Memang benar, mengecapi sebuah kejayaan bukanlah suatu yang senang. Bahkan akan menunutut kita untuk menggadaikan semua keringat dan hasil kita hanya semata-mata sebuah kejayaan yang pasti. Setiap daripada jiwa kita mempunyai satu semangat untuk berjaya dalam hidup, menjadi seorang pemimpin yang ternama, menjadi seorang jutawan termuda, menjadi seorang penyanyi yang berjaya, namun kekadang ada sahaja penghalang yang menjadi penghadang bagi kejayaan itu.Walaupun kita cuba lari dari penghalang itu, namun semakin lama ia semakin juga mendekati kita.
Aku adalah juga manusia seperti kamu semua, manusia yang ingin melihat bahawa satu hari nanti manusia ini akan berjaya setaraf dengan mereka-mereka yang disana. Dalam hati aku terdapat satu suara yang dengan pastinya berkata bahawa pada satu hari nanti kamu akan menjadi seseorang yang penting pada negara kamu, bangsa kamu dan agama kamu. Kerana dengan rasa inilah aku pasti akan kemampuan diri aku untuk terus selangkah kehadapan, biarpun halangannya berliku-liku dan penuh dengan onak dan cabaran. Kepastian itu aku belum takluki, aku tidak tahu apakah corak kepastian itu, mungkin anak-anak muda inilah akan mecorak rupa bangsa yang sebenar.Ingin sekali aku pergi jauh dari tanah ini, membawa diri biarpun kebulan sekalipun. Agar aku bisa merasa sendiri betapa peritnya kehidupan disana. Keselesaaan ini seringkali menjerat aku, dan aku memang senantiasa berusaha memeritkan aku, supaya aku boleh melihat kehidupan yang sebenar.
Sedang mereka-mereka itu telah berjaya mengorak langkah kesana, aku masih lagi disini takut untuk memulakan langkah itu, kekadang langkah aku tersadung dek kelemahan motivasi jiwa yang lemah longlai semangatnya. benar aku telah cuba semuanya, mencari lubang-lubang kejayaan itu, telah aku mulakan langkah ini, mencuba satu cara yang berbeda dari dahulu, telah aku impikan kejayaan itu, namun cubaan itu aku gagalkan, semuanya gara-gara kelemahan ini.
Perasaan cemburu itu memang menebal dalam diri aku, aku cemburu melihat mereka-mereka semua kesana, cemburu aku melihat mereka-mereka itu tersenyum disana. Mengapa tidak aku sahaja yang menjadi mereka, padahal nya pilihan itu sendiri ditangan aku. Inilah yang melemahkan aku.
Aku mahukan sesuatu yang mampu memuaskan hati aku, bukan wanita, bukan harta, tapi sekeping kejayaan atas usaha aku sendiri. Aku mahu keluar dari kepompong ini, mencari sinar baru kehidupan, aku tidak mahu terlibat dengan perkara itu, yang akhirnya menjerat diri aku sendiri. Aku telah terjerat dengan perkara itu sekali, tidak akan aku terjerat untuk kali keduanya. Kepompong aku adalah kelemahan aku sendiri, kelemahan aku adalah sifat aku sendiri yang mudah mengaku kalah sebelum berperang. Kata-kata yang sering menjadi senjata pihak lawan cukup melemahkan jiwa dan motivasi aku. Aku benar-benar keliru akan apakah aku ini sebenarnya, apakah pandangan orang-orang itu pada aku. Ya, mereka semua orang-orang, kerana mereka berkata-kata dengan sunyi, seperti patung pada aku.
Seperti dahulu, aku akan terus mencari rupa aku yang sebenar, rupa manusia aku yang sebenar. Selangkah demi selangkah itu akan aku teruskan perjalanan, biarpun perlu bertatih.
Kerana aku tahu siapa aku dan aku akan pastikan arah perjalanan aku kerana pilihannya di tangan aku sendiri.