Wednesday, June 2, 2010

Ya Allah, maafkan aku.......................

Anak kecil itu menangis melihat sekujur badan terbentang dihadapanya, suara-suara sayu yang hadir seminit nan lalu kini semakin menurun bunyinya. kedengaran hanyalah suara-suara tangis si anak kecil yang meratapi tubuh ibu-ibu mereka, penangisan yang belum tentu kesudahannya belangsung hingga suara-suara tadi menge'mute'.
lenengan air mata tidak akan lagi menjadi pengubat jiwa, yang ada hanya lah sekelumit dendam dan penyesalan kepada tuhan. sedang bilaman si askar rakus terus membedil shabat yang lain, dia sia anak kecil pasrah ditembusi peluru Israel laknatullah. Maka gugurlah seorang mujahid muda yang satu hari nanti akan menuntut janji dari saudara-saudaranya.

Tuhan, maafkan dosa anak-anak kecil itu Ya Tuhan. jangan dihukum mereka lagi Ya Tuhan, biarkan mereka hidup seperti kami yang lain.

Tuhan, maafkan dosa kami Ya Tuhan. Kami tidak mampu menjaga saudara-saudara kami disana. Kami tiada daya Ya Tuhan. Ampuni kami.....................

Tuesday, June 1, 2010

Florence dan kemanusiaan

Siapa  sangka sekeping hati yang ikhlas bisa menjadi sesuatu bermakna buat kehidupan dunia................
Florence ataupun nama sebenarnya adalah Florence Nightingale merupakan seorang warga Itali yang dilahirkan pada tanggal 12 May 1820. Dia adalah seorang manusia yang melihat dimana kepentingan sifat kemanusiaan didalam kemajuan hidup manusia. Beliau adalah merupakan seorang Jururawat yang begitu tinggi nilai peri nya. 12 May saban tahun, kita menyambut hari Jururawat bersempena dengan tarikh kelahiran Florence.



Kita sekarang..

meneliti sifat kemanusian, semakin ramai yang akan lupa apakah itu sebenarnya kemanusiaan, cuba kita teliti dan teladani sifat dan cara kehidupan sekarang yang terus mengejar dan memungkin kan segala macam bencana dan malapetaka yang bisa bila-bila masa akan diturunklan oleh tuhan. Melihat dari konteks seorang bapa, alangkah menarik jika kita membicarakan soal peri manusia, namun sedar sedar tidak anak kita jua yang melakukannya.
Saban hari semakin banyak segala macam isu semasa yang membangkit rasa pilu, ngilu, sayu. Anak-anak yang dahulu merupakan sesuatu anugerah kini menjadi satu malapetaka, maka tidak hairan lah anak-anak yang tidak berdosa dibuang dimerata-rata tempat, lihat saja di sekeliling kita, berapa ramai anak muda yang terjabat dengan maksiat dunia, berapa ramai anak-anak muda, perempuan-perempuan belasan tahun menjadi penyumbang kepada anak luar nikah....

Persoalannya...

Isunya adakah kita sedar akan perkara ini, mahukan kita bertindak kepada mereka-mereka yang secara jelas melakukan kesalahan dan kesilapan yang nyata, mampukah kita mengubah jiwa anak-anak muda yang saban hari diselimut budaya luar yang cukup meruncing, mahukah kita mengubah diri kita sebelum mengubah pandangan mereka...apakah kita mampu melihat anak-anak kecil dibunuh sementelah diratah oleh ibu-ibu biadap diluar sana....

yang pastinya, anak-anak kecil akan terus menjadi mangsa, mereka akan terus diseksa sebelum mengecap bahagia yang sejati......................

melihat ke sekeliling menyaksikan bahawa dunia ini cukup luas dari segi pandangan mata manusia. mancari-cari makna erti hidup yang sebenar mengejar sebuah kepuasan yang cukup bermakna bagi aku. disegenap jiwa dan raga aku mahukan pengertian itu, dalam meniti niti hari yang semakin mematangkan usia, mengajar aku tentang sebuah pergaulan yang sebenar.

