hari ini cukup genaplah seminggu ak berpraktikel di usm, suasana kampus yang penuh dengan kehijauan membuat mata sayu memandang. Disini aku ditugaskan di Unit Jabatan Kesihatan Masyrakat, pengkhususan dalam kesihatan pekerjaan. Hari ini aku telah menjalankan sedikit kajian tentang tahap pendengaran di kalangan staff usm. Keputusan ada yang mengecewakan namun ada juga yang membanggakan. Namun, aku harus sedar bahawa setiapa saat dan minit aku cukup berharga dan bermakna, aku tidak boleh menoleh lagi kebelakang dan terus memacu diri ke arah kejayaan.
Disini aku ditugaskan dibawah Dr. Aziah Daud, banyak juga kerja yang harus aku jalankan, kekadang aku cemburu dengan kawan-kawan yang lain kerana kerja mereka tidak sebanyak aku. Selangkah aku diUsm, membuatkan aku sedikit teruja akan pentadbiran disini, jauh berbeza dengan UMT, mana tidaknya, disetiap bangunan ada saja pegawai keselematan yang menjaga, tak macam uMt, pegawai pun sedikit sahaja. Lagipun di sini, kawasan persekitarannya cukup menyegarkan, dikelilingi oleh pokok-pokok dan tumbuhan yang hijau dan segar.
Usm dan UMT cukup banyak bezanya....