hari nie merupakan hari mengundi bagi pilihan raya kampus UMT, sebuah hari yang merupakan agak penting juga bagi calon-calon pilihanraya kampus. Suasana pilihanraya bagi kali ini agak berbeza berbanding tahun-tahun yang lepas ( seingat aku ) kerana pihak atasan telah mengubah sedikit cara kerjanya dimana, pada pilihanraya kali ini diwujudkan satu sesi untuk calon-calon MPP menyebarkan ideologi mereka, impian mereka dan manifesto mereka. Satu perubahan yang cukup memberi impak pada pelajar kebebasan pelajar. Kelayakan untuk menjadi calon juga dikurang pada tahun ini dimana syarat penyertaan adalah keputusan PNGK 2.00 ke atas, hampir semua pelajar boleh menjadi calon. Sejak seminggu lepas, banyak poster-poster calon digantung di sekitar umt, terdapat juga risalah-risalah yang memburukkan MPP yang lepas, seolah-olah semua keburukan itu diletakkan pada mereka. Mungkin ini merupakan salah satu cara mereka untuk meraih undi. Biarlah mereka dengan cara dan peranan mereka.
nampaknya pihak HEPA semakin berlembut dengan pelajar, hak2 pelajar untuk bebas berdemokrasi diutamakan. Ini merupakan satu perubahan yang cukup besar. Mungkin kerana perubahan kepimpinan TNC baru, yang lebih mengutamakan pelajar.
Pro M UMT??
bagaimana dengan perjuangan mereka jika jalan semakin mudah.............
semoga segala janji2 anda semua bakal MPP dikotakan....!!
chaiyo'...