betul, kekadang tu dalam sedar ataupun tidak, aku sedang dan masih menghina kelemahan seseorang, walhal aku benar-benar arif bahawa kelemahan itu satu kewajiban bagi setiap makhluk bernama manusia. Dari cara percakapan, pertuturan aku sering kali membuat manusia lain terasa dengan aku, menghina status kawan, merendahkan darjat persahabatan.
Dalam hidup ini aku sedar, bahawa tiada yang lebih sempurna dari sebuah persahabatan. Keihklasan yang hadir dari hati nurani aku bukan menghendakkan pujian atau harapan itu. Aku sedar sesingkat ini kehidupan, aku lalui bermacam-macam jalan, kiri kanan pembelokkan aku itu membawa aku ke lembah yang berbeda, sehinggakan aku sering kali lemas dalam pelukan masa dan peristiwa.
Mungkin aku lemah, jua aku lupa siapa aku dahulu, namun kiranya sejarah itu yang dikau ungkitkan membiar segumpal amarah membalut diri, aku memohon seribu kemaafan. Kealpaan aku yang dahulu pada taliNya, membuat aku lemas dalam lembah kebahagiaan, biarpun kedurjanaan aku jana. Kealpaan itu aku telah terjah jauh-jauh.
Untukmu sahabat, dikau masa silam aku, masa yang hanya Dia yang mampu sudahinya. Aku ingin masa kini aku tetap bersamamu dan masa depan aku akan terus bersamamu. Selamat Hari Jadi Sahabat ( 4 Feb 2010)