Saturday, January 16, 2010

6


SEBUAH EPILOG DI MAYANG SARI

there were still a bouquete of spirit inside my heart, to be the best between the best and beyond the best with my own 'me'.

penat masih kuat lagi terasa didalam diri setelah pulang dari kursus selama 3 hari 2 malam di mayang Sari, Kuala Dungun terengganu. Kursus yang dinamakan sebagai Bengkel
Pemantapan Kendiri ini merupakan bawah kelolaan Urusetia Latihan Industri, fakulti Sains Dan Teknologi Universiti Malaysia Terengganu. Dan dikendalikan oleh Syarikat Angsa Raya
yang tidak asing lagi dalam bidang kaunselaing dan motivasi. Bengkel ini dijalankan sebanyak 4 siri dan kami adalah group yang 1.

Komen keseluruhan dari bengkel ini adalah amat bagus dan baik untuk pelajar2 yang akan
menghadapi latihan industri pada bulan april nanti, difahamkan bahawa bengkel seumpama ini adalah merupakan bengkel yang pertama kalinya diadakan di FST, UMT dan universiti yang lain, satu tepukan untuk Fst kerana menganjurkan bengkel seumpama ini. Keseluruhan isian bengkel adalah cukup menarik dan penuh dengan pengetahuan baru dan aktiviti yang juga cukup menarik untuk dikongsikan bersama mereka-mereka yang tak dapat pergi. Saya difahamkan bahawa bengkel ini menelan belanja sebanyak 500 ribu ringgit malaysia, satu nilai yang cukup banyak untuk program universiti, dan yang paling memberanjatkan, keseluruhan kewangan ini ditanggung sepenuh nya oleh TNC sendiri, iaitu TNC bahagian
akademik, another high 5 claps for our grateful TNC Akademik.

Walaubagaimana pun, terdapat juga sedikit kecacatan yang berlaku sepanjang program ini berlangsung. Rungutan ini bukanlah dibuat sendiri, tapi merupakan luahan hati pelajar FST
sendiri. Antara lain nya berkaitan dengan penyediaan tempat dan makanan, ada pelajar-pelajar yang membuat rungutan bahawa pinggang dan gelas yang digunakan masih berhabuk dan kotor. Selain itu, air nak mandi juga tak cukup. Dan banyak lagilah. Tapi yang paling membuat pelajar-pelajar marah adalah sikap Timb Dekan yang membuat kenyataan yang boleh dianggap sebagai menghina pelajar UMT, sepatutnya perkara ini tak terjadilah sebab Timb.Dekan adalah merupakan orang yang profesional, dia pun seharusnya bersikap profesional, bukan ikut sedap mulut jer nak berkata-kata. Mungkin pelajar buat silap, namun
tegurlah dengan cara yang sesuai dan berhikmah.

Fasilitator yang diundang cukup mantap dan baik kepada kami, banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang telah kami perolehi. Bukan sekadar cahaya ilmu, namun kegembiraan juga jelas terpancar diwajah kawan2. Terima kasih kepada pihak FST yang menganjurkan program seumpama ini, tahniah buat Angsa Raya Agency sebab berjaya menambat hati kami untuk terus setia bersama bengkel. Semoga bengkel seumpama ini akan diteruskan dimasa hadapan.


Ps: difahamkan bahawa group kami adalah group yang last akan berbengkel di luar UMt tahun ini, ini bermakna kursus selepas ini akan dijalankan di UMt SAHAJA......
ini adalah disebabkan pemotongan bajet oleh pihak atasan.
kesian buat pelajar lain, kali ini kami adalah mereka2 yang bertuah...
tak puas lagi tengok pantai dungun, hee


gambar yang diperoleh dari facebook kawan2