Tuesday, February 2, 2010

15

E-undi ; Relevan atau tidak?


Setelah hampir 2 minggu berlalunya hari pilihanraya kampus, suasana di UMT kembali menjadi tenang. Keputusan yang menyaksikan hampir kesemua kerusi dibolot oleh pihak yang mendakwa mereka sebagai pro mahasiswa manakala hanya satu kerusi sahaja yang dimenangi oleh pro aspirasi. Saudara Firdaus dari Akasia pula dilantik sebagai Yang Dipertua MPP yang baharu menggantikan Saudara Safwan bagi kepimpinan yang lepas. 


Senario politik kampus di UMT tidaklah sehangat dan sepanas di universiti lain di Malaysia. Contohnya seperti di UM, UKM dan UPM. Beberapa hari yang lepas kita telah mendengar tentang ketegangan yang wujud diantara pihak atasan kampus dengan pihak perwakilan pelajar. Hal ini terjadi hanya semata-mata pihak perwakilan yang lama tidak berpuas hati dengan kekalahan yang mereka alami, mungkin juga ada kebenarannya tentang apa yang mereka perkatakan, ditambah lagi dengan sistem pengundian elektronik yang dilihat sebagai tidak selamat dan berpotensi untuk dimanipulasi oleh pihak tertentu. Sesetengah lagi berpendapat bahawa e-undi adalah merupakan cara yang terbaik untuk pihak atasan melicinkan perjalanan pilihanraya selain memudahkan pelajar. 


UMT telah menggunakan E-undi hampir selama 3 tahun dan pelajar seolah-olah menganguk sahaja sistem yang diguna pakai. Perkara ini biarpun menimbulkan pelbagai isu panas di Universiti lain, namun di UMT suasana politik kampus masih hambar dan kurang bertenaga, mungkin juga disebabkan oleh faktor suasana kampung dan terpinggir mempengaruhi pemikiran pelajar, mungkin juga suara-suara perjuangan yang dilontar oleh pihak pejuang UM tidak kedengaran disini. Mungkin juga pelajar sedar bahawa tindakan HEPA menggunakan e-undi adalah untuk kebaikan kedua-dua belah pihak selain memberi banyak kebaikan.


E-undi mungkin ada jua kebaikannya dan keburukannya. Namun yang pastinya, penggunaan e-undi akan memberikan impak yang cukup besar buat kepimpinan mahasiswa universiti. Relevan atau tidak, terserah kepada pandangan individu, mungkin juga relevan jika dilihat dari faktor Pengaplikasian Teknologi, mungkin juga tidak jika boleh menggugat demokrasi pelajar.
Yang pastinya yang kalah jadi abu, dan yang menang kan jadi arang. 

14

Royalti Minyak : Ringkasan dari Gerakan Rakyat Kelantan tuntut Royalti

28 januari 2010 adalah merupakan satu tarikh yang cukup signifikan buat seluruh rakyat kelantan, tarikh yang cukup dinanti-nanti oleh rakyat kelantan untuk mengetahui perkara sebenar disebalik isu yang sedang berlegar diruang lingkup kerajaan Malaysia. Iaitu Isu royalti minyak.

GEGAR 2010 ataupun Gerakan Rakyat Kelantan menuntut royalti minyak adalah merupakan sebuah gerakan yang dianjurkan oleh Ajk Gegar sendiri iaitu sebuah badan NGO yang bertujuan untuk memberikan gambaran jelas kepada seluruh warga kelantan tentang hak sebenar mereka pada royalti minyak. Satu hak yang selama ini dinafikan oleh pihak kerajaan Malaysia. Untuk pengetahuan semua, terdapat 4 buah negeri di malaysia ini yang mempunyai hasil minyak, iaitu Terengganu, Sabah, Sarawak dan Kelantan. Kesemua ketiga-tiga Negeri ini menerima 5%   hasil dari projek carigali minyak yang berada dinegeri-negeri tersebut kecuali Kelantan. Jumlah yang harus diterima oleh pihak kerajaan kelantan adalah hampir mencecah berbilion-bilion ringgit dan sehingga kini Kerajaan malaysia masih menafikan hak tersebut. Cuma beberapa hari yang lepas, Malaysia bersetuju untuk memberikan peruntukan wang EHSAN sebanyak RM 20 juta pada kerajaan Kelantan, jumlah yang jauh berbeza dari nilai sebenar, ditambah lagi penggunaan istilah wang ehsan yang amat mengelirukan.

