Pengaruh internet pada zaman sekarang cukup besar, siapa2 juga boleh menjadi tauke besar dalam dunia, menjadi popular hanya dengan melayari internet, dunia tanpa sempadan lah katakan. Kemajuan dalam dunia internet seringkali meletakkan manusia melayu dalam lembah yang sesat dan sesesatnya, manakan tidak saban hari kita akan mendengar cerita-cerita yang tidak elok di media massa, ada yang kena dicop sebagai perkauman kerana mempublishkan sesuatu yang agak 'simple' dalam internet, tidak kurang juga yang dimasukkan kedalam penjara hanya kerana sekeping artikel yang ringkas.
Kisah tentang racun internet ini cukup melebar, mendedahkan kan bangsa melayu ke lembah yang tiada lagi sempadan, ramai yang telah popular kerana dengan bantuan internet, pendek kata internet adalah satu kemestian bagi sesiapa yang ingin berjaya, malah tidak kurang juga yang berjaya menjadi jutawan melalui internet.Kisah yang hendak kusampaikan pada kali ini adalah tentang keburukan internet, banyak juga kita mendengar orang bunuh diri kerana internet, betul ke??
Cuba kita fikirkan sejenak, apakah kesan yang cukup parah pada umat melayu sekiranya internet ini menjadi kegilaan bagi remaja yang baru mengenal dunia, mereka terdedah dengan seribu macam godaan dunia hanya dengan satu kelik. Bermacam-macam juadah tersedia untuk tatapan umat melayu, malahan boleh juga dikongsi dengan masyarakat sekeliling. Ini akan membawa bangsa melayu ke lembah yang penuh dengan kehinaan, menyebabkan melayu mengalami krisis sosial yang amat teruk, maka tidak hairanlah bilamana wujud segelintir kaum muda yang beranggapan bahawa dunai ini syurga mereka, internet adalah jalan mereka ke syurga.
baru-baru ini kita mendengar tentang seorang anak muda, pelakon yang dicekup kerana menjalankan experimentasi keatas beberapa bahan yang terlarang sehingga menghasilkan sejenis dadah yang cukup berbahaya kepada umat melayu yang lain, bagaimana dia mempelajarinya? tidak lain tidak, dari internet. buktinya polis menemukan beberapa salinan cara-cara membuat dadah dalam 'pendrive' milik empunya badan. maka inilah wahana internet, dengan meluasnya jalur lebar, maka semakin ramai anak melayu yang akan terdedah kepada keburukan internet, oleh itu kerajaan harus sedar bahawa sesuatu perlu dilakukan untuk mengawal perkara ini dari berlanjutan, anak-anak muda harus dilatih supaya menggunakan internet sebaik yang mungkin.
Cara yang terbaik untuk mengelakkan diri dari terjebak ke dalam racun internet adalah kita harus sedar bahawa setiap yang kita buat dinilai olehNya, biarpun kita sedar ataupun tidak. Diri harus dikuatkan dengan keimanan yang teguh, jauhi dari meletakkan diri dalam lembah kebinasaan. Barulah kita akan menjadi orang yang cerdik pandai kan?? anda nilai lah sendiri, sekian.