manusia sering tertipu dengan segala macam ancaman, sekelumit keperitan yang akan menyusul akan terus menjadi balutan kekesalan yang lepas. Disetiap jiwa ini akan terus terangkul dengan penyesalan itu, yang akan membantutkan pemikiran. Sedendam dendam penyesalan, tidak akan mencairkan lagi kemahuan ini.

melihat ke alam satu lagi membuat diri menyesal dengan segala macam dosa yang aku lakukan, bagaimana mahu aku buktikan tentang penyesalan ini yang tidak mungkin akan aku cegah menjadi  selenang air di kali. Mungkin dengan kata-kata ini akan terus membina penyesalan itu.

bersambung.........

Thursday, April 22, 2010

seminggu di Usm Kk

hari ini cukup genaplah seminggu ak berpraktikel di usm, suasana kampus yang penuh dengan kehijauan membuat mata sayu memandang. Disini aku ditugaskan di Unit Jabatan Kesihatan Masyrakat, pengkhususan dalam kesihatan pekerjaan. Hari ini aku telah menjalankan sedikit kajian tentang tahap pendengaran di kalangan staff usm. Keputusan ada yang mengecewakan namun ada juga yang membanggakan. Namun, aku harus sedar bahawa setiapa saat dan minit aku cukup berharga dan bermakna, aku tidak boleh menoleh lagi kebelakang dan terus memacu diri ke arah kejayaan.

Disini aku ditugaskan dibawah Dr. Aziah Daud, banyak juga kerja yang harus aku jalankan, kekadang aku cemburu dengan kawan-kawan yang lain kerana kerja mereka tidak sebanyak aku. Selangkah aku diUsm, membuatkan aku sedikit teruja akan pentadbiran disini, jauh berbeza dengan UMT, mana tidaknya, disetiap bangunan ada saja pegawai keselematan yang menjaga, tak macam uMt, pegawai pun sedikit sahaja. Lagipun di sini, kawasan persekitarannya cukup menyegarkan, dikelilingi oleh pokok-pokok dan tumbuhan yang hijau dan segar. 

Usm dan UMT cukup banyak bezanya....

Wednesday, April 14, 2010

saya sayang mak saya


Mak kite cakap, orang melayu ni tinggi dengan adat dan budaya. Orang melayu ni hidup dalam santun dan harmoni.
Mak kite cakap orang lelaki tak boleh pakai rantai ngan gelang, sebab tuhan marah, islam larang orang lelaki pakai gelang dan rantai, berdosa.
Mak kite cakap, masa maghrib tak boleh tengok tv, tak baik...kena bersiap-siap sembahyang berjemaah dengan ayah.
Mak kite cakap lelaki dengan perempuan kena jaga pergaulan, tak boleh rapat-rapat sangat, nanti akan jadi benda lain, syaitan akan jadi orang ketiga kalau kite dan awak duduk berduaan, ee takot nye.
Mak kite cakap kite kena belajar rajin-rajin supaya masa depan kite akan lebih cerah dan bermakna, supaya kite boleh hidup senang lenang, tak hidup susah dah macam sekarang.
Mak kite cakap orang lelaki tak boleh hisap rokok, nanti akan mati awal.
Mak kite cakap orang lelaki tak boleh warnakan rambut, nanti bile nak mati kena buang rambut tu, nak sembahyang pon tak boleh sebab air sembahyang tak sampai ke rambut kite.
Mak kite cakap kalau kita nak berjaya dalam hidup, kita kena berkawan dengan orang yang lebih berjaya dari kita, barulah kita akan berjaya sama dengan mereka. kita tak boleh berkawan dengan orang yang lagi tak pandai dari kita, nanti kita pon akan jadi xpandai macam mereka tau.
Mak kite cakap, kalau kita nak balik kampung kan, kita kene bagitahu kt mak kita dulu, barula mak kita boleh sediakan nasik2 yang kita boleh makan.  
kita cuba ikut semua kata-kata mak kita...
tapi bile kite jumpa awak, kite lupe semua tu seketika.....
sekarang kite dah rindukan mak dan kampung, nanti balik kite nak cium tgn dan peluk2 mak kite, sebab kite bersyukur kite masih ada mak....(^_^)

Mak awak pula cakap apa kat awk??