Rakyat Kelantan sedar akan perkara ini, dan mereka juga sedar akan hak mereka pada hasil minyak yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa buat rakyat Kelantan. Gegar dihadiri oleh kebanyakan pemimpin pas dan badan NGO antara nya TG.Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan), Tengku Razaleigh Hamzah (Pengasas Petronas) dan beberapa orang wakil Kerajaan Kelantan. Antara perkara-perkara yang boleh dirumuskan pada GEGAR ini adalah :

  • GEGAR melibatkan juga Ahli Pas dari Seluruh malaysia, difahamkan rakyat dari Terengganu juga menghadiri GEGAR, sebanyak 30 buah bas.
  • KuLi adalah Pengasas Petronas dan beliau sendiri mengakui bahawa Kelantan sewajibnya menerima Royalti minyak sebanyak 5% seperti Negeri-negeri lain di Malaysia.
  • Tidak wujud isu pertindihan antara Thailand dan Malaysia, berlaku pertindihan hanya kerana Thailand mengaku minyak itu dikawasan mereka lebih awal berbanding Malaysia, ini berlaku semasa Komunis mengganas di Malaysia.
  • Dato' Onn terpaksa menerima tawaran untuk berkongsi hasil minyak dengan Thailand dengan syarat Thailand akan membantu Malaysia menentang Komunis.
  • Telaga Minyak di Malaysia pada awalnya dimiliki oleh syarikat Shell, kemudian ditukar kepada Petronas.
  • Tun Rahman adalah orang yang berhak membuat rumus pembahagian hasil minyak dari Petronas.
  • sebanyak 5% dari hasil minyak diberi pada Kerajaan Pusat, 5% lagi diberi pada Kerajaan Negeri dan 90% diserahkan pada Petronas dengan tujuan untuk mencari gali minyak diseluruh dunia.
  • Terdapat tentangan dari beberapa pihak dalam Kerajaan Malaysia yang menahan KuLi dari memberi ceramah di Gegar.
  • Hasil dari Royalti Minyak yang diperolehi akan dibahagikan sama rata kepada rakyat, antaranya setiap kelahiran baru akan menerima peruntukan sebanyak Rm100.
  • GEGAR mendapat liputan dari dua buah stesen televisen iaitu Al-Jazeera dan Astro Awani.

ROYALTI = ROYak biaL nyo reTI....... 

    Monday, February 1, 2010

    Tuesday, January 26, 2010

    12

    Aku telah cuba menjadi sahabat yang paling terbaik, menjadi kawan yg terbaik dan kekasih yang terbaik, sehinggakan aku terhanyut. 
    Aku telah cuba merendahkan diri aku, merendahkan pandangan aku, serendah-rendahnya. Telah aku cuba memuaskan hati setiap orang, menjaga hati mereka-mereka, namun aku masih gagal. 
    Aku cuba meyemai persahabatan itu, supaya menjadi sepohon kenangan, namun permulaannya membuat aku hampa. Telah aku jauh mencuba bangkit ke langit, namun aku terjatuh lagi.
    Aku telah mencuba mengelak dari arus dunia, bukan aku melawannya, dan aku kayuh dengan berhati-hati, sehingga aku menjadi penyair yang sunyi. Namun Kata-kata aku membuat mereka kecewa dengan aku, ingin aku menjadi penyair yang sunyi selamanya, biar aku hanya dengan diri aku. Hati aku.
    Mereka menyairkan tentang kebesaran percakapan aku,
    Mereka menyairkan betapa poyonya aku,
    semakin lama, aku semakin bingung tentang kehidupan, berbeza jauh dari dunia aku.





    pernah ada rasa cinta

    antara kita kini tinggal kenangan

    ingin kulupakan

    semua tentang dirimu

    namun tak lagi kan seperti dirimu
          
    oh bintangku

    [chorus]


    jauh kau pergi meninggalkan diriku

    disini aku merindukan dirimu

    kini ku coba mencari penggantimu

    namun tak lagi kan seperti dirimu oh kekasih


    Sunday, January 24, 2010

    11

    Projek Lapangan Terbang hanya menguntungkan sesetengah pihak


    51686232.jpgPembesaran Lapangan Terbang Sultan Mahmud merupakan sebuah projek kerajaan pusat dibawah pentadbiran kerajaan Terengganu. Sebuah projek yang menelan belanja hampir jutaan ringgit itu telah dimulakan pada awal tahun 2007 dan siap pada akhir 2008, ia adalah antara projek mega kerajaan pusat untuk mengotakan janji-janji mereka sempena dengan pilihanraya 2008 yang lepas. Projek ini yang telah siap hampir 80 peratus kini digunakan oleh masyarakat dipantai timur untuk mengerjakan haji dan umrah ke Makkah, selain dapat pergi ke merata dunia untuk perlancongan kaum keluarga dan sahabat handai. Projek ini sehingga kini masih lagi diteruskan dan akan terus dijalankan untuk memberi keselesaan kepada masyarakat dan rakyat Terengganu. 


