Tuesday, March 9, 2010

Tikam belakang dan Rampas Merampas

Ini adalah kali pertama untuk aku mendengar ada pihak yang telah secara langsung iri hati kepada mereka yang lain. Ketidakpuasan ini telah mengundang kepada situasi yang lebih teruk dan memungkinkan berlakunya perkara dahsyat yang diluar jangkaan minda kita.


Proses cantas mencantas didalam sesebuah organisasi adalah perkara biasa, ketidakpuasan hati yang berlaku adalah lumrah dalam melaksanakan sesebuah tugas. Ini berlaku adalah kerana sesetengah pihak menganggap bahawa merekalah yang paling banyak melaksanakan tugas dan kerana merekalah sesebuah program itu boleh berjaya dengan jayanya. Ya, betul kerena kamulah program itu berjalan dengan lancar tapi cuba kamu fikirkan adakah hanya kerana kamu seorang sahaja. Bagaimana dengan kawan-kawan yang lain. Andaikata projek itu diserahkan pada kamu seorang, adakah kamu berjaya melaksanakannya dengan penuh jaya.


Sesebuah organisasi memerlukan satu badan gerak kerja yang cukup mantap dan sempurna, tidak boleh terlalu lebih dan juga berkurangan, jika tidak tugasan tidak dapat dilaksanakan dengan tepat dan mungkin juga berlaku ketirisan tugas. Jika ini berlaku, maka kita dapat lihatlah bagaimana perpecahan dalam sesebuah organisasi berlaku, walhal dengan hanya bersebab yang tidak munasabah.


Dalam melaksanakan tugas, kita sebagai salah seorang daripada organisasi haruslah nekad untuk melakukan yang terbaik, melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab bukanlah gila kuasa ataupun gila pangkat, itu adalah tugas dan tanggungjawab kita, berdosa kiranya kita melalaikan tugas yang telah dipertanggungjawabkan. Jadi tidak timbul isu gila kuasa ataupun gila pangkat dalam melaksanakan tugas. Aku percaya dengan semangat kekitaan yang masih ada dalam diri dan semangat yang masih menebal, kita semua boleh bersatu kembali dan menjadi sebuah badan yang gagah satu hari nanti. Usahlah kita sempitkan pemikiran kita dengan perkara-pekara yang remeh temeh yang akhirnya akan menjadi duri dalam daging sehinggakan menjadi barah.


Setiap orang adalah unik dengan setiap perlakuan mereka, kerna keunikan itulah kita dipandang tinggi dan disanjung oeh mereka, lantaran itu kita harus buktikan bahawa kita layak mendapat sanjungan itu. Segala persenggetaan yang telah berlaku kita lupuskan dan amalkan sikap memaafkan antara satu sama lain, dunia ini kecil, hidup pun tidak lama. Marilah kita bersama-sama membentuk satu organisasi yang mantap dan bersatu. Nescaya dengan hanya kesatuan itulah kita boleh maju kehadapan.


“Tiap orang MuKmin telah diwajibkan oleh Allah mendapat tujuh hak daripada orang mukmin yang lain:

  1. iaitu memandangnya dengan penuh penghargaan,
  2. menyimpan perasaan mesra dalam hati terhadapnya,
  3. menghulurkan simpati dengan harta sendiri,
  4. mengharamkan perbuatan mengumpat terhadapnya,
  5. menziarahinya ketika sakit,
  6. mengiringi jenazahnya (apabila meninggal dunia) dan
  7. tidak menyebut tentangnya kecuali yang baik sahaja setelah ketiadaannya.”
(Riwayat Ibnu Babawaih)

Sunday, March 7, 2010

Mencari Makna diri

Semalam adalah sejarah bagi aku, sejarah yang semakin lama kian menjadi parut yang cukup berbisa, sedang hati aku sedaya upaya tidak mahu merasainya, namun buat kali itu aku tertewas. Aku tidak tahu mengapa akan derita itu sering menghantui jiwa, mengheret segenap kalbu kabus aku. 

Semalam hati ini berkecamuk, memikir akan masa depan manusia aku, sesaat demi sesaat masa ini meninggalkan aku, membuat hati aku bertambah parah, membuah jiwa yang  terjerut dalam lembah yang penuh kebuasan batil.

Seseorang mengingatkan aku tentang rasa frasa sinonism cuai, mengingatkan aku akan dekatnya mati. Melambai-lambai aku terlihat disana. Disana aku melihat sebuah kebebasan, kebahagiaan yang pasti akan aku lalui, aku mahu merasai kebahagiaan itu, biarpun tanpa dia. Biarpun aku sedang dan akan merasai deritanya rindu. 

