Monday, September 26, 2011

desakan menjadi lebih baik.

hanya keajaiban yang boleh mengubah kehidupan seseorang. Dan keajaiban itu hanya boleh terjadi dengan usaha yang keras dan tanpa putus asa. Kebanyakan dari kita benar-benar mengharapkan sebuah keajaiban untuk berlaku sehingga kita lupa untuk berusaha secukupnya, dan kadang-kadang kita akan jatuh kecewa bila keajaiban yang kita harapkan disaat akhir tidak menjelma tiba. Kebenarannya, manusia memang akan begitu, selagi tiada apa yang mendesak, mereka tidak akan berusaha untuk berubah. Dan sehinggalah keadaan itu memaksa, mereka akan berfikir lagi untuk bertindak, kerana mereka tiada keyakinan dalam diri. Jika anda manusia, anda salah seorang dari mereka.

Setiap usaha itu memerlukan satu momentum yang sangat kuat untuk memastikan usaha itu senantiasa terkedepan dan mengarah ke peringkat lagi. Tiada apa yang dapat memastikan sebanyak usaha itu mampu membuahkan hasil. mungkin usaha yang seratus peratus itu menampakkan bahawa ia sebaik-baik usaha yang termampu dilakukan oleh kita, namun ia masih belum memberi jaminan bahawa ia menghasilkan emas. Memang, hidup yang aman tenteram tidak menjamin kita hidup secara aman selamanya. Kadang-kadang satu perkara kejahatan yang kita lakukan, akan terus mendapat balasan, biarpun segala kebaikan yang kita berikan, ia akan dilupakan. yang akan dicanang oleh manusia ialah kejahatan dan keburukan kita, jadinya, siapa yang mampu menutup mulut manusia, manusia akan terus bercakap dan bercakap sehinggalah kiamat. Sisi kesusahan dan kepahitan yang kita tempuh akan dilupakan dan ditinggalkan oleh sejarah, begitu jugalah kebaikan yang kita serlahkan. Menyerlah kebaikan dalam diri kepada umum bukanlah bermakna kita menunjuk bahawa diri kita itu baik, ia hanyalah sebuah interpretasi kita pada orang. menjadi baik bukan bermakna bahawa seseorang itu baik seratus peratus, dan menjadi jahat bukan bermakna sel negetif semua terkumpul dalam dirinya, banyak yang telah ku jumpa mereka yang kelihatan jahat (jahat dari mata aku ialah mereka yang muka bengis dan memakai ala-ala orang jahat dalm filem) dan ganas sebenarnya mempunyai rasa kasihan lagi pada manusia seangkatan.

Orang jahat itu bukanlah jahat keseluruhan dari segi rupa dan kelakuan, mereka jua baik dari segi rasa dan prihatin pada kesusahan. mengapa? kerana kesusahan itu yang telah mengajar mereka menjadi sebegitu. ramai orang yang sudah senang hidup didunia akan susah untuk bersama manusia biasa, miskin, lantas menjadikan mereka sombong dan memilih untuk berkawan. juga disebabkan kerana keadaan yang mengajar mereka menjadi sebegitu. setahun yeng lepas, aku banyak bercakap-cakap dengan kawan tentang susah dan senang. orang yang senang itu, jika dia lahir dari kehidupan yang susah dan keadaan kemiskinan dahulu membuatkan dia dikeji, apabila dia besar kelak,dia kaya, itu menjadikan dia sombong, jadi tidak hairanlah ramai yang menjadi sombong pabila kaya, kerana keadaan kemiskinan yang dikeji itu membuatkan dia begitu.

Menjadi yang lebih baik memrlukan kita terus berusaha biarpun perubahan itu dalm mata kasar kita sangat jauh dan tidak mampu direalisasikan oleh hati, kesusahan itu juga yang mempu memuaskan nafsu. Seketika kemudian kita akan sedar bahawa desakan untuk menjadi lebih baik itu adalah sebenarnya milik setiap manusia dunia, tiada siapa yang mahu hidupnya menjadi lebih teruk, si kaya tidak mahu hidupnya susah. dan para alim tidak mahu dia mati dalam kefasikan. jika ada yang mengata 'akau mahu menjadi jahat. itu impian aku', nescaya dia gila. Perubahan yang dirindukan oleh manusia itu kekadang akan membuatkan kita keliru tentang apa yang kita mahu dalam hidup, P Ramlee sebelum menjadi lagenda, dia adalah raja kesusahan. Kerana itu, jika kita memandang manusia yang hidupnya merempat, jangan kita keji mereka, kerana masa depan tidak menjanjikan kesenangan bagi kita.SEKIAN.

