Friday, February 5, 2010

18

Liwat 2 : Siapa Mangsa dan Pemangsa?


Negara sekali lagi kecoh dengan dakwaan liwat yang dilakukan oleh Dato' seri Anwar Ibrahim. Kali ini melibatkan seorang pembantu Anwar iaitu Saudara Saiful yang telah mendakwa diliwat oleh Anwar pada beberapa tahun yang lepas, kes yang  telah bermula pada tahun lepas ini berlanjutan sehingga ke tahun ini disebabkan oleh keadaan yang tidak mengizinkan.



Setelah bermacam-macam cerita yang timbul, sekarang tibalah masanya untuk rakyat mengetahui perkara yang sebenar, ataupun mungkinkah juga keputusan pada kali ini akan memihak kepada Saudara Saiful. Yang pastinya, kredibeliti Anwar akan turut tercalar dek fitnah yang dilemparkan oleh Saudara Saiful, difahamkan bahawa Kes Liwat ini mempunyai kaitannya dengan najib dan ini menimbulkan seribu satu pertanyaan. Mungkinkah ini satu komplot jahat pemerintah untuk sekali lagi menjatuhkan Anwar sekaligus melenyapkan perjalanan politik Anwar Ibrahim.


Anwar dahulu pernah dikenakan tindakan undang-undang disebabkan oleh juga kes liwat dan isu ini dilihat cukup dominan dengan Anwar, seolah-olah kita sedang melihat wayang yang dipamirkan lebih kurang 12 tahun yang lalu. Mainan politik kotor pemerintah pada waktu itu sehingga mengheret Anwar hingga ke penjara, telah membangkitkan semangat kebebasan pada rakyat, maka bangkitlah perubahan besar yang dilihat pada tahun 2008 yang lepas. Kemenangan pembangkang pada tahun tersebut terbukti banyak dipengaruhi oleh penyertaan semula Anwar dalam politik negara.



Jika dilihat dari satu sudut, isu ini bukanlah isu yang lain dari yang lain, sejak sekian lama kita dapat melihat bagaimana perlakuan pemerintah yang menghalalkan cara demi mencapai matlamat, antaranya Tragedi Memali yang cukup menyayat hati, umat islam dibunuh dengan sewenangnya oleh polis semata-mata ingin memenangkan pemerintah. Negara dikejutkan juga dengan kes-kes rasuah dikalangan pemimpin negara, bahkan melibatkan jutaan ringgit, namun tiada apa-apa tindakan yang telah diambil. Penglibatan najib dalam pembunuhan Model Altantuya seolah-olah tergantung, tiada dakwaan dibuat keatas Najib.


Berbalik kepada isu liwat ini, kita dapat merumuskan dua watak yang berbeza antara Anwar dan Saiful. Anwar yang cukup terkenal dengan keberanian melawan pemerintah seolah-olah menang emosi berbanding Saiful, dari cara percakapan kedua-duanya, anwar dilihat lebih berani menyanggah dari Saiful, sebagaimana berani kerana benar takot kerana salah. Jika benarlah Anwar benar-benar ingin meliwat Saiful, kebarangkaliannya untuk berlaku cukup rendah, hujah saya kerana seseorang yang mempunyai semangat lawan yang tinggi tidak akan sesekali terpesong ke arah lain, selain dari mencapai matlamat mereka. Buktinya, jika dahulu Anwar pernah terlibat dengan liwat, mana mungkin beliau ingin menamatkan karier politiknya juga dengan isu liwat. 


Keduanya, difahamkan bahawa sebelum kes liwat itu terjadi, Saiful telah disuruh oleh Anwar supaya mandi dan membersihkan diri selain menyuruhnya memakai kain tuala sahaja. Ini membangkitkan persoalan buat kita, mengapakah Saiful tidak bertindak melawan Anwar sedangkan kekuatannya melebihi Anwar yang pada usia itu cukup lemah. Mungkinkah juga Saiful merelakan dirinya diliwat. Ketiganya, jika Saiful itu dipihak yang benar, dan juga Anwar dipihak yang benar, ini nescaya satu komplot pemerintah yang cukup licik. Pembedahan plastik boleh dilakukan terhadap seseorang untuk menjadi seperti batang tubuh Anwar Ibrahim. Mungkinkah kesudahan kes ini memihak kepada Anwar??


kesudahannya biarlah masa yang menentukan.