Aku adalah diri aku, tidak ramai yang mengerti betapa aku mahu sesempurna mungkin. Aku tidak mahu melukakan hati dia dan mereka, yang akhirnya akan mengheret diri aku dalam lembah kebencian yang cukup nyata. Kerana dia aku merasa cukup sempurna, dia mengajar aku tentang betapa indahnya rasa kasih, mengajar betapa tulusnya jiwa keihklasan. Tulusnya tiada banding, ihklasnya tiada penghujung. 

Disana aku lihat sekeping harapan baru, yang akan aku pintalkan menjadi sebuah puisi dan kata-kata madah. Aku tidak suka membaca, apatah lagi buku-buku itu. Aku hanya mahu kesana. Aku akan terus menulis mengikut pintaan hati ini.

Saturday, March 6, 2010

ku ingin ke bulan...

Memang benar, mengecapi sebuah kejayaan bukanlah suatu yang senang. Bahkan akan menunutut kita untuk menggadaikan semua keringat dan hasil kita hanya semata-mata sebuah kejayaan yang pasti. Setiap daripada jiwa kita mempunyai satu semangat untuk berjaya dalam hidup, menjadi seorang pemimpin yang ternama, menjadi seorang jutawan termuda, menjadi seorang penyanyi yang berjaya, namun kekadang ada sahaja penghalang yang menjadi penghadang bagi kejayaan itu.Walaupun kita cuba lari dari penghalang itu, namun semakin lama ia semakin juga mendekati kita.

Aku adalah juga manusia seperti kamu semua, manusia yang ingin melihat bahawa satu hari nanti manusia ini akan berjaya setaraf dengan mereka-mereka yang disana. Dalam hati aku terdapat satu suara yang dengan pastinya berkata bahawa pada satu hari nanti kamu akan menjadi seseorang yang penting pada negara kamu, bangsa kamu dan agama kamu. Kerana dengan rasa inilah aku pasti akan kemampuan diri aku untuk terus selangkah kehadapan, biarpun halangannya berliku-liku dan penuh dengan onak dan cabaran. Kepastian itu aku belum takluki, aku tidak tahu apakah corak kepastian itu, mungkin anak-anak muda inilah akan mecorak rupa bangsa yang sebenar.Ingin sekali aku pergi jauh dari tanah ini, membawa diri biarpun kebulan sekalipun. Agar aku bisa merasa sendiri betapa peritnya kehidupan disana. Keselesaaan ini seringkali menjerat aku, dan aku memang senantiasa berusaha memeritkan aku, supaya aku boleh melihat kehidupan yang sebenar.

Sedang mereka-mereka itu telah berjaya mengorak langkah kesana, aku masih lagi disini takut untuk memulakan langkah itu, kekadang langkah aku tersadung dek kelemahan motivasi jiwa yang lemah longlai semangatnya. benar aku telah cuba semuanya, mencari lubang-lubang kejayaan itu, telah aku mulakan langkah ini, mencuba satu cara yang berbeda dari dahulu, telah aku impikan kejayaan itu, namun cubaan itu aku gagalkan, semuanya gara-gara kelemahan ini.

Perasaan cemburu itu memang menebal dalam diri aku, aku cemburu melihat mereka-mereka semua kesana, cemburu aku melihat mereka-mereka itu tersenyum disana. Mengapa tidak aku sahaja yang menjadi mereka, padahal nya pilihan itu sendiri ditangan aku. Inilah yang melemahkan aku.


Aku mahukan sesuatu yang mampu memuaskan hati aku, bukan wanita, bukan harta, tapi sekeping kejayaan atas usaha aku sendiri. Aku mahu keluar dari kepompong ini, mencari sinar baru kehidupan, aku tidak mahu terlibat dengan perkara itu, yang akhirnya menjerat diri aku sendiri. Aku telah terjerat dengan perkara itu sekali, tidak akan aku terjerat untuk kali keduanya. Kepompong aku adalah kelemahan aku sendiri, kelemahan aku adalah sifat aku sendiri yang mudah mengaku kalah sebelum berperang. Kata-kata yang sering menjadi senjata pihak lawan cukup melemahkan jiwa dan motivasi aku. Aku benar-benar keliru akan apakah aku ini sebenarnya, apakah pandangan orang-orang itu pada aku. Ya, mereka semua orang-orang, kerana mereka berkata-kata dengan sunyi, seperti patung pada aku.


Seperti dahulu, aku akan terus mencari rupa aku yang sebenar, rupa manusia aku yang sebenar. Selangkah demi selangkah itu akan aku teruskan perjalanan, biarpun perlu bertatih.
Kerana aku tahu siapa aku dan aku akan pastikan arah perjalanan aku kerana pilihannya di tangan aku sendiri.

