Friday, January 22, 2010

10

Antara 'Avatar' dan Kerakusan Amerika menjajah Dunia.


Avatar merupakan sebuah lagi produk buatan Amerika yang baru sahaja ditayangkan setiap buana dan pelusuk ceruk dunia. Filem yang dianggarkan mencecah belanja hampir 200 hingga 500 Million itu merupakan sebuah filem perang antara pihak yang lemah dan golongan yang berkuasa. Filem ini mengisahkan tentang seorang askar amerika yang telah ditugaskan untuk meng'halau' golongan pribumi dari tanah tempat asal mereka dengan tujuan supaya mereka dapat memusnahkan sebatang pokok yang dianggap sebagai keramat oleh penduduk disitu. 


Seperti yang kita semua maklum, Amerika adalah merupakan penjajah yang paling teruk sepanjang sejarah pemodenan manusia. Sejak dari dahulu lagi, bangsa mereka ini akan merobek segala khazanah dunia, menghancurkan tamadun manusia dan memusnahkan ekosistem alam. Contoh telah banyak dimata kita sendiri, Iraq dan Palestin adalah contoh yang paling jelas. Wanita-wanita diperlakukan seumpama haiwan, anak-anak dibunuh tanpa bicara, isteri digantung tak bertali, menunggu ajal ditangan Ilahi. Sebuah projek yang mereka rasakan bahawa mereka lah polis dunia, mereka juga yang boleh menghukum dan membunuh rakyat yang tidak berdosa.


Kerakusan Amerika jelas terpancar pada Filem Avatar, sebuah filem yang merupakan cerminan pada kepimpinan Amerika yang zalim dan kejam pada golongan yang lemah. Nah itulah amerika, sebuah negara yang terbentuk oleh kehebatan nafsu dan kerosakan akhlak yang paling teruk. Kerana itulah, najis yang dulunya mereka lemparkan pada golongan lemah, terpalit pada mereka sendiri. Rupa-rupanya polis dunia itu sebenarnya perompak dunia yang paling Jahanam. Sehingga kini pun, merekalah jua yang mengaut keuntungan dari perbalahan dunia Islam, perpecahan yang mereka cetuskan adalah bertujuan semata-mata untuk menjajah minda dan ideologi kaum yang lemah. Dakyah mereka yang seolah-olah menyebarkan keamanan dunia rupanya 'seperti ada udang disebalik batu'.


Seantero dunia turut menyaksikan bagaimana sebuah kepimpinan negara bernama Amerika yang secara ghairahnya menghancurkan pokok-pokok kedamaian, tidak hairanlah jika wujudnya filem-filem seperti Avatar, War of the World dan sebagainya. Negara bernama Amerika lah yang mendidik anak-anak kecil menjadi pengganas, pengebom berani mati, mujahid dan penentang yang akhirnya mereka ini yang akan berjuang untuk melihat kehancuran bangsa penjajah. Dan apabila sampai masanya, dunia akan menyaksikan kemusnahan bangsa mereka sendiri.