SPREAD THE SMILE, THEN THE SMILE WILL COME TO YOU   =D

Thursday, September 22, 2011

Kisah budak yg membuat baju untuk kucing :D

aku akan cuba menulis dengan sebaik mungkin...
semestinya ia dari hati...

banyak benda dalam kehidupan ini yang berlaku tanpa kita sedar, dan apabila kita telah sedar, ia telah pun berlaku dan tidak mungkin lagi mampu diputar balek. satu itu adalah permulaan bagi semua perkara, dua tidak mungkin akan wujud tanpa satu dan tiga tidak mungkin terhasil tanpa dua. itulah seterusnya. maka nya kehidupan yang berlandaskan satu kepercayaan akan menjurus ke aras jalan yang lebih fokus berbanding kepercayaan dua yang berbeda.

ada satu kisah tentang seorang budak lelaki yang sangat sayang kan kepada sahabat-sahabatnya, seringkali kehidupan seharian nya dipenuhi dengan kehidupan bersama sahabat yang mana baginya sahabatnya itu adalah sebahagian dari kehidupan. kepercayaan inilah yang mendorong ia untuk terus membahagiakan sekeliling dan lantas membahagiakan hidupnya seharian. Masa kecil, kehidupan anak itu tidaklah seindah yang dialami mereka diluar, ibu dan ayahnya sibuk mencari rezeki ke hulu hilir, sehingga kasih sayang baginye terasa terabai. terus dia menjadi pemalu dan pendiam. sahabatnya sahaja yang menjadi peneman.sahabatnya ialah 3 ekor kucing.

sewaktu kecil, dia selalu menghabiskan waktu-waktu yang tersisa dengan kucing kesayangan. belaian dan kasih sayang yang ada hanya untuk mereka. lebih penting hanya mereka yang tahu siapa untuk disayangi. apabila tibanya hari raya, dia tahu bahawa itulah masa nya untuk baju dan seluar raya yang baru. perasaan gembira didalam hatinya tiada siapa yang tahu, hanya dirinya. oleh kerana kesendirian itu, dia mula ingin berkongsi kegembiraan itu bersama sahabatnya yang lain, maka dia akan membuat baju raya untuk sahabatnya. Dia mahu bahwa sahabatnya juga akan turut merasa apa yang dirasai nya, iaitu kegembiraan yang tidak terucap. bagi budak yang sebesar itu, tiada penjelasan yang mampu diterima, kecuali sebuah imaginasi. Maka dia memulakan kerjanya itu bersungguh-sungguh hingga tersiaplah beberapa helain baju. satu untuk si ibu dan yang lain untuk si anak-anak. 

Tibanya 1 Syawal, dialah orang yang paling gembira, kerana inilah masanya dia mengenakan baju-baju hasil kerjanya untuk dipakaikan pada sahabat-sahabat. Pagi-pagi lagi dia akan mempersiapkan mereka dengan baju raya yang baru, baru seperti belum pernah mereka punya baju. dia memakaikan sahabatnya dengan baju tersebut sehinggalah pada satu ketika, dia sedar bahawa sahabatnya tidak menyukai baju tersebut. Mungkin baju itu tidak cantik, dia tidak tahu. Dia hairan kenapa kegembiraan yang dia rasai saat mempunyai baju raya yang baru, tidak mampu dirasai sama oleh sahabatnya. Dia membuang baju tersebut dan terus hampa. Tahun-tahun seterusnya, dia tidak lagi membuat baju untuk mereka sehinggalah kini.

Pengajaran

Kegembiraan adalah satu benda yang kompleks.tidak semua makhluk didunia ini diciptakan untuk mempunyai kegembiraan yang sama. Si kaya tidak akan menjadi segembira si daif yang kebulur di saat mendapat sebiji kurma. seringgit lebih bernilai untuk si miskin berbanding sikaya. Itu perbedaan kehidupan. Begitulah juga rasa gembira bagi seseorang, mungkin anda akan gembira untuk terus kekal sebagai seorang doktor seumur hidup, berkhidmat pada negara, namun bagi individu lain, ia hanya permulaan untuk merasa keperitan. mengapa ini terjadi,ia adalah kerana setiap dari kita mempunyai pemikiran yang berbeda. tidak semua mahukan sesuatu yang sama. itulah citarasa dalam kehidupan.walaubagaimana pun kita, kemahuan kita, kegembiraan yang kita alami sekarang, keperitan yang kita selami sekarang, ia bergantung pada tahap kemahuan yang kita letakkan. kita yang meletakkan diri kita dimana dan siapa.  

