Thursday, April 1, 2010

Maaf lama x update

minggu ini adalah minggu yag agak sibuk juga bagi aku, kerana terpakse melibatkan diri dalam banyak perkara, ditambah pula dengan pepriksaan akhir yang cukup benar memenatkan minda dan tubuh, Dalam miggu ini aku perlu menyiapkan 3 paper work untuk dihantar ke bahagian hal ehwal pelajar umt, untuk meneruskan kelangsungan program scout di UMT, antara lain program yang aku rancangkan adalah kursus motivasi untuk pelajar sekolah kebangsaan manir pada bulan julai nanti, dan juga program baktisiswa di felda Mengkuang triang pahang darul makmur, program yang sepaptutnya diadakan pada tahun 2008 terpakse ditunda ke tahun ini kerana desakan masa dan pengurusan yang silih berganti, 

Baktisiswa ini menuntut aku untuk memberikan komitmen yang cukup tinggi dan berterusan sepanjang cuti sem nanti, banyak perkatra yang aku harus laksanakan sebelum aku balik cuti ke kampung halaman. Manalah nak cari sumber bajet yang banyak untuk program seumpama ini kalau bukan dari badan2 yang berkenaan. Pengalaman mencari dana untuk program yang lepas banyak mengajar aku bagaimana selok belok perjalanan sesebuah program tajaan, tak semua yang kita rancangkan akan berjaya dilaksanakan,disaat kita amat memerlukan, disitu lah doa2 dan tawakkal banyak membantu.

Cuti semesta nanti bermulalah latihan industri bagi aku, bermula pada awal bulan april, dan berakhir pada awal bulan julai, tidak sabar rasanya aku untuk pulang ke kampung laman. Bertemu anak-anak buah yang tersayang. Cuti yang bakal menjema nanti akan memerlukan aku mengerah segenap tenaga dan kudrat supaya aku bisa mendapat keputusan yang cemerlang untuk semesta depan. PITA mungkin jua akan banyak memabntu aku, harapnya begitulah. Namun kali ini, harapan mungkin jua akan tinggal harapan sepert kebiasaan, biarlah sedikit kudrat yang aku usahakan ini akn membuah kan hasil walau sedikit pun, aku mahu juga merasa akn hasil itu.

Aku berharap agar dengan segala perancangan yang aku ukirkan dilembar-lembar Kalender UMNO 1 Malaysia (thanz kak na for this beutiful calender, love it) ini akn membuatkan hasil, dan segala perancangan itu akan tersiap simpul dengan rapi sekali. sekian, kena belajar lagi...hari ahad ini ak ada paper hdyrologi dan juga OSHA...wish me luck my friend, no matter where u are.....