    Namun, seperti kata cendekiawan setiap perkara yang dibuat semestinya mempunyai kebaikan dan keburukannya. Begitu juga dengan projek ini, walaupun projek ini memberi kemudahan kepada rakyat terengganu, namun ia memberi kesan buruk kepada sesetengah pihak. Antaranya ialah kemusnahan ekosistem alam yang teruk selain mengganggu kehidupan nelayan dikawasan pantai sekitar lapangan terbang tersebut. Kawasan  yang terjejas teruk disebabkan oleh pembesaran lapangan terbang adalah Pantai Tok Jembal, iaitu lebih kurang 20 meter sahaja dari lapangan terbang sultan mahmud. Kawasan yang dahulunya merupakan tempat nelayan mencari rezeki kini hampir lenyap dihakis oleh ombak. Kisah ini menjadi semakin parah apabila tibanya musim tengkujuh iaitu diantara bulan November hingga Januari. Nelayan yang ditemui kebanyakannya tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan yang mengmbil tindakan untuk membesarkan lapangan terbang sehingga ke tengah laut. 


    Projek pembesaran lapangan terbang ini melibatkan pengurusan zon pantai yang cukup penting kerana ia melibatkan kawasan yang sepatutnya dijaga oleh pihak kerajaan. Falsafah pengurusan zon pantai cukup jelas mengatakan bahawa apa jua cubaan untuk menguruskan secara berasingan, salah satu dari komponen ekosistem yang kompleks yang saling berkaitan antara satu sama lain berkemungkinan akan gagal. Daripada falsafah inilah kita dapat lihat bahawa kerajaan sebenarnya hanya melihat sesuatu projek itu pada satu aspek sahaja tanpa melihat dari aspek penjagaan alam sekitar, ini seolah-olah mengabaikan kepentingan alam sekitar. Dan kerajaan telah gagal.


    Daripada pengamatan penulis, kawasan Pantai Tok Jembal adalah merupakan kawasan pantai yang harus dijaga. Ini kerana kawasan tersebut adalah merupakan kawasan penempatan nelayan dan tempat nelayan mencari nafkah, banyak yang telah terjejas oleh pembesaran lapangan terbang tersebut. Pantai Tok Jembal kini mengalami hakisan yang agak teruk sehingga memusnahkan ekosistem alam, pohon-pohon rhu yang dahulunya banyak telah rebah dipukul ombak. Semakin lama, hakisan ini menjadi semakin teruk dan pihak pengurusan syarikat seolah-olah membiarkan sahaja perkara ini terjadi. Mungkin untuk satu tempoh masa lagi sehingga kita tidak punyai apa-apa lagi untuk warisan anak cucu


    . 

    Friday, January 22, 2010

    10

    Antara 'Avatar' dan Kerakusan Amerika menjajah Dunia.


    Avatar merupakan sebuah lagi produk buatan Amerika yang baru sahaja ditayangkan setiap buana dan pelusuk ceruk dunia. Filem yang dianggarkan mencecah belanja hampir 200 hingga 500 Million itu merupakan sebuah filem perang antara pihak yang lemah dan golongan yang berkuasa. Filem ini mengisahkan tentang seorang askar amerika yang telah ditugaskan untuk meng'halau' golongan pribumi dari tanah tempat asal mereka dengan tujuan supaya mereka dapat memusnahkan sebatang pokok yang dianggap sebagai keramat oleh penduduk disitu. 


    Seperti yang kita semua maklum, Amerika adalah merupakan penjajah yang paling teruk sepanjang sejarah pemodenan manusia. Sejak dari dahulu lagi, bangsa mereka ini akan merobek segala khazanah dunia, menghancurkan tamadun manusia dan memusnahkan ekosistem alam. Contoh telah banyak dimata kita sendiri, Iraq dan Palestin adalah contoh yang paling jelas. Wanita-wanita diperlakukan seumpama haiwan, anak-anak dibunuh tanpa bicara, isteri digantung tak bertali, menunggu ajal ditangan Ilahi. Sebuah projek yang mereka rasakan bahawa mereka lah polis dunia, mereka juga yang boleh menghukum dan membunuh rakyat yang tidak berdosa.


