updated news>> sebuah gereja di Taman melawati kuala lumpur telah dibom awal pg ini kesan dr isu kalimah ALLAH yg sedang dimainkan sekarang.
Mengenai isu yang sedang berlegar di ruang udara negara kita sekarang, aku rasakan bahwa isu ini adalah sebuah isu yang cukup mencabar kedudukan Islam dibumi malaysia. Isu yang bila mana kita biarkan akan membawa kesan yang jangka panjang kepada umat islam di negara ini. Sejak sekian lamanya negara kita menggunakan islam sebagai agama rasmi dan ALLAH sebagai tuhan kita. Tiba-tiba kini, muncul sebuah agama lain yang ingin mengaku bahawa ALLAH juga adalah tuhan mereka. Kalau mengikut pikir logik akal kita, semmemangnya sesiapa pun akan marah dan rasa tercabar. Tapi harus kita ingat bahawa ALLAH itu adalah Tuhan bagi semua umat manusia didunia ini, tidak kira islam atau agama lain sekalipun. Bukankah islam itu universal dan sesuai sepanjang zaman.
Mereka-mereka yang menolak penggunaan kalimah ALLAH bg agama lain mungkin berpedapat bahawa, ALLAH mereka tidak sama dengan konsep ALLAH bg umat islam, ini kerana konsep tauhid umat islam adalah tuhan itu satu iaitu ALLAH dan konsep kristian pula tuhan itu ada 3 iaitu triniti. Sebenarnya, Islam dan kristian adalah merupakan pada awalnya berasal dari kepercayaan yang sama,iaitu tuhan adalah ALLAH, namun Tuhan menyesatkan mereka kerana perasaan ego mereka sendiri.
Jadi dalam konteks ini, aku setuju dengan pendapat Ust. Asri yang mengatakan bahawa agama lain boleh menggunakan kalimah ALLAH, tetapi mestilah mengikut landasan dan tatacara yang tepat seperti yang telah digariskan.
ps: dunia akhir zaman, macam-macam fitnah yang akan terjadi pada umat islam.