Proses cantas mencantas didalam sesebuah organisasi adalah perkara biasa, ketidakpuasan hati yang berlaku adalah lumrah dalam melaksanakan sesebuah tugas. Ini berlaku adalah kerana sesetengah pihak menganggap bahawa merekalah yang paling banyak melaksanakan tugas dan kerana merekalah sesebuah program itu boleh berjaya dengan jayanya. Ya, betul kerena kamulah program itu berjalan dengan lancar tapi cuba kamu fikirkan adakah hanya kerana kamu seorang sahaja. Bagaimana dengan kawan-kawan yang lain. Andaikata projek itu diserahkan pada kamu seorang, adakah kamu berjaya melaksanakannya dengan penuh jaya.
Sesebuah organisasi memerlukan satu badan gerak kerja yang cukup mantap dan sempurna, tidak boleh terlalu lebih dan juga berkurangan, jika tidak tugasan tidak dapat dilaksanakan dengan tepat dan mungkin juga berlaku ketirisan tugas. Jika ini berlaku, maka kita dapat lihatlah bagaimana perpecahan dalam sesebuah organisasi berlaku, walhal dengan hanya bersebab yang tidak munasabah.
Dalam melaksanakan tugas, kita sebagai salah seorang daripada organisasi haruslah nekad untuk melakukan yang terbaik, melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab bukanlah gila kuasa ataupun gila pangkat, itu adalah tugas dan tanggungjawab kita, berdosa kiranya kita melalaikan tugas yang telah dipertanggungjawabkan. Jadi tidak timbul isu gila kuasa ataupun gila pangkat dalam melaksanakan tugas. Aku percaya dengan semangat kekitaan yang masih ada dalam diri dan semangat yang masih menebal, kita semua boleh bersatu kembali dan menjadi sebuah badan yang gagah satu hari nanti. Usahlah kita sempitkan pemikiran kita dengan perkara-pekara yang remeh temeh yang akhirnya akan menjadi duri dalam daging sehinggakan menjadi barah.
Setiap orang adalah unik dengan setiap perlakuan mereka, kerna keunikan itulah kita dipandang tinggi dan disanjung oeh mereka, lantaran itu kita harus buktikan bahawa kita layak mendapat sanjungan itu. Segala persenggetaan yang telah berlaku kita lupuskan dan amalkan sikap memaafkan antara satu sama lain, dunia ini kecil, hidup pun tidak lama. Marilah kita bersama-sama membentuk satu organisasi yang mantap dan bersatu. Nescaya dengan hanya kesatuan itulah kita boleh maju kehadapan.
“Tiap orang MuKmin telah diwajibkan oleh Allah mendapat tujuh hak daripada orang mukmin yang lain:
- iaitu memandangnya dengan penuh penghargaan,
- menyimpan perasaan mesra dalam hati terhadapnya,
- menghulurkan simpati dengan harta sendiri,
- mengharamkan perbuatan mengumpat terhadapnya,
- menziarahinya ketika sakit,
- mengiringi jenazahnya (apabila meninggal dunia) dan
- tidak menyebut tentangnya kecuali yang baik sahaja setelah ketiadaannya.”