Thursday, April 8, 2010

i know how to make drugs from internet??

Pengaruh internet pada zaman sekarang cukup besar, siapa2 juga boleh menjadi tauke besar dalam dunia, menjadi popular hanya dengan melayari internet, dunia tanpa sempadan lah katakan. Kemajuan dalam dunia internet seringkali meletakkan manusia melayu dalam lembah yang sesat dan sesesatnya, manakan tidak saban hari kita akan mendengar cerita-cerita yang tidak elok di media massa, ada yang kena dicop sebagai perkauman kerana mempublishkan sesuatu yang agak 'simple' dalam internet, tidak kurang juga yang dimasukkan kedalam penjara hanya kerana sekeping artikel yang ringkas.

Kisah tentang racun internet ini cukup melebar, mendedahkan kan bangsa melayu ke lembah yang tiada lagi sempadan, ramai yang telah popular kerana dengan bantuan internet, pendek kata internet adalah satu kemestian bagi sesiapa yang ingin berjaya, malah tidak kurang juga yang berjaya menjadi jutawan melalui internet.Kisah yang hendak kusampaikan pada kali ini adalah tentang keburukan internet, banyak juga kita mendengar orang bunuh diri kerana internet, betul ke??

Cuba kita fikirkan sejenak, apakah kesan yang cukup parah pada umat melayu sekiranya internet ini menjadi kegilaan bagi remaja yang baru mengenal dunia, mereka terdedah dengan seribu macam godaan dunia hanya dengan satu kelik. Bermacam-macam juadah tersedia untuk tatapan umat melayu, malahan boleh juga dikongsi dengan masyarakat sekeliling. Ini akan membawa bangsa melayu ke lembah yang penuh dengan kehinaan, menyebabkan melayu mengalami krisis sosial yang amat teruk, maka tidak hairanlah bilamana wujud segelintir kaum muda yang beranggapan bahawa dunai ini syurga mereka, internet adalah jalan mereka ke syurga.

baru-baru ini kita mendengar tentang seorang anak muda, pelakon yang dicekup kerana menjalankan experimentasi keatas beberapa bahan yang terlarang sehingga menghasilkan sejenis dadah yang cukup berbahaya kepada umat melayu yang lain, bagaimana dia mempelajarinya? tidak lain tidak, dari internet. buktinya polis menemukan beberapa salinan cara-cara membuat dadah dalam 'pendrive' milik empunya badan. maka inilah wahana internet, dengan meluasnya jalur lebar, maka semakin ramai anak melayu yang akan terdedah kepada keburukan internet, oleh itu kerajaan harus sedar bahawa sesuatu perlu dilakukan untuk mengawal perkara ini dari berlanjutan, anak-anak muda harus dilatih supaya menggunakan internet sebaik yang mungkin.

Cara yang terbaik untuk mengelakkan diri dari terjebak ke dalam racun internet adalah kita harus sedar bahawa setiap yang kita buat dinilai olehNya, biarpun kita sedar ataupun tidak. Diri harus dikuatkan dengan keimanan yang teguh, jauhi dari meletakkan diri dalam lembah kebinasaan. Barulah kita akan menjadi orang yang cerdik pandai kan?? anda nilai lah sendiri, sekian.