    Kerakusan Amerika jelas terpancar pada Filem Avatar, sebuah filem yang merupakan cerminan pada kepimpinan Amerika yang zalim dan kejam pada golongan yang lemah. Nah itulah amerika, sebuah negara yang terbentuk oleh kehebatan nafsu dan kerosakan akhlak yang paling teruk. Kerana itulah, najis yang dulunya mereka lemparkan pada golongan lemah, terpalit pada mereka sendiri. Rupa-rupanya polis dunia itu sebenarnya perompak dunia yang paling Jahanam. Sehingga kini pun, merekalah jua yang mengaut keuntungan dari perbalahan dunia Islam, perpecahan yang mereka cetuskan adalah bertujuan semata-mata untuk menjajah minda dan ideologi kaum yang lemah. Dakyah mereka yang seolah-olah menyebarkan keamanan dunia rupanya 'seperti ada udang disebalik batu'.


    Seantero dunia turut menyaksikan bagaimana sebuah kepimpinan negara bernama Amerika yang secara ghairahnya menghancurkan pokok-pokok kedamaian, tidak hairanlah jika wujudnya filem-filem seperti Avatar, War of the World dan sebagainya. Negara bernama Amerika lah yang mendidik anak-anak kecil menjadi pengganas, pengebom berani mati, mujahid dan penentang yang akhirnya mereka ini yang akan berjuang untuk melihat kehancuran bangsa penjajah. Dan apabila sampai masanya, dunia akan menyaksikan kemusnahan bangsa mereka sendiri.

    Wednesday, January 20, 2010

    9

    Ada seorang sahabat saya yang meminta sedikit tips untuk membina blog dan pengisian blog tersebut. Disini saya nak mengclaimkan bahawa saya bukan lah mahir sangat didalam berblog, GOOGLE adalah guru dan jurulatih saya, banyak yang saya gali untuk mencapai tahap kepuasan didalam berblog.
    Antara tips-tips yang paling simple adalah:


    1-Cara untuk menukar layout
    cara yang paling biasa untuk menukar layout adalah dengan menggunakan layout daripada blogspot, tapi malangnya cara ini agak rumit kerana ia memerlukan kita men'edit' HTML yang agak rumit dan memenatkan.
    Cara yang lebih mudah adalah dengan mencari HTML lain dari laman web yang menyediakan layout untuk blogspot. Kita boleh COPY n PASTE layout tersebut di HTML kita. Ataupun, sesetengah laman web tidak menyediakan secara terus HTML mereka, jadi kita perlu mendownloadkan HTML itu. contoh layout yang sesuai..
    Disini kita boleh menukarkan COLUMN dari 2 ke 3 ataupun sebaliknya.


    2- Cara untuk menambahkan aplikasi chatbox pada blogspot
    Kita boleh menambah aplikasi chatbox pada blog kita dengan menggunakan CBOX.
    CBOX adalah merupakan satu aplikasi dimana pelawat yang berkunjung ke laman kita akan dapat meningggalkan pesan ataupun berchating dengan kita sendiri. Banyak lagi aplikasi chattng yang lain, tapi saya lebih sukakan CBOX kerana ia simple dan kita juga boleh masukkan AVATAR kita dlm ruang cbox tersebut.Anda boleh dapatkan CBOX di http://www.cbox.ws/
    Setelah selesai mencopy HTML CBOX tersebut, pastekan di layout kita.
    Pastikan anda mendaftar dahulu di CBOX yer.


    3- Cara nak menambah contact di layout.
    Setahu saya tidak terdapat banyak sangat laman web yang menyediakan HTML untuk contact. Saya lebih suka untuk menggunakan contact LENCANA FACEBOOK sebagai CONTACT saya. Ini kerana, apabila pengunjung yang datang ke blog saya, mereka kan dapat mengetahui lebih lanjut tentang saya di FACEBOOK, caranya ialah dengan menekan lencana facebook.
    Dapatkan HTML lencana FB anda di FB, PASTE kan di dalam layout dan dh siap.....


    Terdapat banyak lagi aplikasi yang boleh kita dapatkan di GOOGLE. Cuma setakat ini sahaja saya boleh bantu, jika perlukan bantuan, sila lawati ke FB saya ataupun write somthing kat sebelah.....


    jemey