Tuesday, February 2, 2010

15

E-undi ; Relevan atau tidak?


Setelah hampir 2 minggu berlalunya hari pilihanraya kampus, suasana di UMT kembali menjadi tenang. Keputusan yang menyaksikan hampir kesemua kerusi dibolot oleh pihak yang mendakwa mereka sebagai pro mahasiswa manakala hanya satu kerusi sahaja yang dimenangi oleh pro aspirasi. Saudara Firdaus dari Akasia pula dilantik sebagai Yang Dipertua MPP yang baharu menggantikan Saudara Safwan bagi kepimpinan yang lepas. 


Senario politik kampus di UMT tidaklah sehangat dan sepanas di universiti lain di Malaysia. Contohnya seperti di UM, UKM dan UPM. Beberapa hari yang lepas kita telah mendengar tentang ketegangan yang wujud diantara pihak atasan kampus dengan pihak perwakilan pelajar. Hal ini terjadi hanya semata-mata pihak perwakilan yang lama tidak berpuas hati dengan kekalahan yang mereka alami, mungkin juga ada kebenarannya tentang apa yang mereka perkatakan, ditambah lagi dengan sistem pengundian elektronik yang dilihat sebagai tidak selamat dan berpotensi untuk dimanipulasi oleh pihak tertentu. Sesetengah lagi berpendapat bahawa e-undi adalah merupakan cara yang terbaik untuk pihak atasan melicinkan perjalanan pilihanraya selain memudahkan pelajar. 


UMT telah menggunakan E-undi hampir selama 3 tahun dan pelajar seolah-olah menganguk sahaja sistem yang diguna pakai. Perkara ini biarpun menimbulkan pelbagai isu panas di Universiti lain, namun di UMT suasana politik kampus masih hambar dan kurang bertenaga, mungkin juga disebabkan oleh faktor suasana kampung dan terpinggir mempengaruhi pemikiran pelajar, mungkin juga suara-suara perjuangan yang dilontar oleh pihak pejuang UM tidak kedengaran disini. Mungkin juga pelajar sedar bahawa tindakan HEPA menggunakan e-undi adalah untuk kebaikan kedua-dua belah pihak selain memberi banyak kebaikan.


E-undi mungkin ada jua kebaikannya dan keburukannya. Namun yang pastinya, penggunaan e-undi akan memberikan impak yang cukup besar buat kepimpinan mahasiswa universiti. Relevan atau tidak, terserah kepada pandangan individu, mungkin juga relevan jika dilihat dari faktor Pengaplikasian Teknologi, mungkin juga tidak jika boleh menggugat demokrasi pelajar.
Yang pastinya yang kalah jadi abu, dan yang menang kan jadi arang.