Monday, March 1, 2010

Malam Adiwangsa 2

Hari ini aku coretkan sedikit tentang malam adiwangsa 2, prog yang telah berlangsung pada 27 februari yang lepas. Malam Adiwangsa adalah malam untuk pelajar-pelajar sarjana muda teknologi alam sekitar untuk meraikan pelajar tahun akhir yang bakal bergaduat pada bulan 4 yang akan tiba tidak lama lagi.

Alhamdulillah, segala perancangan yang telah kami susun semenjak dari bulan Januari lagi membuahkan hasil yang cukup bermakna bagi kami terutamanya bagi aku selaku pengarah program. Walaupun berlaku sedikit kecacatan pada majlis tersebut, namun itu tidak melemahkan kami untuk jatuh rebah dan merasa kurang. Mungkin sedikit kelemahan itu bisa kami cantumkan kembali menjadi pengajaran yang bergunan untuk diaplikasikan pada masa hadapan.

Jutaan terima kasih buat semua pihak2 yang secara tidak langsung membantu sedikit sebanyak Program Malam Adiwansa 2, terutamanya dari Kak Na mewakili dat0' Farid yang sudi memberikan sumbangan yang cukup bermakna bagi kami. Terima kasih jua buat En. Zuhaifi dari Fakulti Sains dan Teknologi yang membantu meringankan beban kami.

Tahniah dan syabas diucapkan buat semua Ahli Jawatankuasa yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan Malam Adiwangsa 2, tanpa anda semua siapalah aku nie. 

Malam Adiwangsa, ~malam ukiran seribu kenangan~

 



Friday, February 5, 2010

18

Liwat 2 : Siapa Mangsa dan Pemangsa?


Negara sekali lagi kecoh dengan dakwaan liwat yang dilakukan oleh Dato' seri Anwar Ibrahim. Kali ini melibatkan seorang pembantu Anwar iaitu Saudara Saiful yang telah mendakwa diliwat oleh Anwar pada beberapa tahun yang lepas, kes yang  telah bermula pada tahun lepas ini berlanjutan sehingga ke tahun ini disebabkan oleh keadaan yang tidak mengizinkan.



Setelah bermacam-macam cerita yang timbul, sekarang tibalah masanya untuk rakyat mengetahui perkara yang sebenar, ataupun mungkinkah juga keputusan pada kali ini akan memihak kepada Saudara Saiful. Yang pastinya, kredibeliti Anwar akan turut tercalar dek fitnah yang dilemparkan oleh Saudara Saiful, difahamkan bahawa Kes Liwat ini mempunyai kaitannya dengan najib dan ini menimbulkan seribu satu pertanyaan. Mungkinkah ini satu komplot jahat pemerintah untuk sekali lagi menjatuhkan Anwar sekaligus melenyapkan perjalanan politik Anwar Ibrahim.


Anwar dahulu pernah dikenakan tindakan undang-undang disebabkan oleh juga kes liwat dan isu ini dilihat cukup dominan dengan Anwar, seolah-olah kita sedang melihat wayang yang dipamirkan lebih kurang 12 tahun yang lalu. Mainan politik kotor pemerintah pada waktu itu sehingga mengheret Anwar hingga ke penjara, telah membangkitkan semangat kebebasan pada rakyat, maka bangkitlah perubahan besar yang dilihat pada tahun 2008 yang lepas. Kemenangan pembangkang pada tahun tersebut terbukti banyak dipengaruhi oleh penyertaan semula Anwar dalam politik negara.



Jika dilihat dari satu sudut, isu ini bukanlah isu yang lain dari yang lain, sejak sekian lama kita dapat melihat bagaimana perlakuan pemerintah yang menghalalkan cara demi mencapai matlamat, antaranya Tragedi Memali yang cukup menyayat hati, umat islam dibunuh dengan sewenangnya oleh polis semata-mata ingin memenangkan pemerintah. Negara dikejutkan juga dengan kes-kes rasuah dikalangan pemimpin negara, bahkan melibatkan jutaan ringgit, namun tiada apa-apa tindakan yang telah diambil. Penglibatan najib dalam pembunuhan Model Altantuya seolah-olah tergantung, tiada dakwaan dibuat keatas Najib.


Berbalik kepada isu liwat ini, kita dapat merumuskan dua watak yang berbeza antara Anwar dan Saiful. Anwar yang cukup terkenal dengan keberanian melawan pemerintah seolah-olah menang emosi berbanding Saiful, dari cara percakapan kedua-duanya, anwar dilihat lebih berani menyanggah dari Saiful, sebagaimana berani kerana benar takot kerana salah. Jika benarlah Anwar benar-benar ingin meliwat Saiful, kebarangkaliannya untuk berlaku cukup rendah, hujah saya kerana seseorang yang mempunyai semangat lawan yang tinggi tidak akan sesekali terpesong ke arah lain, selain dari mencapai matlamat mereka. Buktinya, jika dahulu Anwar pernah terlibat dengan liwat, mana mungkin beliau ingin menamatkan karier politiknya juga dengan isu liwat. 


