Tuesday, June 1, 2010

melihat ke sekeliling menyaksikan bahawa dunia ini cukup luas dari segi pandangan mata manusia. mancari-cari makna erti hidup yang sebenar mengejar sebuah kepuasan yang cukup bermakna bagi aku. disegenap jiwa dan raga aku mahukan pengertian itu, dalam meniti niti hari yang semakin mematangkan usia, mengajar aku tentang sebuah pergaulan yang sebenar.

manusia sering tertipu dengan segala macam ancaman, sekelumit keperitan yang akan menyusul akan terus menjadi balutan kekesalan yang lepas. Disetiap jiwa ini akan terus terangkul dengan penyesalan itu, yang akan membantutkan pemikiran. Sedendam dendam penyesalan, tidak akan mencairkan lagi kemahuan ini.

melihat ke alam satu lagi membuat diri menyesal dengan segala macam dosa yang aku lakukan, bagaimana mahu aku buktikan tentang penyesalan ini yang tidak mungkin akan aku cegah menjadi  selenang air di kali. Mungkin dengan kata-kata ini akan terus membina penyesalan itu.

bersambung.........