab itulah jika kita tengok, banyak pengaruh2 sosial yang masuk kedalam universiti, seperti yang baru2 nie berlaku di kawasan uuniversiti, ada pelajar yang jumpa j*&%#.
masyaallah, aku tak sangka yang pelajar universiti pon sanggup buat tu semua. kalu betul la dh terdesak sangat, pegi la kawin jgn buat diam2.

anyway, nie post pertama aku. and i hope sape2 yang datang sini dengan tak sengaje suka akan blog ini. semoga kita akan terus bersama lagi.

assalamualaikum.