Keduanya, difahamkan bahawa sebelum kes liwat itu terjadi, Saiful telah disuruh oleh Anwar supaya mandi dan membersihkan diri selain menyuruhnya memakai kain tuala sahaja. Ini membangkitkan persoalan buat kita, mengapakah Saiful tidak bertindak melawan Anwar sedangkan kekuatannya melebihi Anwar yang pada usia itu cukup lemah. Mungkinkah juga Saiful merelakan dirinya diliwat. Ketiganya, jika Saiful itu dipihak yang benar, dan juga Anwar dipihak yang benar, ini nescaya satu komplot pemerintah yang cukup licik. Pembedahan plastik boleh dilakukan terhadap seseorang untuk menjadi seperti batang tubuh Anwar Ibrahim. Mungkinkah kesudahan kes ini memihak kepada Anwar??


kesudahannya biarlah masa yang menentukan.

Thursday, February 4, 2010

17

betul, kekadang tu dalam sedar ataupun tidak, aku sedang dan masih menghina kelemahan seseorang, walhal aku benar-benar arif bahawa kelemahan itu satu kewajiban bagi setiap makhluk bernama manusia. Dari cara percakapan, pertuturan aku sering kali membuat manusia lain terasa dengan aku, menghina status kawan, merendahkan darjat persahabatan. 


Dalam hidup ini aku sedar, bahawa tiada yang lebih sempurna dari sebuah persahabatan. Keihklasan yang hadir dari hati nurani aku bukan menghendakkan pujian atau harapan itu. Aku sedar sesingkat ini kehidupan, aku lalui bermacam-macam jalan, kiri kanan pembelokkan aku itu membawa aku ke lembah yang berbeda, sehinggakan aku sering kali lemas dalam pelukan masa dan peristiwa.


Mungkin aku lemah, jua aku lupa siapa aku dahulu, namun kiranya sejarah itu yang dikau ungkitkan membiar segumpal amarah membalut diri, aku memohon seribu kemaafan. Kealpaan aku yang dahulu pada taliNya, membuat aku lemas dalam lembah kebahagiaan, biarpun kedurjanaan aku jana. Kealpaan itu aku telah terjah jauh-jauh. 


Untukmu sahabat, dikau masa silam aku, masa yang hanya Dia yang mampu sudahinya. Aku ingin masa kini aku tetap bersamamu dan masa depan aku akan terus bersamamu. Selamat Hari Jadi Sahabat ( 4 Feb 2010)

Wednesday, February 3, 2010

16

Harapan buat MPP UMT 2010


Setiap teluk punyai masa perubahannya, setiap sejarah tamadun mempunyai masa kegemilangannya, lantaran itulah MPP yang terbaru harus sedar bahawa mereka semua adalah harapan baru pelajar di universiti malaysia terengganu untuk maju kehadapan dan setaraf dengan universiti lain di malaysia. Perubahan drastik perlu dilaksanakan, ya mungkin mengambil masa bertahun lamanya untuk melihat hasil, namun biarlah benihnya ditanam sekarang supaya hasilnya mekar menjadi buah yang ranum.


Perjuangan menetntang kezaliman dan hak pelajar memrlukan sebuah kecekalan hati yang hebat, semangat yang tak pernah luntur biarpun disimbah darah saudara kandung sendiri. Mungkin jua perjuangan anda semua akan menemui kegagalan dan tentang yang maha hebat dari pihak lain. Namun yakinlah perjuangan dijalan kebenaran tidak akan tewas, penghujung nya mestilah kemenangan. 


Isu-isu yang harus dibangkitkan oleh MPP :
  • Pihak Universiti harus meneliti semula penggunaan istilah 'pelajar' bagi MPP ( majlis Perwakilan Pelajar), penggunaan pelajar hanya sesuai dimasa kolej universiti dahulu dan ia tidak lagi relevan buat masa sekarang.
  • Pihak universiti hendaklah meneliti semula penggunaan istilah UK pada nombor Matrik pelajar, pastikan UK merujuk kepada apa dan kenapakah tidak nombor matrik merujuk pada fakulti pelajar tersebut.
  • Pihak Universiti harus meneliti semula pembahagian bilik bagi setiap badan pelajar dan persatuan yang bernaung dibawah HEPA, pastikan bahawa setiap badan pelajar akan mendapat satu bilik khas, bertujuan untuk mengaktifkan lagi pergerakan pelajar di UMT.
  • Mengesyorkan pihak universiti supaya membaik pulih prasarana yang rosak dan terganggu sistemnya seperti komputer dibilik kuliah dan sebagainya.