Wednesday, April 7, 2010

Nasib oh Nasib..................

manusia menilai sesuatu itu melalui pandangan mata, tidak ramai yang menilai melalui kata hati, mereka sering melihat  bahawa kecantikan dan elok perangai adalah segalanya, melimpahi adat dan norma-norma kehidupan lain. Setiap ciri yang terangkul dalam diri setiap manusia, tidak diambil peduli mana, sedangkan pandangan luaranlah yang mereka mahukan, siapa kita untuk menilai seseorang melalui pandangan mata, siapa kita untuk membenarkan setiap fitnah yang kita lemparkan biarpun ia tertanam jauh dilubuk hati nurani. Siapa kita untuk menilai kehidupan yang hanya tinggal sedetik ke arah kematian. Siapa kita untuk berkehendakkan kecantikan itu, walhal kita terlalu busuk didalamnya.

manusia selalu melihat bahawa tanpa usaha yang berpanjangan mereka tidak akan berjaya, tanpa usaha yang gigih mereka akan kecundangan di jalanan, benarkah semua ini, ataupun hanya sandiwara duniawi, siapa yang membenarkan segala pertuturan ini dihalalkan. Mungkinkah jua manusia berjaya kerana nasib, barulah kerana usaha, manakan tidak ramai aku melihat manusia yang berjaya kerana nasib, menjadi popular kerana nasib menyebelahi mereka, kerana nasib jua yang mempertemukan mereka dengan kejayaan yang menggunung. nasib adalah segalanya, kita akan berjaya bila mana nasib yang baik akan menyebelahi kita dan menguntungkan kita, kemudiabn barulah datangnya usaha untuk mengekalkan nasib yang baik itu, dan kejayaan akan terus menemukan kita disini. manusia berpikir bahawa tanpa kejayaan mereka akan hancur di dunia materialistik, mereka akan ditindas dan dihancurkan seperti mana debu-debu yang berterbangan diudara nasib tidak akan menyebelahi mereka.

Setiap perkara yang berlaku didunia ini mempunyai akibatnya sendiri, setiap manusia harus sedar bahawa tanpa nasib yang baik, kamu tidak akan kemana, ketahuilah kejayaan hanya akan menjenguk manusia hanya dengan berpandukan nasib yang baik, usaha tanpa nasib yang baik akan meletakkan kita dilandasan yang sia-sia. Maka bagaimana kita mahu tahu bahawa masa bilakah nasib baik akan menjenguk kita, melihat diri kita dan menyebelahi kita. nasib hanya akan muncul bila mana manusia berani mengambil risiko dalam setiap yang dia ingin kan, nasib hanya akan meletakkan kita jauh kehadapan sekiranya kita berani mengambil risiko yang tinggi yang mana orang lain tidak mampu menyahut cabaran itu, sifirnya cukup mudah, manusia yang gagal mengambil risiko adalah manusia yang kurang sekali nasib baiknya. Mawi tidak akan berjaya dalam akedemi fantasia jika beliau tidak mengambil risiko untuk menghadiri temuduga, dia tidak akn berjaya sekiranya beliau tidak meletakkan dirinya sebaris dengan mereka -mereka yang lain. maka lihatlah sekarang siapa dia, satu malaya kenal dia itu.

nasib manusia adalah umpama mimpi semalam, jika kita abaikan mimpi itu, maka keesokan harinya kita akan lupa. nasib akan selalu menjenguk manusia mencari manusia yang paling berani mengambil risiko, setiap yang manusia buat didunia akan memerlukan nasib, manusia menyebut bahawa setiap perlakuanya akan mempengaruhi kehidupan, jika nasib pergi hidupnya musnah, ya benar, tapi mengapa tidak kamu kejar nasib mu itu. mengapa tidak kamu cuba ingati mimpi semalam kamu itu. Walhal itulah perkara yang terpenting bagi kamu manusia, kejarlah mimpi semalammu, biarpun kamu bisa bertarung dengan sejuta risiko dalam sungai penghinaan, biarkan mereka, kerana hanya dengan nasib sahaja kamu akan berjaya, dengan nasib kamu berusahalah dengan yakin dan penuh sabar, kerana usaha dengan nasib yang baik, akan membuahkan kejayaan.

* mengira nasib untuk meletakkan PITA ku sebaris dengan PITA-PITA mereka.........