Wednesday, September 14, 2011

Good Luck :)

manusia yang gagal mengenalpasti kelebihan yang ada pada dirinya, akan terus gagal dan tertinggal di belakang. oleh itu, ramai antara kita yang mencari-cari apakah itu kelebihan yang terselit jauh dalam diri dan sukar untuk dicungkil. mungkin bakat dalam pengucapan, keberanian dalam membuat keputusan. atau sekadar kesihatan yang optimum. namun, dek kerana kealpaan sendiri, mungkin kita sebenarnya tidak sedar bahawa kelebihan yang kita cari selama ini, sebenarnya terpampang didepan mata. mungkin juga kita lupa bahawa, hidup ini telah dipermudahkan oleh tuhan. ramai yang masih mencari-cari kelebihan pada diri, sehinggakan kelebihan yang sebenar yang terselit di lubuk hati, kita abaikan. dulu, ramai pihak yang menganggap bahawa kedudukan pihak perempuan itu didapur, tidak layak untuk melanjutkan pelajaran. lantas, dunia dipegang oleh golongan lelaki. kini, disebalik peredaran zaman yang terlalu cepat(ya sangat cepat sampaikan fly over d kb dh nk siap), pemikiran kita juga turut berubah seiring dengan zaman. siapa yang memerlukan idea kolot terdahulu yang menganggap bahawa sesuatu itu hanya untuk sesuatu, dan tuhan ciptakan sesuatu hanya untuk sesuatu.

seringkali  kita terus mengejar masa dan pada masa yang sama, mencari identiti yang sebenar. mencari-cari sebuah jawapan sehingga mungkin kita sendiri tersesat dan tersepit di persoalan itu. oleh itu ramai yang mengambil jalan mudah dengan memendekkan masa dan mempercepatkan keputusan, akhirnya, keputusan yang diperoleh tidak memuaskan dan kekadang mengecewakan diri sendiri. lantas kita menyesal dengan keputusan awal kita yang mungkin satu tindakan kita 23 tahun lepas. jalan yang terbaik untuk mengenal diri kita sendiri itu, adalah dengan menempuh sahaja jalan yang terbentang dengan membuat keputusan yang terbaik. tabah pada hati, biar setiap jalan yang bakal ditempuh itu sentiasa kosong atau bakal terisi dengan segala duri dan paku. usah berfikir akan apakah yang ada di depan, biarkan tuhan yang menentukan jalan itu bagaimana, kita hanya pilih jalan nya. pilihan itu haruslah terbaik untuk kita.

kesempurnaan sebuah kehidupan memerlukan tahap mana kita berfikir akan kepentingan hidup, setiap manusia itu dilahirkan dengan satu nyawa dan satu jasad, tiada peluang kedua dalam kehidupan. tiada peluang untuk membalikkan masa. tiada kata 'aku tidak mampu.menyesal hidup'. sekali kamu hidup, jadikan kehidupan itu sesuatu yang berguna, mati dalam keharuman. setiap sesuatu memerlukan keazaman, biarpon setiap kali azamn itu dicabar oleh telahan manusia. kini kehidupan sudah menjangkau 23 tahun dan dunia seakan-akan membohongi aku setiap saat.terus memilih jalan.sendiri tanpa Dia.sekian.

Friday, August 12, 2011

persoalan tidak berjawapan...

kenapalah aku suka berangan yang sangat tinggi sehingga aku lupa diri aku sapa? mungkin kerana selama nie kehidupan tidak sebaik yang diharapakan, dan mungkin juga semangat untuk mengubah kehidupan itu sangat tinggi. tapi aku blurr dengan jalan aku pilih, semakin jauh aku berjalan, jalan semakin kabur, jambatan yang aku lalui seakan-akan bergoyang.

apa yang aku tahu, apa yang aku buat sekarang adalah apa yang akau rasakan aku boleh lakukan dan aku memang meminati sesuatu tyu, namun masa depan tidak menjanjikan kebahagiaan dengan apa yang aku ada sekarang, degree segulung tidak menjanjikan apa-apa.

kalaulah ada lagi masa yang tersisa, pasti akan aku susun jalan yang lebih baik, tidak akan ku pilih jalan ini.

masalah azam dan peluang

hey..aku kembali daaa, setelah lama x mengupdate blog nie, mklumlah bukan senang nk cri idea untuk menulis, aku xnak lah nnti bila aku nk melunis, aku menulis sesuatu yang tidak berfaedah dan menyakitkan hati sesiapa juga yang mungkin bisa akan terasa. oke by the way mari bercerita tentang diri aku sendiri ..

