manusia menilai sesuatu itu melalui pandangan mata, tidak ramai yang menilai melalui kata hati, mereka sering melihat bahawa kecantikan dan elok perangai adalah segalanya, melimpahi adat dan norma-norma kehidupan lain. Setiap ciri yang terangkul dalam diri setiap manusia, tidak diambil peduli mana, sedangkan pandangan luaranlah yang mereka mahukan, siapa kita untuk menilai seseorang melalui pandangan mata, siapa kita untuk membenarkan setiap fitnah yang kita lemparkan biarpun ia tertanam jauh dilubuk hati nurani. Siapa kita untuk menilai kehidupan yang hanya tinggal sedetik ke arah kematian. Siapa kita untuk berkehendakkan kecantikan itu, walhal kita terlalu busuk didalamnya.
manusia selalu melihat bahawa tanpa usaha yang berpanjangan mereka tidak akan berjaya, tanpa usaha yang gigih mereka akan kecundangan di jalanan, benarkah semua ini, ataupun hanya sandiwara duniawi, siapa yang membenarkan segala pertuturan ini dihalalkan. Mungkinkah jua manusia berjaya kerana nasib, barulah kerana usaha, manakan tidak ramai aku melihat manusia yang berjaya kerana nasib, menjadi popular kerana nasib menyebelahi mereka, kerana nasib jua yang mempertemukan mereka dengan kejayaan yang menggunung. nasib adalah segalanya, kita akan berjaya bila mana nasib yang baik akan menyebelahi kita dan menguntungkan kita, kemudiabn barulah datangnya usaha untuk mengekalkan nasib yang baik itu, dan kejayaan akan terus menemukan kita disini. manusia berpikir bahawa tanpa kejayaan mereka akan hancur di dunia materialistik, mereka akan ditindas dan dihancurkan seperti mana debu-debu yang berterbangan diudara nasib tidak akan menyebelahi mereka.
Setiap perkara yang berlaku didunia ini mempunyai akibatnya sendiri, setiap manusia harus sedar bahawa tanpa nasib yang baik, kamu tidak akan kemana, ketahuilah kejayaan hanya akan menjenguk manusia hanya dengan berpandukan nasib yang baik, usaha tanpa nasib yang baik akan meletakkan kita dilandasan yang sia-sia. Maka bagaimana kita mahu tahu bahawa masa bilakah nasib baik akan menjenguk kita, melihat diri kita dan menyebelahi kita. nasib hanya akan muncul bila mana manusia berani mengambil risiko dalam setiap yang dia ingin kan, nasib hanya akan meletakkan kita jauh kehadapan sekiranya kita berani mengambil risiko yang tinggi yang mana orang lain tidak mampu menyahut cabaran itu, sifirnya cukup mudah, manusia yang gagal mengambil risiko adalah manusia yang kurang sekali nasib baiknya. Mawi tidak akan berjaya dalam akedemi fantasia jika beliau tidak mengambil risiko untuk menghadiri temuduga, dia tidak akn berjaya sekiranya beliau tidak meletakkan dirinya sebaris dengan mereka -mereka yang lain. maka lihatlah sekarang siapa dia, satu malaya kenal dia itu.
nasib manusia adalah umpama mimpi semalam, jika kita abaikan mimpi itu, maka keesokan harinya kita akan lupa. nasib akan selalu menjenguk manusia mencari manusia yang paling berani mengambil risiko, setiap yang manusia buat didunia akan memerlukan nasib, manusia menyebut bahawa setiap perlakuanya akan mempengaruhi kehidupan, jika nasib pergi hidupnya musnah, ya benar, tapi mengapa tidak kamu kejar nasib mu itu. mengapa tidak kamu cuba ingati mimpi semalam kamu itu. Walhal itulah perkara yang terpenting bagi kamu manusia, kejarlah mimpi semalammu, biarpun kamu bisa bertarung dengan sejuta risiko dalam sungai penghinaan, biarkan mereka, kerana hanya dengan nasib sahaja kamu akan berjaya, dengan nasib kamu berusahalah dengan yakin dan penuh sabar, kerana usaha dengan nasib yang baik, akan membuahkan kejayaan.
* mengira nasib untuk meletakkan PITA ku sebaris dengan PITA-PITA mereka.........