
Namun, seperti kata cendekiawan setiap perkara yang dibuat semestinya mempunyai kebaikan dan keburukannya. Begitu juga dengan projek ini, walaupun projek ini memberi kemudahan kepada rakyat terengganu, namun ia memberi kesan buruk kepada sesetengah pihak. Antaranya ialah kemusnahan ekosistem alam yang teruk selain mengganggu kehidupan nelayan dikawasan pantai sekitar lapangan terbang tersebut. Kawasan yang terjejas teruk disebabkan oleh pembesaran lapangan terbang adalah Pantai Tok Jembal, iaitu lebih kurang 20 meter sahaja dari lapangan terbang sultan mahmud. Kawasan yang dahulunya merupakan tempat nelayan mencari rezeki kini hampir lenyap dihakis oleh ombak. Kisah ini menjadi semakin parah apabila tibanya musim tengkujuh iaitu diantara bulan November hingga Januari. Nelayan yang ditemui kebanyakannya tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan yang mengmbil tindakan untuk membesarkan lapangan terbang sehingga ke tengah laut.

Daripada pengamatan penulis, kawasan Pantai Tok Jembal adalah merupakan kawasan pantai yang harus dijaga. Ini kerana kawasan tersebut adalah merupakan kawasan penempatan nelayan dan tempat nelayan mencari nafkah, banyak yang telah terjejas oleh pembesaran lapangan terbang tersebut. Pantai Tok Jembal kini mengalami hakisan yang agak teruk sehingga memusnahkan ekosistem alam, pohon-pohon rhu yang dahulunya banyak telah rebah dipukul ombak. Semakin lama, hakisan ini menjadi semakin teruk dan pihak pengurusan syarikat seolah-olah membiarkan sahaja perkara ini terjadi. Mungkin untuk satu tempoh masa lagi sehingga kita tidak punyai apa-apa lagi untuk warisan anak cucu
.