Masalah
merupakan sesuatu yang sangat sinonim dengan diri manusia, benda yang akan menghancurkan manusia dan juga boleh mematangkan manusia untuk cabaran yang lebih besar di masa hadapan, orang kata dengan masalah itulah manusia kan mampu mengelak dari melakukan perkara yang sama pada masa hadapan. masaalah memang banyak dalam diri aku sekarang, bermula dengan keputusan yang tidak memberangsangakn dalam peperiksaan habis pula muncul dengan masalah yuran dan tak dapat sambung pengajiana. ya tuan tuan dan puan puan, aku TIDAK dapat sambung master. kekecewaaan yang paling aku rasa, jalan yang aku susun nampak seakan tidak menjadi pulak. namun apa-apa pun yang terjadi fikiran harus sentiasa di seberang sana, harus berfikir secara positif supaya ia tidak mematahkan semangat kita. mungkin ada jalan yang lebih baik dan lebih bagus untuk aku atau aku mungkin sekadar menyedapkan hati sendiri T_T

Azam
sesiapa yang membaca blog aku sebelom nie aku terbiasa dengan azam sepuloh yang aku titipkan. ya  azam itu masih aku pegang, tapi disebabkan kemalasan azam itu nampaknye semakin jauh dari aku, mungkin kerana itu;lah juga blog ini tidak tertaip selama 4 bulan. aiyoo..
aku masih belajar bermain seruling secara betul dan banyak juga lah lagu aku telah belajar, belajar sendiri tu xde guru pon, ntah hancur kelaut melodi..muahaha. then about the guitar, masih x bergerak kemana, banyak bende yang masih aku kene belajar, perancanagan yang sebelum ini indah bagai lukisan kejuruteraan terindah kini dah hancur. kemudian, lesen dan sebagainya masih lagi kabur..haish.

Peluang
mencecah 23 tahun ini, bukan senanag untuk mendapat pekerjaan, sekarang disaat aku menulis nie, aku sedang berada di rumah memeber dekat dengan wangsa maju, datang berkelana kesini mencari peluang pekerjaan, namun lain yang diharap lain pula yang aku dapat, biasalah tu kan, memang selalu berlaku pada diri aku.almaklumlah ini kan azman ismail.eluang sekrang nie semakin semput kerana aku tidak nampak peluang yang ada itu, aku telah melihat ramai mereka yang telah berjaya disini, berkereta besar, ada juga pihak yang yang mengatakan bahawa kejayaan yang sebenar bukan terletak pada besar kereta kita, tapi pada kebahagiaan. bagi aku, kebahagiaan yang sebenar adalah bila kita ada kepuasan dalam melakukan sesuatu, kita puas untuk membahagiakn seseorang, kita puas untuk pergi ke tempat kerja kita, kita puas untuk beramal kepada tuhan kerana kita tahu tuhan itu masih ada untuk kita. peluang itu datangnya tidak bergolek, kita lah yang harus mencarinya.

pesan aku buat mereka-mereka diluar sana, jangan sesekali korang hancurkan segala yang korang ada sekarang dengan sesuatu yang masih belom pasti. namun jika korg merasa kan bahawa sesuatu itu bisa menghancurkan, lepaskanlah ia secara perlahan, biarpun manusia tidak memahami apa yang korang lakukan, tuhan lebih mengerti. perbaikilah diri dari sehari kesehari dan teruskan berazam untuk sesuatu yang lebih indah.salam sayang  :)


Saturday, May 14, 2011

saved

ia tentang sebuah cerita antara kebenaran dan kepalsuan dan aku makin tersepit antara nya. aku tidak faham tentang apa hati yang aku mahu,bolehkah aku membawa keduanya bersama dan terus hidup dengan cara aku dan abaikan mereka-mereka yang terus membantah tiap jalan yang aku pilih. semua itu aku keliru. ada manusia yang tidak suka dengan cara yang aku pilih, dengan setiap gerak yang aku langsungkan.semua ini terus membuat aku keliru.mungkn kah aku kan terus kuat dan bebas dengan cara yang aku pilih.

