Harapan buat MPP UMT 2010
Setiap teluk punyai masa perubahannya, setiap sejarah tamadun mempunyai masa kegemilangannya, lantaran itulah MPP yang terbaru harus sedar bahawa mereka semua adalah harapan baru pelajar di universiti malaysia terengganu untuk maju kehadapan dan setaraf dengan universiti lain di malaysia. Perubahan drastik perlu dilaksanakan, ya mungkin mengambil masa bertahun lamanya untuk melihat hasil, namun biarlah benihnya ditanam sekarang supaya hasilnya mekar menjadi buah yang ranum.
Perjuangan menetntang kezaliman dan hak pelajar memrlukan sebuah kecekalan hati yang hebat, semangat yang tak pernah luntur biarpun disimbah darah saudara kandung sendiri. Mungkin jua perjuangan anda semua akan menemui kegagalan dan tentang yang maha hebat dari pihak lain. Namun yakinlah perjuangan dijalan kebenaran tidak akan tewas, penghujung nya mestilah kemenangan.
Isu-isu yang harus dibangkitkan oleh MPP :
- Pihak Universiti harus meneliti semula penggunaan istilah 'pelajar' bagi MPP ( majlis Perwakilan Pelajar), penggunaan pelajar hanya sesuai dimasa kolej universiti dahulu dan ia tidak lagi relevan buat masa sekarang.
- Pihak universiti hendaklah meneliti semula penggunaan istilah UK pada nombor Matrik pelajar, pastikan UK merujuk kepada apa dan kenapakah tidak nombor matrik merujuk pada fakulti pelajar tersebut.
- Pihak Universiti harus meneliti semula pembahagian bilik bagi setiap badan pelajar dan persatuan yang bernaung dibawah HEPA, pastikan bahawa setiap badan pelajar akan mendapat satu bilik khas, bertujuan untuk mengaktifkan lagi pergerakan pelajar di UMT.
- Mengesyorkan pihak universiti supaya membaik pulih prasarana yang rosak dan terganggu sistemnya seperti komputer dibilik kuliah dan sebagainya.