Tuesday, February 2, 2010

14

Royalti Minyak : Ringkasan dari Gerakan Rakyat Kelantan tuntut Royalti

28 januari 2010 adalah merupakan satu tarikh yang cukup signifikan buat seluruh rakyat kelantan, tarikh yang cukup dinanti-nanti oleh rakyat kelantan untuk mengetahui perkara sebenar disebalik isu yang sedang berlegar diruang lingkup kerajaan Malaysia. Iaitu Isu royalti minyak.

GEGAR 2010 ataupun Gerakan Rakyat Kelantan menuntut royalti minyak adalah merupakan sebuah gerakan yang dianjurkan oleh Ajk Gegar sendiri iaitu sebuah badan NGO yang bertujuan untuk memberikan gambaran jelas kepada seluruh warga kelantan tentang hak sebenar mereka pada royalti minyak. Satu hak yang selama ini dinafikan oleh pihak kerajaan Malaysia. Untuk pengetahuan semua, terdapat 4 buah negeri di malaysia ini yang mempunyai hasil minyak, iaitu Terengganu, Sabah, Sarawak dan Kelantan. Kesemua ketiga-tiga Negeri ini menerima 5%   hasil dari projek carigali minyak yang berada dinegeri-negeri tersebut kecuali Kelantan. Jumlah yang harus diterima oleh pihak kerajaan kelantan adalah hampir mencecah berbilion-bilion ringgit dan sehingga kini Kerajaan malaysia masih menafikan hak tersebut. Cuma beberapa hari yang lepas, Malaysia bersetuju untuk memberikan peruntukan wang EHSAN sebanyak RM 20 juta pada kerajaan Kelantan, jumlah yang jauh berbeza dari nilai sebenar, ditambah lagi penggunaan istilah wang ehsan yang amat mengelirukan.

Rakyat Kelantan sedar akan perkara ini, dan mereka juga sedar akan hak mereka pada hasil minyak yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa buat rakyat Kelantan. Gegar dihadiri oleh kebanyakan pemimpin pas dan badan NGO antara nya TG.Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan), Tengku Razaleigh Hamzah (Pengasas Petronas) dan beberapa orang wakil Kerajaan Kelantan. Antara perkara-perkara yang boleh dirumuskan pada GEGAR ini adalah :

  • GEGAR melibatkan juga Ahli Pas dari Seluruh malaysia, difahamkan rakyat dari Terengganu juga menghadiri GEGAR, sebanyak 30 buah bas.
  • KuLi adalah Pengasas Petronas dan beliau sendiri mengakui bahawa Kelantan sewajibnya menerima Royalti minyak sebanyak 5% seperti Negeri-negeri lain di Malaysia.
  • Tidak wujud isu pertindihan antara Thailand dan Malaysia, berlaku pertindihan hanya kerana Thailand mengaku minyak itu dikawasan mereka lebih awal berbanding Malaysia, ini berlaku semasa Komunis mengganas di Malaysia.
  • Dato' Onn terpaksa menerima tawaran untuk berkongsi hasil minyak dengan Thailand dengan syarat Thailand akan membantu Malaysia menentang Komunis.
  • Telaga Minyak di Malaysia pada awalnya dimiliki oleh syarikat Shell, kemudian ditukar kepada Petronas.
  • Tun Rahman adalah orang yang berhak membuat rumus pembahagian hasil minyak dari Petronas.
  • sebanyak 5% dari hasil minyak diberi pada Kerajaan Pusat, 5% lagi diberi pada Kerajaan Negeri dan 90% diserahkan pada Petronas dengan tujuan untuk mencari gali minyak diseluruh dunia.
  • Terdapat tentangan dari beberapa pihak dalam Kerajaan Malaysia yang menahan KuLi dari memberi ceramah di Gegar.
  • Hasil dari Royalti Minyak yang diperolehi akan dibahagikan sama rata kepada rakyat, antaranya setiap kelahiran baru akan menerima peruntukan sebanyak Rm100.
  • GEGAR mendapat liputan dari dua buah stesen televisen iaitu Al-Jazeera dan Astro Awani.

ROYALTI = ROYak biaL nyo reTI.......