Friday, May 6, 2011

jangan sombong kerana kita juga tanah

untuk memahami manusia,kita perlu kembali kepada asas. iaitu manusia itu berasal daripada tanah.manakala tanah itu banyakjenisnya, ada tanah gambut, tanah liat, tanah pasir dan tanah kotor. segala itu asalnya memang tanah. adapun tanah liat itu sangat degil sifatnya, mengalahkan tanah-tanah yang lain. oleh kerana itu untuk melembutkan tanah ini, air yang secukupnya perlu dibekalkan. walhalnya, jika tanah liat itu di bakar, akan menjadi sekeras keras bata dan akhirnya akn hancur dalam masa yang panjang. keduanya dikategorikan pula tanah jenis gambut, tanah jenis ini memang akan mudah digenggam oleh tangan-tangan manusia, adapun tanah jenis ini memang sangat senang digenggam, ia bergantung kepada tuan pengenggam tangan itu,jika baik niatnya maka baiklah jadinya,namun jika jahat niatnya, jahatlah jadinya. beza tanah liat dan tanah gambut ini adalah beza tahap untuk mengubah tanah itu, tanah gambut itu lebih mudah dibentuk berbanding tanah liat, sifat tanah liat yang tidak mudah hancur menjadikan ia kekal dengan bentuknya berbanding dengan dengan tanah gambut. jadi jenis tanah yang mana satu kita?

bercerita mengenai tanah liat, semasa kecil dahulu aku selalu mengikut ayah aku ke paya dan ke parit, selepas siap membajak sawah dan menanam padi bersama keluarga memang menjadi tabiat kami sekeluarga terutama nya abang-abang aku untuk mandi manda diparit belakang rumah, parit itu sangat luas, selebar padang bola dan sepanjang terusan suez(sebanrnya aku xtahu pun, xpernah ukur).aku ada cerita lain tentang parit tu,nanti aku cerita lain masa. alkisahnya semasa mandi manda tu,ayahku pernah sekali membuat burung daripada tanah liat, burung itu boleh ditup dan mengeluarkan bunyi seakan burung yang betul. memang agak menarik bagi budak sekecil aku ketika itu, saban hari aku bermain dengan burung itu. tanah liat itu akan dibentuk menyerupai burung dan dibakar supaya tanah itu menjadi keras dan tahan lama, saat membakar api tidak boleh terlalu marak dan terlalu perlahan. supaya mendapat kualiti yang terbaik. ia mengenai kepuasan.kini tidak ramai yang masih mahir untuk membuat burung tanah liat.

Dunia semasa kecil penuh dengan imaginasi. kerana ketika kecil, itu dunia aku.sebelum ini aku pernah bercerita mengenai kisah kami yang amat gemar bermain tanah liat di bawah rumah. ya cerita itu akan aku ulang lagi. semasa kecil dahulu apa yang aku ada hanyalah dunia sendiri, dunia kami. kami bukanlah manusia yang suka bergaul dengan orang kampung kerana, ibu terlalu menjaga kami takut-takut kami tidak menjadi manusia, alhamdulillah kami masih menjadi manusia sehingga kini. oleh itu, kami akan selalu hidup dengan dunia kami, terutama nya adalah aku. semasa kecil aku suka hidup dengan dunia aku, oleh itu aku ciptakan satu lagi dunia. iaitu dunia aku sendiri. sebuah dunia memerlukan sebuah taman jadi aku siapkan satu taman untuk dunia aku. ditaman itu, aku siapkan satu air pancutan,sebuah rumah kecil untuk orang-orang aku, sebuah sungai, patung-patung dan juga kereta. dunia aku itu cukup indah, dipenuhi dengan warna-warna yang sangat cantik dan gemilang. disetiap petang masa yang aku ada hanya bermain dengan taman-taman dan berseronok dengan IMAGINASI. budak-budak sekecil aku semasa itu hanya tahu membeli di kedai-kedai dan makan dengan kawan-kawan. tapi aku, yang serba hidup dalam kedaifan, akan terus bermain dengan imaginasi, mungkin kerana itu, aku masih hidup dalam mimpi dan impian.

berseronok di semasa kecil itu bukan soal kemewahan, tapi ia lebih kepada kepuasan dan kesetiaan.pabila aku meningkat dewasa apa yang aku paling risaukan adalah untuk aku mencabar kesetiaan aku itu. bukan mudah untuk meningkat dewasa dan menjalani hidup tanpa kawan-kawan semasa kecil. dunia ini yang penuh dengan hati-hati manusia, tidak seperti patung dan kesetiaan kekal,ia satu yang susah difahami.apa yang aku cuba kekalkan sehingga kini adalah imaginasi yang harus diwariskan kepada seluruh manusia, tentang kepentingan mencoret impian zaman kecil menjadi dunia yang lebih aman dan terbaik.